Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Friday, March 20, 2015
Tuesday, September 9, 2014
Bersangka baik terhadap Allah S.W.T.
Yakinlah setiap kesusahan dalam usaha mencapai harapan adalah sebagai permulaan untuk Allah S.W.T berikan kesenangan kepada diri kita.
Firman-Nya yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 5)
Friday, May 30, 2014
Hukum Mengadakan Majlis Tahlil
Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak.
Sementara menjemput orang ramai dan menjamu dan memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, “Memberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak” (hadis riwayat Bukhari)
Namun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:
i.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.
ii. Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.
iii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan. Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran dan rakan dan bukannya dari kalangan ahli waris.
iv.Tidak melibatkan pembaziran
v. Tidak meratapi kematian arwah
Sumber : page FB Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
Friday, May 23, 2014
Akhlak Islam
Ajari Anak-anak Akhlak Islam
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.
Friday, April 25, 2014
Hidup Suatu Ujian
Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”
Thursday, April 10, 2014
Jangan Mencela Makanan

Jangan Mencela Makanan
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”.
Huraian Hadith:
Setiap rezeki yang dikurniakan Allah semuanya baik kerana dengan rezeki tersebut juga dapat memberi beberapa faedah dan manfaat kepada hambanya, sesuai dengan tempat dan keadaan di mana berada.
Islam melarang umatnya mencela atau mencaci makanan yang diperolehinya.
Islam menuntut umatnya supaya memuji makanan yang diperolehinya sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat tersebut.
Friday, April 4, 2014
Friday, March 7, 2014
Hasad Dengki Adalah Haram
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”
Friday, February 21, 2014
Hendaklah Berfikiran Positif

Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, “Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.”
Thursday, January 30, 2014
Renungan Bersama

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."
.:Surah al-Kahf ayat 50:.
Friday, January 24, 2014
Dosa Besar
Daripada Abdilllah bin Amru bin al-Asr RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, membunuh manusia yang diharamkan pembunuhannya dan bersumpah palsu”.
Friday, January 3, 2014
Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasululluah SAW.
Sumber : e-hadith
Dua Nikmat Kurniaan Allah
Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”
Sumber : e-hadith
Friday, December 27, 2013
Jangan Menyakiti Hati Sesama Muslim

Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.
Dua Golongan Wajib Dibantu

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda, “Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)”.
Hak Anak Yatim dan Orang Perempuan

Daripada Abi Syuraih Khuwailid bin Amru RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah Sesungguhnya aku sangat mementingkan hak dua orang yang lemah iaitu hak anak yatim dan orang perempuan”.
Bertaqwalah Kepada Allah S.W.T.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).
Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.
Subscribe to:
Posts (Atom)















