Tuesday, August 25, 2015

Me'nate Steak Hub


Sejak kontroversi restoran ni dengan Azwan Ali masa bulan puasa tempoh hari...suki dah set nak try gak kedai ni..satu sebabnya tahu pemilik dia Islam...dua sebab experience yang pemilik dia penah bekerja dengan Queen Elizabeth di England dulu..so bukan calang2 orang ler kan..mesti daging yang dihidangkan yang terbaik kan..walaupun kita buka Queen hihi..


So last weekend berjaya ler Suki menjejakkan kaki ke Me'nate Steak Hub..serius sampai sekarang suki tak tahu nak pronounce cmner nama kedai tu...walaupun yang paling dekat dengan umah suki pun ada di depan wangsa walk mall tp suki nak try yang kedai besar sikit ler..kot2 lagi best kan..so suki set dengan family jumpa sana kul 8 malam...dan nasib baik kitaorg datang awal malam sebab lepas tu penuh restoran tu..sampai ada yang kena beratur tunggu...dah mcm nak makan di Chillis KLCC or Tony Roma's MidValley gayanya..


Cara order dia senang, sape2 yang nak makan steak sila ke depan kedai pilih daging yang anda suka...dah ditimbang dan beserta harga...cara gini bagus sebab kita dah boleh budget perbelanjaan kita..bukan apa..ada daging yang sekeping RM871 suki tgk malam..so takut ada yang tak cukup duit je nak bayar hahaha...so ikut budget suki..pilih ler daging yang range harga bawah RM100...itu pun suki dah rasa mahal tau hihi..ye ler..sekeping daging je kot..range harga sekeping daging yang suki nmpk malam tu adalah dari serendah rm40 lebih sampai ler yang paling mahal rm800 lebih...yang bestnya air diberi percuma bagi setiap hidangan steak...dan boleh tambah berapa round nak tambah...selalunya restoran yang bagi air percuma ni tak sirap dia bagi air bikarbonat kan..di Me'nate special..pilihan air semua ada...dari kopi panas, teh tarik, peach, milo, teh o dan macam2 lagi...


Selain menu steak..ada juga menu lain mcm  pasta, kid's menu, side dish dan sebagainya...cuma nasihat suki datang awal supaya tak kempunan nak dapat meja dan tak  pengsan tgk harga daging yang dah dipilih orang...sape datang awal dapat ler daging murah sikit...kalau tak dtg situ makan pasta je ler jawapnya hihi..

InsyaAllah suki akan jengah lagi restoran ni...sebab makanan dia sedap...

Friday, August 21, 2015

Jemput Makan Aiskrim


Last weekend suki teringin nak makan aiskrim..so gigih ler ke midvalley megamall...cari magnum cafe...dan alhamdulillah dah takde dah edisi beratur panjang macam masa mula2 buka dulu...datang je kalau ada tempat kosong terus boleh duduk..if not tunggu sekejap mesti ada yang dah sudah...order pun tak lama...staff pun dah cekap...so takde masalah..


Kalau yang lepas suki dah order Magnum Red Velvet..kali ni suki order 'Magnum Zen Cheesecake'...aiskrim vanila bersalut coklat disajikan bersama japanese cheese cake..sedap mmg sedap cuma presentation kurang cantik..tak mcm yang lepas..lagi satu suki order 'Fruity Loops' aiskrim vanila yang dihiasi buah-buah kering..mmg sedap...menambah kandungan gula dalam badan...kalau gi check Dr ni abis kena warded agaknya hihi..

Walaupun tak sihat makanannya tp sedap...sekali sekala boleh ler kan..

Thursday, August 20, 2015

Gao Gao, Italian Restaurant


Suki singgah makan di Gao Gao restaurant ni masa ke Mitsui Outlet Park last weekend..mmg tak banyak pilihan restoran di sana..tp dalam yang sikit tu nasib baik ada restoran itali sebab suki mmg gemar makan pasta...



Lokasi restoran ni senang je nak je nak cari sebab terletak betul2 tepi pintu masuk..walaupun banyak pintu masuk korang cari ler pintu yang mana satu ye..lgpun tak besar pun mitsui ni...yang lagi suki gemar adalah boleh dikatakan semua pekerja di sini adalah local...melayu, cina dan india..dan suki tak nampak pekerja asing..rasa betul2 mcm di Malaysia, finally hihi...


Menu-menu yang terdapat dalam restoran ni adalah menu masakan itali mcm pizza, pasta, risoto, sup dan banyak lagi..semua sedap...rasa mcm nak order semua hahah...tamak sungguh...dah kebetulan hari tu weekend mmg penuh ler restoran..kedainya cantik dan bersih...makanan pun cepat sampai..i like..

Suki bagi 4 bintang :)




Tuesday, August 18, 2015

Mitsui Outlet Park


Korang dah sampai Mitsui Outlet Park? Suki baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana last weekend..untuk padangan suki best juga...bagi rakyat2 KL yang dah boring dengan mall yg ada..Mitsui ni mcm jadi tarikan baru ler..cumanya jauh sikit...tp apa susah..shopping punya pasal mana2 pun pegi kan..



Bagi yang tak pernah dengar..meh suki citer...Mitsui Outlet Park ni ala2 Johor Premium Outlet (JPO) yang di Johor tu...cumanya barang2 dia bukan premium ler..barang2 keperluan harian tp boleh didapati dengan harga murah...tp takde ler murah banyak sebab suki dah survey dulu harga2 di KL before ke Mitsui...tp bagi hantu shopping ni...murah rm50 pun dah happy sangat2 sedangkan duit minyak nak ke situ pun dah berapa hahaha...



Mitsui terletak di Sepang dan berhampiran dengan KLIA...mula2 suki cuak juga sebab tak nmpk langsung signboardnya...yang nampak KLIA je...rupa2nya mmg dekat benor dengan KLIA...jika anda dah dekat dengan KLIA maka anda dah dekat dgn Mitsui...setakat last weekend semua kedai dah buka rasanya...sebab ramai yang merungut before ni kedai tak banyak buka lagi..cumanya jumlah kedai takler banyak mana..maybe untuk test market dulu..or untuk pulang modal dulu kot hihi...


Lokasi terbaik untuk pelancong2 yang baru sampai ke Malaysia atau yang transit ke Malaysia atau yang dah nak balik ke negara masing2...dapat ler beli ole2 di situ...walaupun tak banyak dapat diskaun dan tak banyak kedai2 tp suki still happy dan akan datang lg bila2...sbb byk kedai2 pakaian sukan...i like :)

Tuesday, August 11, 2015

Kedai Kek Lapis Deja Mos


Korang kenal tak penyanyi dulu2 yg nama dia Deja Mos..kalau tak kenal or tak ingat korang google je ler ye...bukan nak citer pasal dia...tp nak citer pasal kedai kek dia...maklum ler suki ni peminat kek lapis sarawak...minat sangat..dah lama cari area KL ni...tp susah nak jumpa...selalunya suki pesan dari kawan2 di sarawak..minta diaorg pos..atau yg turun KL minta diaorg belikan...raya lepas pun suki tempah pada orang sarawak yang tinggal di Sepang .. punya ler jauh kan..hihi


So bila dah balik KL...nak juga ler ada stok kek lapis sarawak kt umah kan..selain untuk makan sendiri, boleh buat hidangan untuk kawan2 yang datang rumah..google punya google..dapat ler dari satu blogger ni yang bercerita hal dia ke sana...pastu suki pun apa lagi cari ler address dia...rupanya dekat je pun..kt Ukay Perdana je..suki pernah ke area situ tp tak jumpa kedai sbb kawasan tu agak sunyi dan takde orang..risau juga nak pusing2 area situ..


Tp berbekalkan alamat yg dah ada..siap nama jalan semua..apa lagi..suki gigih ler cari..mmg jumpa..mmg agak tersorok..dan sunyi..mula2 ingat kedai tutup..bila masuk ada org sambut..dan suki satu2 nya customer kt situ...nmpk ke deretan kek lapis fuhh berbaloi rasanya panjat bukit Ukay Perdana ni..hihi


Selain kek, kedai tu pun boleh kita lepak2 minum dan makan...hari tu suki makan mee jawa dan mee kolok...mmg puas hati ikut selera tekak suki ni dan mmg cantik susun atur kedai tersebut..harga kek2 pun amat berpatutan..mmg akan ke sana lagi..



Sape2 yang berminat boleh ler ke alamat kedai ni (tak dpt komisen pun) hihi :
Hadeeja Kek Lapis Segar
No. 1-G Jalan Ukay Perdana 1/2
Ukay Perdana, 68000 Ampang
Kuala Lumpur



Tuesday, August 4, 2015

Salam Syawal semua!


Salam semua..lama rasanya suki tak menulis sini..ye ler menyambut raya salah satu puncanya...selain tu laptop suki rosak...terdampar di pusat servis hampir sebulan lamanya...sedih tak...blog tak jalan...thesis pun tak jalan...hanya dengan membaca dan membuat nota je yang suki mampu...last buka blog masih di bulan ramadhan sekarang dah 19 syawal...last tulis blog bulan Julai sekarang dah Ogos...mcm lama benor kan..tp suki rasa lama .. ye ler tak dapat nak blogwalking page kawan2...lepas ni insyaAllah aktiviti berjalan seperti biasa...lets blogging...