Monday, May 12, 2014

Handoiii demam...


Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.
Ramai yang beranggapan bahawa ubat panadol akan menyembuhkan penyakit. Ubat panadol atau nama saintifiknya paracetamol hanya menurunkan suhu badan sementara dan suhu badan akan meningkat semula sekiranya penyebab demam itu tidak ditangani. Paracetamol hanya mengurangkan gejala penyakit di awal selsema . Jika berlarutan selepas 2 hari , dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengenalpasti serta menangani penyebab demam tersebut.

Antara yg suki berjaya google tips2 segera sembuh demam dari internet (tak tahu ler jadi ke idak):
1.  Minum air dengan banyak
2.  Elak dari minum kopi
3.  Mandi air panas
4.  Makan sup panas
5.  Rehat secukupnya
6. Kumur dengan air garam
7. Minum 100 plus banyak2
8. Minum air asam jawa
9. Minum air kembang semangkuk
10. Elak minum air sejuk

4 comments:

  1. kalau Fuza...TIDO is the best medicine..ehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tido tp kepala pk mcm2 nak buat..last2 tak tido pun..huhu

      Delete
  2. air kembang semangkuk? sedap ke.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rasa kot..yg letak dlm air sirap tu..

      Delete