Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, October 27, 2017

Salam Jumaat


Kajian yg dibuat oleh Muhammad Abdul Khalid, ahli ekonomi dlm bukunya "the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M'sia" mengariskan realiti berikut :

1. Lebih 53% rakyat M'sia tidak mempunyai apa2 aset kewangan

2. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara

3. 80% rakyat yg berpendapatan rendah cuma miliki 5.5% dari aset kewangan negara

4. Lebih dari 70% rakyat M'sia tidak punyai sebarang aset kewangan itu adalah Bumiputera

5. Walaupun ASB dikhaskan utk Bumiputera tetapi lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB

6. 72% Bumiputera yg menabung dlm ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang yg bersamaan hanya 2.6% keseluruhan tabungan ASB

7. Org kaya dari kalangan Bumiputera yg hanya berjumlah 0.2% dari keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yg lain

8. Statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak punyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan utk menabung atau melabur

9. Menggambarkan betapa meruncingnya masalah pendapatan boleh belanja (disposable income) rakyat M'sia

10. Jurang miskin kaya di M'sia semakin melebar

Wednesday, August 2, 2017

Pasar Tani Baru


Berita baik bagi penduduk Wangsa Maju especially Bandar Baru Wangsa Maju..setelah 10 tahun bandar baru ni dibuka akhirnya penduduk sini dapat merasa untuk membeli ikan, udang, sotong, ayam dan sayur fresh dari ladang dengan hanya berjalan kaki..kalau tak before ni kena ke Melawati ataupun pasar malam di AU2 dan sekitar..selebihnya beli di pasaraya je ler..sekarang tidak lagi..kita orang dah ada pasar tani..yeeehooo

Lokasinya ada di tapak parking Wangsa Walk Mall di sebelah belakang yang opposite NZ curry house tu...baru mula beroperasi 3 kali ahad..dan suki dah pegi masa minggu ke 2 pasar tani ni beroperasi..mmg happy giler suki..semua barang dijual di situ..pendek kata barang dapur complete boleh dpt situ..moga2 pasar tani ni berkekalan...jangan jadi bahan eksperimen pulak...



Kiranya lepas ni..selepas jogging pagi Ahad tu..terus ke pasar ler untuk mencari barang fresh..rutin Ahad suki sudah berubah hihi..poyo je bunyi kan..pasar bermula dari 7 pagi hingga 12 tengahari..sape belum datang singgah ler..

Thursday, July 20, 2017

Melawati Mall Dah Nak Buka


Sape2 yang tgh cari keje atau ahli keluarga ke kawan2..boleh ler cuba tu..suki pun tgk ni dari facebook..saja share sini, kot2 ada yang sedang cuba nak buat part time ke kan..wah Melawati Mall dah nak buka..bertambah sesak ler kawasan tu nanti..suki rasa amat2 ler tak sesuai mall besar gedabak buat kt situ...bukan apa..seolah2 nak membunuh perniagaan kedai2 runcit, kedai makan, kedai serbaneka yang ada sekeliling tu..mesti nanti slowly bisnes2 yang dah dah sekian lama bertapak di situ kena tutup...kesan dari perniagaan besar-besaran ni..ntah ler..ni cuma suki punya pendapat..harap2 tak betul ler..harap2 ia jadi the other way around..dengan terbinanya mall ni bisnes2 di sekeliling tu makin maju..ekonomi penduduk setempat makin baik..hihi...hopefully 

Sunday, July 9, 2017

Puasa Syawal


Puasa 6 di bulan Syawal

"Siapa sahaja yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa 6 hari bulan Syawal. 
Maka seperti puasa satu tahun"
~ HR. Muslim


Monday, April 10, 2017

Dah Daftar Haji?


Lain sikit tajuk entry suki kali ni...sebab suki pun antara yang terlambat..korang semua dah daftar haji ke belum..yang sudah alhamdulillah..yang belum cepat2 ler daftar..bayangkan suki yang daftar 2017 pun dapat turn pegi 2118..seratus tahun lagi...sampaikan pegawai tabung haji tu cakap, semua patut daftar haji seawal umur sehari..so baby2 semua dah kena daftar haji ye hihi..ataupun yang ada duit raya anak tu boleh ler guna buat daftar haji diaorg..


sebelum daftar haji, kita perlu ada akaun dengan tabung haji..suki percaya kita semua dah ada buku tabung haji sejak sekolah rendah lagi kan..terima kasih pada ibu bapa kita yang prihatin...so nak daftar haji ada dua cara, first adalah dengan memastikan akaun tabung haji kita cukup RM1300, maka kita layak untuk daftar haji..so boleh ler pegi ke lembaga tabung haji di jalan tun razak ataupun cawangan tabung haji berhampiran anda...pegi sana ckp kt kaunter saya nak daftar haji..dia akan minta buku pastu bagi no giliran..tiba giliran bgtahu lg sekali nak daftar haji..dia akan key in dalam sistem..done! hihi...jika duit kita belum cukup RM1300 dalam tabung haji..kita masih boleh daftar haji dengan menunjukkan statement KWSP yang mana akaun 1 sudah melebihi RM1300..maka  proses dia sama juga..pegi kaunter informasi (gambar atas tu)...bgtahu nak daftar haji guna kwsp..dia akan bagi no giliran dan tunggu lah giliran anda...


suki perasan masa suki gi daftar tu kebanyakkan yang datang dari golongan warga emas je...mungkin golongan muda belum tersedar betapa pentingnya daftar haji ni..semua akan ckp tunggu ler aku pencen nanti..takleh gitu..sebab zaman atuk2 kita dulu boleh ler daftar tahun ni tahun depan gi...sekarang dah cukup duit pun kalau belum smpi tarikh nak pegi belum boleh pegi..walaupun kita nak gi dengan swasta sekali pun still kena daftar dengan tabung haji dulu...rayuan untuk mempercepatkan tarikh tunaikan haji diutamakan pada yang berumur 75 tahun ke atas dulu..sebab kuota haji tak ramai..so mari ler mendaftar..mana tahu Allah buka pintu rezeki kita awal untuk ke sana..InsyaAllah..



Thursday, February 23, 2017

BB1M 2017



KUALA LUMPUR: Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata BB1M akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang diselaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui agensinya, Bank Rakyat.

"Kajian yang dilakukan mendapati Bank Rakyat menawarkan sistem yang terbaik dan sebab itulah ia dipilih untuk membekalkan kad tersebut kepada pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada program 'Keeping In Touch' Menteri Pendidikan Tinggi bersama pemimpin pelajar universiti awam, IPT swasta, politeknik dan kolej komuniti serta simbolik penyerahan KADS1M kepada wakil pemimpin pelajar universiti di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh.

Idris berkata kerajaan memperuntukan RM300 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 bagi menjayakan program BB1M itu.

Menurutnya melalui penggunaan kad debit itu, pelajar tidak lagi terhad untuk membeli buku sahaja sebaliknya mereka boleh menggunakannya untuk membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran.

BB1M yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar di IPT awam dan swasta.
Terdahulu, Idris meluangkan masa lebih sejam dalam sesi dialog bersama kira-kira 1,600 pelajar pada majlis itu untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai sistem pendidikan tinggi negara.

--BERNAMA

Tuesday, February 21, 2017

Take Note Kengkawan




Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.

Anggota Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Zubaidi Ahmad berkata minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan.

"Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.


Friday, January 20, 2017

Jawapan Kepada Isu Viral Tepung Gandum


Sebelum ni kecoh isu ni kan...tp suki rasa lega ler juga sebab memang pakai brand Faiza pun..tp dulu2 sebelum faiza pakai Cap Sauh juga..itu yang glemer kan...sejak ada Faiza baru tukar..ok di bawah ni jawapan yang sah dari Kemeterian Kesihatan Malaysia..jangan risau2 ye...


Senang citer..selalunya produk yang dah lama bertapak di pasaran ni memang dah ikut banyak prosedur yang ditetapkan..yang patut kita risau adalah produk-produk murah yang tak pernah nampak jenama tu..dijual pula di kedai2 yang tak sepatutnya...barang makan harap kita jaga ler ye..jangan nak bantai murah je..badan nak pakai lama tau...if barang bukan makanan boleh ler cari yang murah2..

Friday, July 22, 2016

Puasa Sunat Syawal


Bila dapat tahu kawan2 blogger suki masih berhari raya..rasa mcam suki di perantauan lak hihi....takpe2...siapkan belajar dulu

Korang dah selesai puasa 6 lum? Masih ada seminggu lagi kan syawal...sempat lagi tu..suki pun baru selesai 4 hari..sebab buat selang sehari...tak mampu lagi nak puasa straight 6 hari...insyaAllah lagi 2 hari tinggal...chaiyok2 untuk diri sendiri

Tuesday, February 16, 2016

Kad Diskaun Siswa (KADS1M)


Baru-baru ni suki dapat kad diskaun siswa dari school..dah masuk tahun tiga baru dpt kad ni..before ni takde ke..masa degree dulu pernah dengar pasal kad student ni..tp ntah samada tak dapat or suki sokmo terlepas benda2 diskaun ni.. maklumat lanjut berkenaan kad ni boleh disemak di http://kadsiswa.1pengguna.com/

Kalau ikut website tu banyak ler juga tempat yang bagi diskaun kan..tp suki belum cuba..sesape yang dah ada pengalaman guna kad ni dah dapat diskaun citer ler sikit..boleh ler suki plak try..


Friday, October 23, 2015

Kesan Jerebu Pada Kesihatan Kita


Banyakkan minum air suam..dan kurangkan masa di luar rumah...kalau tak dapat penyakit ler kita dengan keadaan jerebu sekarang ni...bertabahlah rakyat Malaysia