Saturday, May 31, 2014

Sambal Hijau, Sg Penchala


Bagi sape2 yang suka lauk pauk melayu asli boleh ler cuba makan di Restoran Sambal Hijau yg terletak di Sg Penchala ni..tak jauh dari Restoran Puteri, TTDI dan tak jauh dari terowong Penchala Link tu...tepi jalan je.senang nak cari..best kt sini sbb apa je yg teringin di hati semua ada..kebetulan restoran ni baru renovate..so lagi menarik ler ruang makannya..amat sesuai untuk lunch..so kalau korang mmg nak ke Ikea ke The Curve ke, One Utama ke..singgah ler lunch dulu kt sini..mmg puas hati ... tp bagi penggemar masakan melayu ler ye..sbb sini takde pasta, mee, steak, tempura, capati semua tu...betul2 lauk pauk makan dengan nasi...lagi best pencuci mulut ada pelbagai jenis..tak lupa juga kek..hihi..mmg abis diet kalau masuk kedai ni..tp puas hati..

Friday, May 30, 2014

Home and Living Exhibition


Percaya atau tidak..suki baru je blk dari Midvalley...jarang dibuat suki ari keje, pastu nak jln2 masuk shopping mall unless sekadar nak dinner or beli brg penting or jumpa org..tp memandangkan jadual weekend suki yg penuh dan exhibition ni dari 30 may smpi 1 june je..so lps maghrib terus ler ke sini...tp berbaloi ler sbb dpt peluang utk survey 2-3 benda yg suki nak buat...cuma apa yg suki nak share di sini adalah..byk benda baru yg suki temui..maybe org lain dah tahu..contohnya selama ni org boleh control rocking chair atau berurut pakai kerusi ogawa ataupun katil yg guna remote untuk berurut...tp skrg sofa yg utk letak di living hall pun dah ada sensor, boleh adjust ikut keselesaan ataupun kemalasan...hihi...range harga rm6k-rm14k..kalau ada duit lebih le ye

Benda kedua yg suki baru 1st time tgk adalah roller blind yg dah control guna remote...apakah pelik, semua benda guna remote...langsir pun remote...yg menariknya pergerakan roller blind tu ada corak yg terhasil bila tekan remote...mmg canggih...kang dah tertukar semua remote air cond, tv, astro, kipas...

Benda ketiga yg suki kagum, biasa ler mesti dtg dari korea...dulu kecoh korea wallpaper, smpi suki pun dah langgan...skrg bukan wallpaper tp dinding yg dijadikan fixture wall dari batu...bukan batu bata tp corak yg pelbagai..contohnya boleh dibuat kepala katil...lukisan dari batu siap frame pun dari batu...batu tu membentuk pelbagai corak...mmg unik dan menarik..

Ok dah pjg lebar citer...korang2 yg x tahu nak ke mana weekend ni...boleh ler gi tgk exhibition ni...free2 promote kan...jummat smpi ahad je

Hukum Mengadakan Majlis Tahlil


Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak.

Sementara menjemput orang ramai dan menjamu dan memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, “Memberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak” (hadis riwayat Bukhari)

Namun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:

i.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.

ii. Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.

iii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan. Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran dan rakan dan bukannya dari kalangan ahli waris.

iv.Tidak melibatkan pembaziran

v. Tidak meratapi kematian arwah

Sumber : page FB Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Wednesday, May 28, 2014

Perak Sultan passes away


PETALING JAYA: Sultan of Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah passed away at 1.30pm, Wednesday at the age of 86.

His passing was announced by Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“It is with deep regret that I have to announce the passing of our beloved Sultan,” he said during a live telecast over RTM.

Zambry said the Sultan would be laid to rest at the royal mausoleum in Kuala Kangsar after Asar prayers on Thursday.

Born on April 19, 1928, in Batu Gajah, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah ascended to the throne on Dec 9, 1985.

A Sultan for nearly three decades, he was 86 years old and is survived by his wife Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, as well as a son, Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah and three daughters, Dato’ Seri Raja Azureen, Raja Eleena and Raja Yong Sofia. Another son, Raja Kecil Sulong of Perak Datuk Seri Raja Ashman Shah passed away on March 30, 2012.

Source : The Star Online

Wordless Wednesday



Tuesday, May 27, 2014

Liebster Award

http://lizafahmi-iloveuyouloveme.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-twinkling-star.html


Ingatkan dah abis zaman2 kena tagged ni..rupanya ada lagi..hihi..kali ni suki kena tag oleh  FUZA

Apa sebenarnya Liebster Award ni?
Ok, sebenarnya ini adalah salah satu SEGMENT Tag dan Jawab Soalan.
Apa yang anda perlu buat ialah, apabila anda kena TAG, sila lah jawab 10 soalan yang di Tanya oleh blogger yang TAG anda.
Senangkan?
Selesai Menjawab soalan, Anda dikehendaki TAGGED 10 rakan blogger yang belum terimaLiebster Award


Okey suki sambut cabaran untuk jawapan soalan2 dari Fuza di bawah:


SOALAN DARI FUZA UNTUK MEREKA YANG DITAG
1.  Apa perasaan anda apabila kena TAG?
Rasa bersalah sbb lambat reply..hihi

2. Piala Thomas bukan milik Malaysia, apa kata anda?
Sedih..tp diaorg dah buat yang terbaik esp LCW

3. Lagu rock kapak (lagu lelama) apa yang anda suka?
Penantian oleh Blackrose

4. Masakan pertama anda masak?
Of course..mi maggi sbb cepat dimasak sedap dimakan :)

5. Pernah sedih yang teramat kerana...??
ala dah lupa :(

6. Anda FOBIA apa?
Bunyi kuat/bising/bingit dari belakang

7. Malaysia terkenal dengan apa?
Penduduknya yang berbudi pekerti dan negara yang aman

8. Kenangan indah yang masih buat anda tersenyum hingga kini?
Dapat sambung belajar smpi abis

9. Entry apa yang paling kamu suka dari blog Fuza? Letakkan link kat sini.
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/cherry-blossom-ke-bunga-sakura-di.html

10. Fuza ni macamana agaknya? Cuba komen jap.
Friendly .. mcm dah kenal lama :)

SAPE2 YANG BERMINAT UNTUK JAWAB2 SOALAN SEPERTI DI ATAS..ANDA BOLEH TAG DIRI SENDIRI YE...THANK YOU

F.R.I.E.N.D.S



Friday, May 23, 2014

Akhlak Islam




Ajari Anak-anak Akhlak Islam

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Sumber : e-hadith

Thursday, May 22, 2014

Be S.T.R.O.N.G.



Elakkan 7 Perkara Selepas Makan


Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan. Tahukah anda perkara tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh badan anda? Baca setiap perkara di bawah dengan lebih lanjut.


Jangan merokok

Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru


Jangan makan buah

Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan.


Jangan minum teh

Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.


Jangan longgarkan tali pinggang anda

Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.


Jangan mandi

Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah


Jangan banyak berjalan

Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.


Jangan tidur

Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.

Sumber : Mingguan Wanita

Friday, May 16, 2014

Ini Makan Dia


Kalau nak sihat...ini makan dia..huhu...sakit kepala..sakit tekak..selsema..batuk...petua2 yg suki google tak jln..akhirnya menyerah diri pada doktor..ambik, mcm2 jenis ubat kena telan..redha je ler, asal cepat sihat...suara dah hilang ni...ala2 cakra khan dah ni =)

So pada yg masih sihat, amalkan pemakanan sihat..nak2 lg skrg mmg musim demam...banyakkan minum air suam ♥ pesanan ikhlas dari suki =)

Thursday, May 15, 2014

Rukun Solat




Tahniah .. Menteri Besar Baru


KUALA TERENGGANU 14 Mei - Meskipun sejurus selepas upacara mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Terengganu malam kelmarin tercetus krisis politik, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman melangkah tenang untuk memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 7.40 pagi di Wisma Darul Iman, kemudiannya mengetip kad perakam waktu menandakan hari pertama beliau tugas dan disusuli bacaan doa oleh Pegawai Agama di Pejabat Menteri Besar, Kamaruddin Omar.

Hadir mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mat Razali Kassim.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad Razif menyatakan beliau belum memutuskan untuk melakukan perubahan terhadap portfolio yang dipegang oleh ahli-ahli Exco seiring dengan peralihan kepimpinan yang berlaku.

Bagaimanapun, difahamkan akan berlaku rombakan kelak apabila Ahmad Razif mungkin mengambil alih portfolio yang dipegang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini di samping pelantikan sekurang-kurangnya satu muka baharu untuk mengisi portfolionya terdahulu.

Ahmad Razif sebelum ini merupakan pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri.

Beliau juga tidak menyentuh kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib yang sebelum ini memutuskan untuk keluar parti namun kembali semula kepada UMNO.

Sumber : Utusan Malaysia

Ahmad Said akui tertekan majlis anak


Kijal: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan isu peletakan jawatannya sebagai ahli UMNO selesai susulan permohonan maaf dan penarikan semula surat peletakan jawatan itu.

Beliau berkata, apa yang berlaku adalah salah faham dan beliau berada dalam keadaan tertekan kerana ia membabitkan anak dan maruah dirinya. 

“Untuk makluman, saya sudah bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tengah hari tadi (semalam) dan ada sedikit kesilapan, salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak saya. 

“Perdana Menteri menyangkakan majlis perkahwinan anak saya selesai pada 10 Mei sedangkan ada dua lagi majlis iaitu satu di Kijal (Sabtu ini) dan Kuala Lumpur (31 Mei nanti). Kerana salah faham itu, perkara ini (meletak jawatan) berlaku.

“Untuk makluman, saya sudah bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tengah hari tadi (semalam) dan ada sedikit kesilapan, salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak saya. 

“Perdana Menteri menyangkakan majlis perkahwinan anak saya selesai pada 10 Mei sedangkan ada dua lagi majlis iaitu satu di Kijal (Sabtu ini) dan Kuala Lumpur (31 Mei nanti). Kerana salah faham itu, perkara ini (meletak jawatan) berlaku.

Sumber : Harian Metro

Monday, May 12, 2014

Please R.E.A.D :)



Handoiii demam...


Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.
Ramai yang beranggapan bahawa ubat panadol akan menyembuhkan penyakit. Ubat panadol atau nama saintifiknya paracetamol hanya menurunkan suhu badan sementara dan suhu badan akan meningkat semula sekiranya penyebab demam itu tidak ditangani. Paracetamol hanya mengurangkan gejala penyakit di awal selsema . Jika berlarutan selepas 2 hari , dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengenalpasti serta menangani penyebab demam tersebut.

Antara yg suki berjaya google tips2 segera sembuh demam dari internet (tak tahu ler jadi ke idak):
1.  Minum air dengan banyak
2.  Elak dari minum kopi
3.  Mandi air panas
4.  Makan sup panas
5.  Rehat secukupnya
6. Kumur dengan air garam
7. Minum 100 plus banyak2
8. Minum air asam jawa
9. Minum air kembang semangkuk
10. Elak minum air sejuk