Monday, November 20, 2017

Taman Eko Rimba KL a.k.a Bukit Nanas


Aktiviti suki weekend lepas adalah masuk hutan simpan Bukit Nanas..dah lama tau teringin nak ke sini..tp tak jumpa jalan masuk hahhaa..akhirnya weekend lepas berjaya pergi..pergi ramai2 dlm 15 orang..dah semua first time ke situ...


Kalau korang pun tak tahu juga macam suki..korang pusing2 ler area bukit nanas tu...smpi korang nampak ada church situ..opposite tu je pun...so seawal 7.30 pagi kitaorg dah berkumpul di Pelita Nasi Kandar Jalan Ampang..biasa ler bila ramai ni..nak cukup korum tu ambil masa..sorang sampai tunggu lagi..smpi ler cukup semua baru kitaorg gerak...


Dalam 8.30 baru berjaya cukup korum..dan lg best semua ni last minutes plan tau..dah semua berjaya utk ikut..yg dua tiga orang tak dpt ikut tu mmg ralat giler lr.. sbb bukan senang nak kumpul kawan2 di pagi hari cuti ni ..hahaha...korang boleh parking di depan church yang perlu dibayar ikut jam..iaitu rm1.50 sejam ataupun di sebelah pintu masuk hutan simpan ni yang dibayar rm10 per entry tak salah suki..bila sampai je taklehmasuk lagi rupanya hahaha..excited sangat...hutan simpan Bukit Nanas a.k.a Taman Eko Rimba KL hanya dibuka jam 9 pagi hihi..so sementara nak masuk tu kitaorg pusing2 le mini muzium dalam tu..ada mcm2..best sangat..


Dalam muzium tu ada bilik glowing in the dark..ada bilik interaktif..mmg informatif ler muzium setinggi tiga tingkat tu..boleh kenal segala flora dan fauna yang terdapat di situ..yang menjadi tarikan suki adalah jambatan gantung dia hihi..last suki naik jambatan gantung kt sunway lagoon kot..ada lagi tak jambatan tu hihi..sbb lama tak ke sana... 



Untuk memulakan perjalanan kita kena naik tower nak setinggi tiga tingkat ni..sebab jambatan gantung ada dalam 3 ke 4 ke 5 ntah..suki tak ingat..setiap jambatan disambungkan dengan tower gini..dan makin lama kedudukan jambatan gantung tu makin tinggi..so elok2 kita ni dalam hutan tetiba nampk bangunan2 di KL hihi...lagipun jambatan tu makin tinggi sebab kita seolah mendaki bukit ler gitu..



Setelah melalui jambatan-jambatan gantung ni akhirnya suki pun sampai ler ke puncak..korang tahu apa puncaknya...KLTower hihi...suki pun baru tahu lepas masuk hutan simpan ni..ingatkan pagi2 ni tak ramai orang..dah ramai pelancong luar dan tempatan sekitar KL tower ni..ada yang mmg keluar dari hutan simpan ni..ada yang mmg semata2 nak melawat KL tower..ada yang nak masuk hutan simpan ni melalui KL tower..



Setelah bergambo sana sini di sekitar KL tower ni..kitarog satu group ni mengambil keputusan untuk balik..tapi nak balik kena masuk balik laluan kita td..cuma bezanya dah tak naik jambatan gantung..cuma ikut laluan pejalan kaki yang disediakan dalam hutan tu..kiranya sekali lagi kena masuk hutan cuma laluan berbeza..




Bila dah sampai di bawah ataupun pintu masuk hutan simpan ni..kitaorg lagi sekali masuk ke dalam mini muzium dia..belajar sikit flora dan fauna..segala jenis pokok, serangga, binatang berbisa, batu, kayu dan jenis tanah dipamerkan di situ..selain dapat beriadah..ilmu pun dapat..suki mmg recommend korang yang tak pernah masuk untuk ke sini..free je pun hahaha..


3 comments:

  1. Wah! seronoknya aktiviti macam ni.

    Mrs. A pernah sampai kat pintu gerbang masuk tu jer... haahaaaa...

    ReplyDelete