Monday, November 13, 2017

Migrain


Migrain mempunyai pengaruh genetik yang kuat. Hampir 70% pesakit migrain mempunyai saudara yang mengalami masalah yang sama. Jika seseorang itu mempunyai migrain berserta aura, saudaranya yang lain mempunyai 4 kali risiko untuk mendapat masalah migrain juga.

Masih tidak diketahui bagaimana genetik memainkan peranan penting dalam masalah migraine.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan serangan migraine pada mereka yg mempunyai risiko:

Perubahan hormon(sebagai contoh ketika datang haid):
- Tekanan
- Kekurangan tidur
- Merokok
- Bau yang kuat(Pewangi, bau busuk)
- Mabuk laut
- Makan tidak ikut masa

Beberapa jenis makanan yang  dikatakan menyebabkan serangan migraine tetapi masih tidal terbukti:
- Caffeine
- Monosodium Glutamate(MSG)
- Pemanis tiruan(Aspartame)
- Makanan yang mempunyai tyramine(contoh keju yang lama)
- Buah-buahan jenis citrus

Tetapi kajian dengan menggunakan sampel yang ramai menunjukkan tiada kaitan migrain dengan makanan-makanan tersebut. Tetapi dinasihatkan jika anda mengalami sakit kepala lepas mengambil apa-apa jenis makanan, anda dinasihati untuk mengelakkan makanan tersebut. 

Tetapi jika makanan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap anda, anda boleh mengambilnya seperti biasa.


4 comments:

  1. kalo kurng tidur mmg kerap kena migrain. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suki ni kalau kurang minum air pun boleh migrain..sensitif betul kepala ni

      Delete
  2. kesian kalau tengok kawan kena migrain.macam nak hantuk kepala kat dinding. syukur kalau xde penyakit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe member tu tak tahu cmner nak handle migrain ni..take it slowly..mandi air panas..tutup lampu..minum air suam..tido

      Delete