Friday, December 16, 2016

Jambatan Baru


Tak abis lg citer balik kampung hari tu..sekarang warga Seberang Takir akan dapat jambatan baru tak lama lagi..jambatan tersebut masih dalam pembinaan...sebelum ni penduduk sekitar sini akan guna Jambatan Sultan Mahmud untuk ke pusat bandar...tp lepas ni ada lagi jambatan baru yang menghubungkan seberang takir dan pusat bandar...


Masa suki kecik2 dulu rajin juga naik bot penambang dari seberang takir nak ke pusat bandar atau lagi tepat lagi Pasar Payang....tp bila dah besar ni takut pulak nak naik bot tu..sebenarnya dekat je kalau ikut jalan bot nak ke pasar payang..takut punya pasal sanggup naik kete hihi...suki tak pasti lepas jambatan baru ni siap, apa akan jadi pada pengusaha bot penambang..adakah akan hilang punca pencarian atau akan diberi destinasi baru sebab perkhidmatan bot ni amat sesuai untuk jadi tarikan pelancong di Kuala Terengganu..


Walaupun Terengganu mengalami pelbagai krisis politik dalaman, suki harap pembangunan untuk negeri kelahiran suki ni diteruskan..kadar kemiskinan dapat dikurangkan...tahap pendidikan dapat ditingkatkan dan kadar jenayah makin menurun...harapan dari rakyat marhaen untuk pemimpin yang pegang amanah...



Tuesday, December 6, 2016

Balik Kampung dan Makan Besar Tak Dapat Dipisahkan


Salam semua, apa khabar..kejap je dah masuk bulan december tanda tahun 2016 akan berakhir tak lama lagi..masing2 tgh sibuk kan hujung tahun ni...yang keje nak kejar dateline untuk complete kan kpi masing2...yang belajar nak kena hantar pelbagai report progress, article dan sebagainya..sebab tu ler suki agak tak sempat nak update blog lately...

Ni pun nak up citer balik kampung bulan October lepas..punya ler lama tertunggak kan..bila balik kampung ni syarat wajib adalah makan segala makanan yang takde di KL..disebabkan kampung suki di ganu...so minum air buah gelas besor dan makan kepok lekor adalah acara wajib...tu acara supper kitaorg hihi...segala diet tolak tepi ye bila balik kampung..sebab automatik kitaorg akan kluar makan beramai2...semua sepupu sepapat.makcik pakcik akan makan beramai2..meriah tul keluarga kitaorg..breakfast lak suki akan cari tepung kapur, nasi dagang, cek mek molek, pulut sambal dan mcm2 lagi menu terengganu tp bukan ler makan semua tu satu hari...ni menu berbeza tuk hari berbeza hihi..


Setelah puas makan makanan tradisi..sepupu2 bagi idea nak makan western lak tuk dinner..so mcm biasa kitaorg akan explore tempat baru...mcm last year kitaorg gi makan western di restoran bernama RAHSIA di kuala terengganu..tp kali ni kitaorg tukar ke restoran Mamaniey's Corner yang terletak berhmpiran dengan airport Kuala Terengganu..restoran ni cantik..bersih..cepat..staf pun bagus..pendek kata suki happy ler makan sini..kitaorg lak datang ramai..abis semua meja kena sambung2...


Sekarang pantai timur dalam musim tengkujuh.....jadi tunggu next year plak balik kampung...lepas ni kitaorg akan cari tempat makan baru lagi hihi..dah mcm jalan-jalan cari makan lak...tungguuu


Tuesday, November 29, 2016

Tips Diet dari Kevin Zahri


Memandangkan tahap kesedaran untuk menjaga kesihatan dah makin meningkat sekarang...maka suki share tips dari Kevin Zahri ni utk kita bersama...jangan salahkan nasi tu ye..hihi..tp berpada2 masa mengambilnya..


Tuesday, November 15, 2016

Ramly Burger


Selama ni kita membesar dengan Ramly Burger kan...dari kecik dah pandai masak sendiri kt rumah ataupun beli di stall yang berhampiran...tp sekarang Ramly Burger dah maju...dah setanding fast food chain restaurant yang lain..cuma biasa ler rakyat Malaysia ni..kalau product local ni slow sikit nak support...tak gitu...



Suki berkesempatan ke Ramly Burger's kiosk atau restoran sebenarnya yang terletak di Seri Rampai...bagi yang tak tahu...di ada di deretan belakang Wahab Cendol dan Domino Pizza...best rupanya restoran ni..cuma takde sambutan maybe location kot..apa nak order semua ada...apa yang ada di fast food lain juga ada kt sini...kira lengkap ler..



Selain makan dan bungkus set burger atau ayam kt sini..pengunjung juga boleh nak shopping product2 Ramly yang lain..dari segi jualan product ni suki perasan mmg tak putus orang datang beli...mmg untuk yang balik masak kt umah, contohnya nugget, daging burger, mayonis, sos pasta, frozen food yang pelbagai dan lain-lain lagi..



Bagi yang belum jejak kaki ke sini bole ler try one day...support our local products 🔺




Friday, October 21, 2016

Dinner @ Majestic Hotel


Baru-baru ni suki dan keluarga ke Majestic Hotel yang terletak di tak jauh dari KL Sentral tu untuk dinner...ni first time suki ke sini...selalu melintas depan hotel ni je...memandangkan pegi malam minggu, coffee house agak penuh...dan kebanyakkan datang dalam group yang besar...maybe family atau kawan-kawan...untuk malam yang suki gi tu..lebih ramai local dari org luar...mungkin tak ramai orang tahu hotel ni atau maybe jauh dari tempat tourist jalan2 ke...


Pakaian pekerja-pekerja hotel ni agak unik..especially yang sambut tetamu or bellboy...diaorg pakai mcm orang di zaman 60-an or 70-an..macam uniform polis ke, kakitangan keretapi ke or tentera tak pasti lak..yang penting topi bulat..seluar pendek dan kembang..kelakar tul tgk...tp nak gelak tak sampai hati hihi...


Buffet untuk dinner adalah rm125 seorang or one pax, agak mahal bagi suki...tp berbaloi dengan pilihan makanan dia...banyak pilihan dari western to japanese cuisine ke italian dan chinese food..semua ada...bagi peminat masakan melayu jangan risau...ada nasi putih, nasi beriyani beserta lauk pauk yang sedap-sedap..mmg terlajak kenyang ler..suki lg prefer lunch heavy kalau nak buffet gini..sebab bila malam mkn banyak terus pikir nak tido je...dan jadi ular kekenyangan lak..


So far suki puas hati makan di sini...cuma sekali sekala boleh ler..selalu makan sini kering poket den...bagi anda yang belum try boleh ler call for reservation ... eh eh bg promotion free lak kt hotel ni..







Thursday, October 20, 2016

Things to Ponder


Be careful who you share your weakness with.  
Some people can't wait for the opportunity to use them against you.



Monday, October 10, 2016

Ke Mitsui Lagi


Dah lama rasanya suki tak ke Mitsui..seronok ke sana sebab barang-barangnya yang murah...ala2 JPO di Johor..cuma beza dari segi barang jualan..di JPO banyak baju dan handbag, manakala di Mitsui banyak kasut, pakaian sukan dan juga perfume..



Memandangkan suki gi sana on weekend...maka ramai ler pengunjung...sama ramai pengunjung tempatan dan luar negara..sebab tak jauh dari KLIA kan..agaknya mat salleh ni last minute shopping before balik kot hihi



Kali ni suki shopping perfume dan baju2 jenama sukan...banyak juga outlet yang bg diskaun banyak antaranya Puma, Nike, Dockers, Hush Puppies..suki rasa berbaloi beli di sini sebab harga yang jauh lg murah if kita beli di KL sana..especially barang yang boleh pakai lama mcm perfume, kasut dan baju..