Friday, May 2, 2014

Hati-hati Komen di Facebook


2 suri rumah cederakan jiran didenda

Seremban: Gara-gara mencederakan jiran mereka, dua suri rumah masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa akibat tidak puas hati dengan komen dibuat dalam laman sosial Facebook.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut kertas tuduhan, Maziah dan Melor didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap Saridah Sohib, 39, di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin, 21 Februari lalu, kira-kira jam 10 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Mohamad Izwan berkata, tertuduh sepatutnya tidak terlalu mengikut perasaan marah dan bersabar dalam setiap tindakan.

Katanya, tertuduh sepatutnya malu apabila kes itu dibawa ke mahkamah terbuka dan dilihat orang ramai.

“Malu apabila jadi begini orang ramai tengok di mahkamah, anak-anak sudah besar, nanti ikut jejak kamu.

“Jika boleh bawa berbincang, jumpalah dengan penghulu atau sesiapa yang boleh membantu.

Tak pasal-pasal ada rekod jenayah.

“Jika kamu dihukum penjara bagaimana? Ingat, jangan ikutkan nafsu tetapi banyak bersabar dalam tindakan,” kata Mohamad Izwan menasihatkan kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, ketika Saridah (pengadu) berada di rumahnya di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin, dia didatangi kedua-dua tertuduh dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Puncanya kerana kedua-dua tertuduh mempersoalkan komen pengadu mengenai mereka dalam laman sosial Facebook.

notakaki : Sabor makcik sabor...daripada main facebook baik gi siram pokok bunga :P

4 comments:

  1. Betullah kata orang tua2..terlajak perahu boleh dundur..terlajak kata...

    ReplyDelete
  2. bila salah guna inilah jadi nya... isk isk iks

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhati2 bila menggunakan medium sosial :)

      Delete