Showing posts with label Jogging. Show all posts
Showing posts with label Jogging. Show all posts

Monday, April 23, 2018

Menawan Puncak Broga


Haha..setelah kena wake up call dari blogger si cantik manis Yaya sebab suki lama tak update, so curi2 masa ni untuk update..banyak story nak letak sini..tp masa tu yg takde...nak pula sekarang tgh sibuk marking paper...pastu study suki pun lum abis..so mmg double busy..mengalahkan wakil2 rakyat yang tengah berkempen tu...hihi..


Entry kali ni suki nak story pasal naik brogra hill...tahu tak bila...january lepas..adoii laa..tak sempat nak update..sejak jadi lecturer ni..banyak ler aktiviti bersama students ni..tak pernah2 suki hiking bukit..main redah je ikut diaorng ni..mcm best je dengar kan..lgipun ni under school suki..so kena ler join kan..


Kitaorg bergerak pagi2 sesudah subuh..ramai yang nasihat suruh start daki seawal jam 4 pagi..tp bila pikir ramai student terlibat..dengan tak percaya diaorg leh bangun awal..so kitaorg pun set kul 6.30 pagi dah kena berkumpul..sebab kul 7 pagi nak bertolak..so sebiji bas dan beberapa biji kereta konvoi dan ada yang datang sendiri..




Tak susah nak cari lokasi ni..suki pun first time..lokasinya di Semenyih..landmark dia cari Nottingham University pastu ikut ler situ...dari jalanbesar pun dah ada signboard ke Broga..so senang ler cari..bila dah smapi situ kena parking kete dalam kawasan ladang sawit..parking tu bawh2 pokok je...tp kena charge rm1..toilet yang zaman penjajah jepun tu kena charge rm1 sekali masuk..yg bab toilet semua hangin sebab mahal giler dan toilet level apa ntah...upgrade ler level rnr..baru berbaloi..lg satu nape ler govt tak pegang je Broga ni sebab sekarang yang kenakan charge semua ni org persendirian..tuan punya tanah tu..so takde penjagaan dan suka2 hati nak charge..



Bila dah naik atas..melepasi pintu gerbang Broga hill dan melepasi ladang sawit tu..ada lg sekali charge rm1..kali ni tuan tanah broga pulak kot..then dari situ ler start mendaki...yang letihnya broga ni sebab dia curam..so mencungap ler kitaorg yang first time ni..yang dah fit tu berlari2 je diaorg..kelakar dengan student international ni..diaorg bergaya naik atas tu mcm nak gi shopping mall..bukannya pakai pakaian sukan..sabor je lr..pstu setiap ceruk nak bergambo..patut ler pakai lawa2..


Broga ni ada tiga puncak..so suki dan sebahagian kaum perempuan setakat level 2 je..yang fit2 dan geng2 lelaki sampai ler ke puncak yg paling tinggi..hihi..cukup ler setakat tu..itu pun dah pencapaian besar utk suki..walaupun penat tp happy..pemandangan dari atas cantik..angin sejuk..dekat dengan nature..best ler..

Monday, November 20, 2017

Taman Eko Rimba KL a.k.a Bukit Nanas


Aktiviti suki weekend lepas adalah masuk hutan simpan Bukit Nanas..dah lama tau teringin nak ke sini..tp tak jumpa jalan masuk hahhaa..akhirnya weekend lepas berjaya pergi..pergi ramai2 dlm 15 orang..dah semua first time ke situ...


Kalau korang pun tak tahu juga macam suki..korang pusing2 ler area bukit nanas tu...smpi korang nampak ada church situ..opposite tu je pun...so seawal 7.30 pagi kitaorg dah berkumpul di Pelita Nasi Kandar Jalan Ampang..biasa ler bila ramai ni..nak cukup korum tu ambil masa..sorang sampai tunggu lagi..smpi ler cukup semua baru kitaorg gerak...


Dalam 8.30 baru berjaya cukup korum..dan lg best semua ni last minutes plan tau..dah semua berjaya utk ikut..yg dua tiga orang tak dpt ikut tu mmg ralat giler lr.. sbb bukan senang nak kumpul kawan2 di pagi hari cuti ni ..hahaha...korang boleh parking di depan church yang perlu dibayar ikut jam..iaitu rm1.50 sejam ataupun di sebelah pintu masuk hutan simpan ni yang dibayar rm10 per entry tak salah suki..bila sampai je taklehmasuk lagi rupanya hahaha..excited sangat...hutan simpan Bukit Nanas a.k.a Taman Eko Rimba KL hanya dibuka jam 9 pagi hihi..so sementara nak masuk tu kitaorg pusing2 le mini muzium dalam tu..ada mcm2..best sangat..


Dalam muzium tu ada bilik glowing in the dark..ada bilik interaktif..mmg informatif ler muzium setinggi tiga tingkat tu..boleh kenal segala flora dan fauna yang terdapat di situ..yang menjadi tarikan suki adalah jambatan gantung dia hihi..last suki naik jambatan gantung kt sunway lagoon kot..ada lagi tak jambatan tu hihi..sbb lama tak ke sana... 



Untuk memulakan perjalanan kita kena naik tower nak setinggi tiga tingkat ni..sebab jambatan gantung ada dalam 3 ke 4 ke 5 ntah..suki tak ingat..setiap jambatan disambungkan dengan tower gini..dan makin lama kedudukan jambatan gantung tu makin tinggi..so elok2 kita ni dalam hutan tetiba nampk bangunan2 di KL hihi...lagipun jambatan tu makin tinggi sebab kita seolah mendaki bukit ler gitu..



Setelah melalui jambatan-jambatan gantung ni akhirnya suki pun sampai ler ke puncak..korang tahu apa puncaknya...KLTower hihi...suki pun baru tahu lepas masuk hutan simpan ni..ingatkan pagi2 ni tak ramai orang..dah ramai pelancong luar dan tempatan sekitar KL tower ni..ada yang mmg keluar dari hutan simpan ni..ada yang mmg semata2 nak melawat KL tower..ada yang nak masuk hutan simpan ni melalui KL tower..



Setelah bergambo sana sini di sekitar KL tower ni..kitarog satu group ni mengambil keputusan untuk balik..tapi nak balik kena masuk balik laluan kita td..cuma bezanya dah tak naik jambatan gantung..cuma ikut laluan pejalan kaki yang disediakan dalam hutan tu..kiranya sekali lagi kena masuk hutan cuma laluan berbeza..




Bila dah sampai di bawah ataupun pintu masuk hutan simpan ni..kitaorg lagi sekali masuk ke dalam mini muzium dia..belajar sikit flora dan fauna..segala jenis pokok, serangga, binatang berbisa, batu, kayu dan jenis tanah dipamerkan di situ..selain dapat beriadah..ilmu pun dapat..suki mmg recommend korang yang tak pernah masuk untuk ke sini..free je pun hahaha..


Sunday, May 7, 2017

Taman Tasik Titiwangsa


Last weekend suki gi Taman Metropolitan, Kepong..memandangkan dah ada entry pasal tempat tu..so tak perlu ler up lagi kan..hari ni suki ke Taman Tasik Titiwangsa pula..jalan nak ke situ banyak tutup sebab ada construction..so berpusing2 juga ler nak masuk ke kawasan tu..jalan yang dibuka pula mmg teruk keadaan dia..bawa kete mcm roller coaster lak rasa hihi..


Taman ni cantik..banyak fungsi...dekat dengan pusat bandar..dekat dengan taman perumahan..tapi sayangnya amat ler kotor..sampah di sana sini...tukang sapu pun sorang je...dan yang makan minum kt situ pun takde sivik..tinggal je bekas makan minum tu tanpa letak dalam plastik or buang dalam tong sampah...semua perasan bos...susah ler gitu..taman tu milik public...maka bertimbang rasa ler..


Selepas jogging mmg rasa nak minum..tgk cafe area tu terus tak jadi..sebab kawasan keliling yang agak kotor...kenapa ye jadi gitu..salah siapa...salah peniaga ke..salah orang ramai ke..salah DBKL or salah siapa..suki pun tak tahu...yang pasti..taman KLCC dan taman kepong..jauh lagi bersih dan indah..sorry taman tasik titiwangsa..amat mengecewakan..





Thursday, April 20, 2017

KLCC Jogging Track


Baru berkesempatan nak citer kisah jogging last weekend...before tgk Fast n Furious 8..suki gi cari tempat jogging baru...kali ni ke KLCC Jogging Track plak..dah lama dah plan nak jogging sini..tp asyik tak kesampaian..kejap nak naik train pastu tukar nak naik kete..last2 tak jadi pun..hihi.,


Setelah banyak kali tertangguh..akhirnya last weekend suki berkesempatan untuk jogging di sini..mula2 dulu ada perasaan takut..sebab bayang tempat tu tak ramai orang..nanti ada orang jahat ke..kena samun ke time jogging..pikir bukan2 sebab KLCC pun belum buka lagi waktu tu kan..pabila suki tiba pagi2 kt situ..dalam 10 minit sebelum kul 8 pagi...perghh meriah beb...


Ramai orang dah mula jogging..suki je yang lewat...siap ada satu group staf petronas macam ada event diaorg ler situ..berlari gak..marathon kot..suki agak je hihi...tak perlu ada rasa takut ler..mmg ramai yang berjogging situ..dah setiap tempat laluan kita ada guard yang jaga...


Cantik trak jogging KLCC ni..terjaga..selamat dah tak brcampur dengan basikal ke motosikal ke..kita bebas je berlari..ramai mat salleh juga sini..atuk nenek diaorg pun lari laju lagi..ish tergugat tul tengok..memandangkan suki before ni gi jogging kt Taman Metropolitan Kepong yang besar dan luas tu..bila datang ke KLCC rasa aikk kecik je track nya..so suki buat ler 3-4 pusingan baru dapat sama dengan total keseluruhan Taman Metropolitan Kepong tu..


Boleh disimpulkan di sini, track jogging KLCC memang best, terjaga, bersih, teduh dan dikelilingi pokok-pokok cuma kecik je ler..tp takde hal..kita pusing banyak kali hihi..confirm dah jadi antara track jogging kegemaran suki..dah masuk list dah..this coming weekend nak gi mana pula ye...



Thursday, April 13, 2017

Tempat Riadah Baru


Aktiviti yang paling suki gemar apabila weekend adalah keluar jogging di awal pagi...mmg nak tinggalkan katil tu amat susah sekali tapi sekali dah dah sampai tmpt riadah terus happy..suka gemar tukar2 tempat...bukan apa..selain dapat keluarkan peluh dapat kenal tempat baru kan..suki banyak naik bukit belakang rumah atas faktor dekat..selain tu suki dah gi bukit cerakah, taman tasik titiwangsa dan taman tasik perdana.. 


last weekend suki berkesempatan kenal tempat riadah baru..dah lama dengar tp tak tergerak nak ke situ..tmpt tu adalah Taman Metropolitan Kepong..sekali pegi dah jatuh hati hahaha..camno tu..serius best..facilities terbaik..kawasan terjaga..semua peringkat umur ada tempatnya..bagi yang muda akan berjogging..kanak2 ada padang permainan..bagi warga emas ada tempat tai chi dan senaman ringkas..ada yang just bawa stroller jalan2 situ dengan anak..ye ler cuaca pagi kan sejuk dan teduh .. mmg sesuai..


Kawasan taman ni amat luas dan jauh lagi selesa dari taman tasik titiwangsa sebab trek jogging yang luas..berbanding kalau kita jogging pusing taman tasik titiwangsa treknya asyik terputus2 dengan jalan raya..bahaya pun ye..tp taman ni insyaAllah takde kenderaan luar yang kacau trek jogging..selain jogging dan berjalan kaki..ramai juga yang ambil kesempatan menunggang basikal..ada yang bawa basikal sendiri dari rumah dan ada yang sewa di situ...


terdapat tasik yang luas dalam taman ni...dan ada dua pintu masuk utama dari jalan besar...bermakna ada dua tempat parking kereta yang luas..dalam luas tu pun tak cukup..kalau datang lambat sampai tepi jalan besar orang parking..so sila datang awal ye..taman ni dibuka seawal 6 pagi dan tutup 8 malam..


kalau berdasarkan apps pada hp suki..jogging trek tu adalah seluas 7km dan lebih 8000 steps langkah satu pusingan taman tu..harap2 bacaan apps tu betul ler..tp serius best taman ni..thanks pada siapa yang mula2 suggest taman ni..dan tahniah pada arkitek yang merekabentuk landskap taman ni..amat cantik dan praktikal..oh lupa satu lagi..masuk adalah percuma..suki harap one day charge ler rm1...bukan apa boleh ler digunakan untuk upgrade apa2 ke nanti kan..setakat rm1 kitaorg tak marah hihi...





Wednesday, December 3, 2014

Cycling di Shah Alam


Jauh betul kali ni suki datang beriadah..ini semua idea kawan2 ler..last weekend sesudah subuh kitaorg gerak ke Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya @ Taman Botani @ Taman Pertanian untuk berbasikal sambil mengeluarkan peluh..sbb selama ni kalau nak gathering asyik pilih mall je kan..peluh tak keluar tp duit byk keluar..so tetiba ada yg bagi idea untuk ke Shah Alam ni..ni first time suki masuk Bukit Cerakah..walaupun kitaorg sampai awal2 pagi tp parking dah banyak kete..ramai datang bawak family..ada yang datang bawa anak kecil ada yang datang berkumpulan dengan kawan2 sebaya..ada yang bawa basikal sendiri ada yang sewa..mcm kitaorg sewa RM10 untuk sejam..memandangkan kitaorg cycling 1 jam setengah so kena bayar RM15..ok ler tp pancit ler..sbb kawasan tu berbukit2 dan berliku2..ada yang sekadar datang jogging dan jalan2 ambil angin hutan...bagi yang mengandung, orang tua dan ada anak kecil boleh naik bas yang dikhaskan untuk pelancong..tp tak best ler naik bas kan..sbb cepat sangat sampai..

InsyaAllah ada peluang suki nak ke situ lagi..baru terasa level stamina kita tahap mana bila berbasikal ni..hihi =)



Monday, February 10, 2014

Mendaki Bukit


Selama ni keluarkan peluh dengan berjogging dan main squash je..sekarang ada cara baru .. mendaki bukit .. tp bukan bukit tinggi2 tu..itu utk yg pro .. ni bukit sekangkang kera je..kalau yg biasa area wangsa walk ni..korang mesti perasan ada tmpt org naik bukit atau yg terer jogging sambil naik bukit tu..opposite je dgn wangsa walk..dah lama tinggal kt area ni..skrg baru berani nak naik..hehehe..selama ni tgk je ramai org turun naik bukit tu exercise..pelik kan..yg dekat tak pegi sanggup berjogging smpi taman tasik sana nun...lepas ni dah ada port exercise baru ler..jom daki bukit wangsa maju (takde nama ke bukit tu?)


Tuesday, January 21, 2014

Taman Tasik Titiwangsa


Asal nak jogging je gi taman tasik titiwangsa..padahal byk lg tempat jogging lain..tak tahu kenapa suka sangat jogging sini...sbb besar dan byk kemudahan kot..walaupun sekadar berjogging tp suki happy tgk cara hidup sihat org lain..masing2 ada agenda masing2 kt taman tasik tu...ada yg dtg main badminton..ada yg cycling...ada yg ajar anak2 main basikal..ada yg main kete lumba...tak kurang juga yg main bola atas air mcm dlm gambar tu..pendek kata semua yg di taman tasik tu mmg berpeluh ler dgn aktiviti masing2..mmg kurang ler nak tgk org sekadar melepak or berdating..malahan org berdating kot patut malu pada yg dtg bersukan or beriadah ni..ye ler..dari korang dok goyang kaki dating tu baik ler korang bawak reket badminton main sama2...baru kena tempat..nak dating gi shopping mall ler ..heheh..tp mmg bagus kan aktiviti2 sihat gini...harap kerajaan tempatan perbanyakkan lg tmpt beriadah gini...

Sunday, December 30, 2012

Taman Tasik Titiwangsa


Pagi sabtu smlm..lepas je jogging, otw nak ke kereta..nampak ada ramai org kt satu kwsn ni..bila datang dekat rupanya ada pameran arnab rasanya kot..sbb masa tu diaorg baru smpi dan sedang susun barang2 serta sangkar2 arnab..bila datang dekat comel ler pulak arnab2 ni sbb semuanya gemuk2 pastu siap pakai baju lagi..so sekor arnab yg pakai jersey liverpool ni menarik perhatian..apalagi snap ler gambar dia 2-3 keping buat kenangan..rasa mcm nak cubit2 je dia..sbb cute sangat..hehehe..