Antara khasiat-khasiat yang terdapat pada kismis adalah:-
1.Snek
Menajamkan minda.
Apakata jadikan kismis sebagai
snek, menggantikan gula-gula. Ini kerana,kismis merupakan buah kering yang
membekalkan gula semulajadi iaitu gula fruktosa yang mudah ditukar kepada
tenaga, untuk tubuh. Gula ringkas ini dapat membantu dalam menajamkan minda,
meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatan
2.Antioksida
Seperti aprikot dan prun, kismis
juga merupakan agen antioksida yang baik. Ia berkhasiat dalam melindungi
daripada terdedah dengan kerosakan sel tubuh serta serangan penyakit seperti
demam dan selsema.
3.Kesihatan
Mata
Kismis sebagai agen anti oksida
dapat melindungi mata dari radikal bebas seperti katarak dan kemerosotan daya
penglihatan disebabkan lanjutan usia. Selain itu, kismis juga kaya dengan
Vitamin A, serta Beta Kerotin yang baik untuk kesihatan mata.
4.Gigi sihat
Pasti kamu merasa melekit dan
manis apabila mengunyah kismis bukan? Walaupun kismis mengandungi kandungan
gula yang tinggi, namun ia tidak merosakkan gigi. Malahan, Asid Oleonolik
yang terkandung dalam kismis dapat menghalang pembiakan bakteria dalam mulut
yang boleh menyebabkan masalah gigi seperti kaviti.
5.Menguatkan
tulang
Kismis dapat menguatkan tulang
kerana ia adalah sumber boron yang baik. Boron dapat membantu khususnya wanita
dalam mencegah masalah Osteoporosis, iaitu penyakit yang membuatkan tulang
lemah dan rapuh.
Source : http://remaja.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment