Tuesday, January 27, 2015

Weekend Buffet


Last weekend suki dan adik-adik mencuba buffet di Renaissance Hotel, KL..first time ke situ, padahal dekat je dengan KLCC kan..sebab belum pernah ke situ ler kitaorg try..ada dua tiga coffee house dalam hotel tersebut dan kitaorg memilih Vogue Cafe..harga untuk seorang atau 1 pax adalah RM98++ ..so boleh dikategorikan mahal sebab kebetulan 2 minggu lepas suki lunch buffet di Marriot Putrajaya, lagi murah dari di sini..dengan harapan jika lagi mahal, makanan mesti lebih banyak dan lagi best dan menarik..tp sebaliknya..buffet amik sikit..terkejut juga mula2..sbb sekali jeling dah boleh tengok semua makanan yang disediakan..maksudnya very limited..di Marriott Putrajaya pilihan buffet amat banyak dan sedap..ada pelbagai jenis makanan..maaf terpaksa buat dua perbandingan ni sebab kebetulan dua weekend berturut-turut suki buffet lunch..di renaissance minuman panas pun tak termasuk dalam buffet..ok harap2 suki tak datang sini lagi..rasa tak berbaloi sangat..dari situ terus kitaorg ke KLCC..emmm hokey cari minuman panas di sana lagi banyak pilihan..rugi rugi dan rugi...






Tuesday, January 20, 2015

Line Clear cleared out by council


GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council (MPPP) raided the island’s popular Line Clear nasi kandar outlet, which has been embroiled in an ownership tussle since last year.

Enforcement officers seized and carted away tables and chairs during the 4am operation yesterday.

However, outlet operator Abdul Hamid Seeni Pakir, 60, stayed defiant and continued the business with the remaining tables and chairs.

“The high-handed action of the council is uncalled for as we are still negotiating who should operate the restaurant. MPPP has no right to determine who runs it,” he said.

Abdul Hamid described the council’s action as “totally inconsiderate” and said no prior notice was given.

“Only a few workers were present and although one of them pleaded for time to contact me, the officers went ahead and loaded the tables and chairs onto a truck.”

About 40 enforcement officers from the MPPP Licensing and Public Health Department were involved in the operation off Penang Road.

In a statement issued later, the council said the restaurant was not allowed to continue its business as the current operators did not have a licence for this year.

More news : The Star Online

Monday, January 19, 2015

Serai Restaurant


Baru masuk Serai Restaurant di Jaya Shopping Centre baru2 ni....first time try...antara tarikan yang membuatkan suki terus ke situ adalah deco yang amat cantik..serius cantik...coffee house di hotel pun tak secantik restoran ni..adakah perbandingan yang melampau..hihi..tapi mmg cantik..kemas..tersusun..staf berpakaian kemas..dan suki baru tahu restoran ni pemiliknya adalah melayu..bravo tuan or puan..mmg kelas restoran anda...pegi situ lunch hour..sampai kena ambil nombor le...punya ler ramai pengunjung..pelbagai kaum makan di situ..sorry suki terlupa pulak nak snap gambar makanan sbb dah terliur sangat bila dihidangkan..bila dah selesai baru ingat...boleh gitu..insyaAllah akan ke sini lagi sbb suki bagi lima bintang...



Kebetulan kedai sebelah adalah Baskin Robbins, so pantulan BR tu sampai ke restoran sebelah..mula2 confuse juga bila nmpk logo tu   =)

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday


Happy Birthday buat sahabat maya ku Fuza !!

Semoga berbahagia selalu .. Amin

Warga asing kuasai bisnes rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 tahun lalu pekerja asing datang ke negara ini untuk mencari nafkah daripada kemajuan pesat Malaysia, namun keadaan sudah berubah, dengan kebanyakan mereka sudah menjadi majikan dengan mengambil alih perniagaan rakyat tempatan.

Bermula daripada perniagaan pasar dan gerai, sedikit demi sedikit mereka kini sudah mula menguasai perniagaan rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor lain, termasuk telekomunikasi, komputer, tekstil, kedai runcit dan pakaian.

Pekerja asing ini juga kini menjadi kontraktor binaan, tukang rumah, mengendalikan syarikat perkhidmatan sendiri seperti pembaikan elektrik, pendingin hawa dan tukang paip



ANTARA ALASAN YANG DIBERI:

1. Pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya bertanggungjawab terhadap lesen yang dikeluarkan pada perniagaan kecil-kecilan seperti penjaja dan gerai

2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mempunyai penguatkuasa untuk melakukannya

3. Jabatan Imigresen hanya bertanggungjawab memeriksa, menahan dan mengambil tindakan terhadap terhadap pendatang tanpa izin, mereka yang menyalahgunakan premit pekerjaan atau tinggal lebih masa.

So, takde sapa ler yang ada kuasa nak membanteras isu peniaga warga asing yang dah bersepah ni...emmm 

Sumber : Berita Harian

Tuesday, January 13, 2015

Jom Makan!

1. Restoran Al-Rawsha, Kg Pandan



Dah lama dah kedai ni bertapak kt sini..suki je yang belum pernah try sebabnya suki bukan penggemar nasi arab dan makanan middle east ni..tp satu keluarga suki mmg penggemar makanan middle east...so bila satu family besar keluar makan kena mengalah ler kan..tp not bad ler restoran ni...besar, luas, bersih, servis bagus, dan murah..makanan pun ok..walaupun tak gemar tp makan laju je ..hihi..cuma kalau bukan dengan family suki tak jejak ler restoran arab..hihi...pelik kan..tp lepas ni boleh ler makan ramai2 lagi..sbb bila tempat luas gini..selesa datang ramai2..buat macam rumah sendiri..


2. Restoran Sakura Kristal, Festival City 


Ni bukan first time makan..selalu juga makan..tp first time order nasi putih berserta lauk pauk..maklum ler makan ramai2..nak senang kitaorg terus order set untuk berapa org makan..dah memang ada set utk lauk pauk tu..tp sayangnya portion amat ler kecil..tak sesuai untuk satu family..dan harganya pun agak mahal bila makan gini..boleh datang lagi..tp utk kumpulan yg kecil ataupun sekadar ala carte..


3. Saba Restoran, Setiawangsa



Eh restoran arab lagi hihi..td kat atas kata tak suka..kita ni kena ikut majority..kalau majority nak nasi arab..yang tak gemor ni pun kena ikut..hihi..tp makan berselera benor kan..tipuuu je ni...kali ni lokasi yang berhampiran rumah suki sendiri...terletak di sebelah condo Seri Maya Setiawangsa dan opposite LRT Setiawangsa..ada beberapa restoran area sini dan salah satunya Saba Restaurant..restoran ni cantik, bersih, dan ramai pekerja...satu je makanan middle east ni..jangan tersalah order yang tak kena dengan tekak asia kita..kalau kena sedap je..macam aritu tersalah order air dan dessert, terbantut terus nak makan..kalau rajin tanya dulu pekerja dia mcmana makanan tu...apa ingredient dia..kalau rajin ler kan..hahaha..


4.  Restoran Adam Lai, Wangsa Maju


Restoran baru ni juga di area Wangsa Maju..belakang restoran Chef Zubir (Wangsa Grill)..kalau tak cari mmg tak jumpa sbb terletak di lorong belakang..dua tiga kali lalu depan kedai ni mmg takde orang .. nak singgah pun tak berani..tp kali ni singgah ramai2 tak segan ler sbb kurang2 family kitaorg dan penuhkan kedai tu..tp mungkin faktor malam minggu..makin lama makin ramai..last2 penuh juga restoran tu..dah mcm makan kenduri dalam dewan je..sbb konsepnya meja bulat yang besar..so kalau setakat datang berdua dan bertiga amat ler terasa sepinya...restoran ni menyajikan makanan cina muslim..so boleh order nasi putih beserta lauk pauk dan juga ala carte...sedap makanannya..boleh datang lagi tp dengan rombongan cik kiah ler..kalau tak ramai mcm tak best lak konsep meja besar gitu...oo lupa nak mention, katanya ni restoran Abby Yus, pelawak tu..tp tak nmpk bayang pun aritu..maybe sekadar rakan kongsi kot..nama artis sebagai pelaris..



Monday, January 12, 2015

Selamat Pagi Bloggers!


Assalamualaikum semua...apa khabar anda hari ni.

Dah lama tak update citer makan2 kan..risau juga kalau post mcm tak menghormati musibah banjir yang melanda negara kita baru2 ni..agak2 kalau suki dah mula post korang marah tak..sekadar berkongsi kenangan di kedai2 makan yang baru dicuba bersama keluarga dan kawan2..boleh kan..

Dalam masa yang sama, didoakan mereka yang ditimpa musibah segera kembali ke kehidupan asal..mendapat  bantuan selayaknya..dan mula tersenyum semula