Tuesday, October 17, 2017

Masak Lemak Ikan Tenggiri


Yeah..suki dah berjaya kotakan janji untuk update blog at least seminggu sekali..hihi..,ni gambo suki makan di restoran bernama Periuk Belanga yang terletak di Kelana Jaya..tak pernah tahu restoran ni..tp memandangkan nak makan nasi putih juga aritu..suki pun berpusing2 area Kelana Jaya tu mencari restoran yang dihajati..yg nampak banyak restoran mama..takmau menu mamak tengahari tu..pastu nampak Sari Ratu..suki tak gemor masakan Indon pula...fast food pun taknak...pusing dalam 3 kali kawasan yang sama..ternampak restoran masakan melayu ni...perghhh...terus cari parking...dalam restoran pun hampir penuh...bila tengok menu mmg menarik...lagi best dia buat set gitu...mksudnya nasi putih dan apa2 lauk...ada nasi putih dengan lauk asam pedas, masak lemak...set ayam penyek (suki tak makan)...dan mcm2 lagi...so of course masak lemah pilihan suki...bab2 berlemak ni mmg i suka benor...hihi..tp untuk selera suki mmg sedap masak lemak tu...tak rugi i makan situ 

Sunday, October 15, 2017

Terengganu Darul Iman


Dua minggu lepas balik kampung beramai2...semua adik-adik suki amik cuti untuk balik kampung...mmg best ler walaupun sekejap...tp kampung suki agak busy masa suki balik tu...ada Jom Heboh yang dibuat di stadium Gong Badak, pertunjukan payung terjun ATM juga di sekitar dan juga acara Fastarkim anjuran Pas...so semua orang luar dari seluruh Malaysia turun ke Kuala Terengganu..bayangkan suki nak belok masuk ke rumah nenek suki pun tak boleh sebab jem teruk...mmg salah pilih date balik kampung hihi..


Bila berkumpul ramai2 ni...acara wajib adalah makan2...ye ler mana nak dapat makanan Ganu di luar negeri Ganu...ada tu ada tp tak sama...dan tak sedap...dah diubah dan tak original lagi...balik kampung...start dari breakfast dah cari nasi dagang, nasi minyak, tepung kapur, pulut sambal...bila tengahari cari ikan singgang dan lauk pauk tempatan...bila petang cari ICT, ikan celup tepung,sotong celup tepung, goreng pisang, sata, sate ikan...bila malam lepak2 air gelas besor...minum air buah, makan kepok lekor, laksam, sate dan macam2 lagi...sila lupakan diet anda ... sebab bila berkumpul ramai2..acara makan ler yang menyatukan semua orang hihi...





lagi best balik  kali ni suki naik kete kuda di Pantai Batu Buruk dan berpeluang untuk bermain buaian tepi pantai di Pantai Teluk Ketapang..mmg best ler...masa terhad tp sempat lg suki ke Pasar Payang mencari souvenir untuk orang di KL, melawat Masjid Kristal dan juga Masjid Terapung...lengkap pusing kampung suki ... kebetulan semua sedara pun free...kitaorg boleh jalan2 cari makan ramai2...best sangat..moga dapat balik kampung kerap2 lagi lepas ni..






B.U.S.Y.


Amboi lamanya tak update blog ni...byk sawang dah ni..adoii laa..suki mmg suka tulis blog tp masa dah tak mengizinkan sekarang ni...sejak dah mula mengajar dan masih lagi belum habis study..suki mcm tak cukup masa dah..tp mcm membongak je kan..orang lain pun busy...maybe suki yang tak pandai membahagi masa kot..moga lepas ni ada peluang untuk update blog at least once a week...supaya tak bersawang lagi :)



Sunday, August 27, 2017

Pengalaman Pertama Menaiki MRT


Adoii lamanya entry tertunggak..ini gara2 suki dah mula bekerja plus study yang belum habis...masa yang ada sekarang amat2 sikit untuk hal2 lain...walau macam mana pun...minat pd blogging ni sikit pun tak terhakis..cuma tak dapat nak kerap post mcm dulu ler...


Tak salah suki ni citer 3 minggu lepas..masa tu mmg semua orang bercerita hal MRT baru ni kan..suki je tak pernah lagi guna..maklum ler..bukan laluan suki pun MRT ni..kalau lrt ye...so untuk mengenal MRT ni suki pun susun ler perjalanan dari KL Sentral ke Bandar Utama untuk ke One Utama Shopping Mall..


Seriously, perjalanan yang suki pilih ini adalah amat salah sama sekali..suki ingat MRT ni mcm LRT semuanya dekat dan walking distance je..tp tidak sama sekali..tidak mesra OKU dan warga emas..suki yg belum warga emas pun semput...dari KL Sentral nak naik MRT kena berjalan amat ler jauh untuk ke stesen MRT yang diberi nama stesen Muzium Negara...walaupun berjalan dalam tunnel bukannya di tepi jalan besar tp tetap jauh dan scary if tak berteman...itu weekend tu...




Bila dah masuk dlm MRT, ok mmg dari segi coach dia mmg bersih dan cantik ler..cuma pengguna masih tak ramai...tak tahu kenapa...so suki enjoy masa dalam MRT...smpi ler tiba ke destinasi iaitu Bandar Utama...dah nampak bangunan TV3 dan nmpk One World Hotel...ingat walking distance ler kan...hihi..sekali amik kau....menapak jauh lagi mcm td...then kena tunggu bas...tempat menunggu panas dan takde kemudahan apa2...


Suki dan penumpang MRT yang lain kena tunggu sekejap..kemudian ada bas dah ready untuk ke One Utama Shopping Mall...ingatkan bas berenti tepi mall ler kan..kesian yang bawa orang tua dan anak kecil...sebabnya dengan tambang rm1.50 tu dia stop tepi jalan yang mana opposite dengan mall..takde jejantas, xde zebra crossing, xde bus stop...kitaorg kena lintas dua lane jalan two ways untuk ke mall...dengan panas terik sebab suki gi time lunch...mmg ini pengalaman first n last suki naik MRT...


So conclusion yang suki boleh buat adalah :

1.  Lokasi track MRT adalah dibuat dengan tidak strategik, tak mcm LRT yang terus hubungkan dengan sesuatu tempat tumpuan.

2. Hanya mudah apabila penumpang MRT tersebut dihantar ke stesen dan dijemput di stesen kerana sistem pengangkutan awam lain di stesen MRT tidak banyak pilihan

3. MRT tak sesuai untuk warga emas, kanak2 dan OKU

4. Ini hanya pandangan dari pengalaman suki yang menggunakan MRT dari stesen Muzium Negara ke stesen Bandar Utama.

5. Projek LRT jauh lagi baik dari projek MRT

Sekian, laporan dari wartawan sambilan...hihi..



Monday, August 14, 2017

Melawati Mall


Tamatlah sudah entry-entry suki sepanjang ke tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang..kembali ler semula suki ke Kuala Lumpur...masa tgh bz jelajah pantai timur, satu mall baru berhampiran tempat tinggal suki dah dibuka dan dirasmikan...so sampai je KL terus ler suki terjah kan..nak tgk best ke tak...


Mall baru ni dinamakan Melawati Mall atau MM yang terletak di taman melawati..kedudukannya amatlah tidak strategik sebab di tengah2 shoplot dan pekan melawati yang asal...sempit dan menambahkan trafik..memandangkan masa suki pegi tu baru seminggu dibuka...jadi mmg hanya 30% sahaja yang dah mula beroperasi...masa banyak kedai yang belum buka ... masa banyak kedai yang tengah renovate...dan dapat dilihat pekerja2 construction ke hulu ke hilir...


Dari segi parking kena berpusing2 smpi atas..tempat laluan kereta agak sempit mcm Quill Mall dan Tabung Haji..kalau tak cekap mmg dapat geseran dengan dinding ler..scary sungguh...so kalau nak mudah parking je kt taman pasar tani a.k.a pasar malam melawati dan jalan kaki ke MM...masa suki gi masih lg free parking..so tak tahu rate parking berapa...


Dari segi jenis2 kedai...suki boleh bagi 3 bintang ler..banyak kedai makan..ada kedai barang harian mcm DIY dan Kaison..ada butik2 baju...dan juga panggung wayang...so untuk orang2 kawasan setempat..kalau tak sempat nak gi shopping or makan2 jauh2..MM pun dah cukup...hihi..nanti dah buka sepenuhnya kedai2..suki gi melawat lagi..buat masa ni biar ler diaorg siapkan renovation dan hiasan dalaman..berdebu dan bising sikit sekarang...sape yang lum sampai boleh ler jenguk...



Friday, August 11, 2017

Makan Time


Bila kerja dah selesai..pastu kita di negeri orang pula..apa lagi..pusing2 cari tempat makan ler...selain gi shopping dan makan di East Coast Mall (ECM) yang berhadapan dengan hotel je tu...suki juga langkah jauh lagi hingga ke Tanjung Lumpur mencari kedai ni..sebab dulu2 pernah makan sini atas urusan keje juga..so dengan menggunakan gps kete dan baca signboard di tepi jalan..berjaya juga suki jumpa kedai ni...


Sampai je sini..mmg penuh kete bersusun tgh cari parking dan penuh juga parking di kiri kanan..sebiji suasana macam di Umbai, Melaka...mmg ramai pengunjung ke kedai ni..nasib baik suki datang awal..datang masa maghrib..situ ada surau..so sambil2 tunggu order sampai...boleh solat situ...sebab ingat lagi masa di Umbai last time..datang lepas maghrib..tgh malam ler baru dapat makan..so ni datang awal..perut pun tak lapar lagi..by the time makanan smapai mmg tgh lapar...hahaha..



Mmg berbaloi2 ler suki datang makan ikan bakar sini..sedap dan puas hati..lagi best bila boleh makan ramai2..korang pernah singgah sini tak

Akhirnya Ke Kuantan


Sambungan dari entry sebelum ni...dari Pantai Penarik suki meneruskan perjalanan ke Kuantan...dan sampai lebih kurang jam 9.00 malam gitu..cuaca semasa dalam perjalanan  kurang baik..hujan lebat yang amat...mmg tak berhenti langsung di R&R sebab cuaca tak baik..lgpun nak cepat2 smpi bandar Kuantan..


Exit je kuantan terus mencari hotel benama Zenith Hotel..tak pernah dengar nama hotel ni..dapat tahu dari cousin yang hotel ni berhadapan dengan East Coast Mall..so kitaorg guna ECM tu sebagai landmark masa mencari..rupa2 nya tak susah nak cari punya ler besar hotel ni..hihi..


Memandangkan Kuantan adalah negeri terakhir antara 3 negeri suki pegi atas urusan keje..so suki pun tambah ler satu hari lagi untuk stay di Kuantan..selain untuk berehat...dapat ler pusing2 situ kan...Cantik zenith hotel ni..kata stafnya dah 6 tahun hotel ni beroperasi...suki ingat baru setahun dua...besar dan cantik...


Pujian harus diberikan pada cawangan Pahang yang bijak booking hotel..jauh lagi baik if compare hotel yang dibooking di Kota Bharu..hotel yang cantik..lokasi yang strategik dan baru...baru ler hilang letih bekerja kan..


Suki perasan hotel ni menerima kunjungan guest yang tak putus2 dari luar dan dalam negara..ada berbagai event juga di buat di sini sepanjang suki menginap...makanan pun sedap..staf yang ada hampir 80% adalah local...smpikan housekeeper pun local..mmg suki akan menginap sini lagi jika ke kuantan..terbaik Zenith Hotel


Thursday, August 10, 2017

Pantai Penarik


Tak sempat nak pusing-pusing Kota Bharu, suki dah kena mulakan perjalanan untuk ke Kuantan..tp kali ni suki menggunakan jalan pantai..so KB-KT-Kuantan pula..bila guna jalan pantai ni dapat ler suki tutup aircond kete, ambil angin laut..perghh perasaan dia tak dpt digmbarkan...best je rasa..angin pun kuat je petang2...cuaca tak panas sangat...


Apabila sampi ke Pantai Penarik yang terletak di Permaisuri, Terengganu..kita dapat tgk deretan kedai2 dan warung2 untuk makanan laut especially ICT (ikan, udang, sotong celup tepung) dan kerepok lekor...walaupun sehari sebelum tu dah makan ICT dengan family di Pantai Airport (entry sebelum ni) tp lalu penarik ni wajib singgah lagi..ye ler balik KL nanti mana nak dapat kan...


Memang nikmat lr minum petang ICT, kepok lekor dan air kelapa..tepi pantai..angin laut bertiup lagi..perghhh boleh buat video gitu hahahah....untung bagi penduduk setempat yang dapat menikmati suasana ni hari2..kesian kami penduduk KL yang hanya sedut asap kenderaan hari2..