Showing posts with label Complaint. Show all posts
Showing posts with label Complaint. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

MARA mmg buat org MARAH


Please..ada tak kengkawan sini yg ada no staff MARA yang handle pembayaran balik loan pelajaran MARA..sbb suki dah try call berminggu2 dah ..tak pernah ada yg jawab call..dah try call Bahagian Penganjuran Pendidikan tak berjawab..ada 5 no yang diberi di website..pastu try pula Bahagian Kawalan Kredit..tak berjawab juga...hari ni try guna operator MARA dan minta dia sambungkan pada staff2 berkenaan..memang disambungkan tp tak berjawab..pelik ler..mana semua org di pejabat MARA..suki nak call bagi pihak adik yang dah abis belajar..

Sesape ada no yg boleh suki hubungi bagitahu ye..thank you in advance

Thursday, April 17, 2014

PosLaju


Ok hari ni suki amat baik hati..hari memuji perkhidmatan yang suki dah guna..lepas Pusrawi sekarang PosLaju..bulan ni mmg ramai org beli kain2 untuk dijahit sempena aidilfitri yang akan datang kan..suki pun salah sorang yang menyibukkan diri tp bukan untuk diri sendiri tp untuk ibu ayah di kampung..cuma yang suki respect pada pos malaysia sekarang adalah dibuka pada hujung minggu..mmg mudah sangat..sbb itu ler waktu yang semua orang free..dan lagi baik dalam mall2 semua dah ada pos malaysia ni..lagi ler senang kan..sbb sebahagian besar rakyat malaysia dalam mall di hujung minggu..betul tak...tak perlu bungkus untuk pos..suki bawa je kain tu dgn plastik2 sekali suki ke Pej Pos Midvalley...terus diberi kotak Poslaju..tak perlu kita cari kotak sendiri, bungkus sendiri..semua dah tersedia di Pej Pos..yang bestnya lagi..byk tul best ni..hihi...suki pos ke sibu satu parcel dan ke kedah satu parcel..di pos pada hari sabtu tengahari dan sampai ke destinasi isnin tengahari..wow..cepatnya..bagusler PosLaju..thumbs up..

Medical Check Up


Bulan lepas suki gi Pusrawi untuk buat medical check up..dan ini adalah first time gunakan perkhidmatan situ..selalunya gi melawat orang sakit je..sekalung tahniah diucapkan pada pengurusan Pusrawi yang mempunyai sistem yang teratur, tak perlu menunggu lama dan staff yang mesra pelanggan..sebelum2 dah pernah buat medical check up di private hospital di melawati..harganya dlm rm80++ .. kawan buat di universiti dlm rm70++ dan di Pusrawi hanya ler rm66...tak sangka kan dengan servis yang baik, staf yang cekap, hospital yang bersih dan kemas kita still boleh dapat harga murah...cuma doc bhgn medical check up cuma seorang...bila dia ada urusan luar..semua kena menunggu..boleh open vacancy utk doc tambahan lagi tu..hihi...so suki bg high recommendation ler pada kawan2 yang nak buat medical check up di pusrawi...good job.. 

Friday, December 13, 2013

Terima Kasih Astro


Mula2 marah ler juga..tp bila diselesaikan dengan baik..hilang marah tu..citer dia gini..sabtu lepas org astro dtg tukar decoder..so selama ni pakai astro biasa dah jadi astro beyond..masa call mmg cakap nak tukar decoder je..takde charge tersembunyi dan takde apa2 perubahan..ok fine...kita setuju sbb dia kata nanti decoder lama dah takleh pakai..

Bila installer dah pasang semua..tup2 ada charge plak rm50..katanya untuk HD..emm..asal td ckp takde charge kan..bayar..sabar lg ni..elok dah pasang semua..try ler buka channel fav kan..710 xde, 711 xde, 712 xde..tanya ler installer tu nape takde channel2 tu..dia ckp 'ooo itu u kena call astro, kitaorg tak tau'...sabar lagi..

Then diaorg dah blk..call customer service..hokey...rupanya decoder tu datang sekali dengan value pack yang bermaksud pek penjimatan dlm bahasa jawa...jimat amendenya bila bayaran sebulan dia lg mahal dari pakej yg kita langgan selama ni...hampeh..masa call dulu takde ckp pun pakej akan ditukar kepada value pack katanya...value pack tu ada indo pack..hello..i tak tgk sinetron hokey...i marah ni..customer service kata boleh kalau nak tukar kepada pakej asal..tp u kena penalty rm120..aikkk...diaorg yg suka2 hati tukar pakej..kita yg kena bayar denda..WTH...

So before suki tambah dosa mencarut lagi..suki complaint pada ruangan complaint di website astro...alhamdulillah dpt staff astro yang layan baik giler..buat siasatan semua dan mmg kesalahan di pihak astro..dan akhirnya value pack kononnya tu dah ditukar pada pakej asal..takde sebarang charge dikenakan...lega sgt..

So moral of the story..kalau korang agak2 kena kencing mcm ni..cepat2 buat report di ruangan complaint..jangan melalak di fb, blog or twitter je..sbb diaorg tak layan cmtu..sbb masih ada peluang utk kita sebagai pengguna menegakkan kebenaran dan hak kita...Alhamdulilllah selesai :)

Saturday, August 17, 2013

Basuh Kete


Yang biru tu adalah kedai kete fav suki...mmg banyak cawangan di sekitar wangsa maju ni..dulu catnya kaler oren..skrg kaler biru..tak tahu ler nape kan..yang suka pegi basuh kete sini sbb kebanyakan diaorg pakai org tempatan je..rasanya ramai org sarawak kot..yang penting bukan bangla ler kan..dan bangsa2 lain..kedai pun bersih ada tempat pelanggan nak tunggu..tempat ber air-cond lagi..siap ada tv...keje pun bagus..tp lepas raya baru2 ni pegi basuh kete..tup2 harga dah naik daaa...dari RM12 jadi RM16...tanpa sebab...takkan sbb dia tukar cat dari oren ke biru..harga jadi mahal...tak salahkalau mpv smpi RM22...nape yg mahal sangat..emmm nmpk gayanya kena cari tmpt lain ler plak lepas ni..

Sunday, July 28, 2013

Motor oh Motor


Kehadapan penunggang2 motor diluar sana,

Bersopanlah semasa menyelit, jarakkanlah motor anda dan kereta kami..Sesungguhnya bodykit tu baru je pasang..ni nak raya plak..waaaaaaa kuar duit lg nak cat situ blk :((((

Ikhlas dari kami pemilik kereta

Thursday, April 25, 2013

Masterchef Selebriti Musim Ke 2


Korang dah tgk ke masterchef selebriti Malaysia yang ke 2...disebabkan peminat siri masterchef kan..tgk ler juga tp alahai..kenapa ler pemilihan mereka2 itu..mmg boleh puji ler yang pertama aritu..jangan ler dipilih peserta sekadar pada populariti..tp pilih ler yang suka memasak sbb penonton nak tgk apa yg dimasak..teknik memasak dan resepi2 baru..bukan nak tgk org ni bersayang2 dgn org tu..org ni nak menyanyi sambil masak..org ni nak bergaya sambil masak..soooooo boring..patut ler suki tgk rancangan luar je..tak tgk rancangan tempatan sbb ini ler masalahnya..sorry ter emosi di hari khamis..masa final masterchef musim kedua pun dah kena kutuk kaw2 dgn penonton..itu bkn kutukan pd peserta tp pd penerbit yg buatkan final tu mcm Muzik2..panggil penyanyi menyanyi tp apa yg dimasak di dapur tak ditunjuk betul2..tolong ler astro..tiru ler rancangan luar yg lg best tu..camner kitaorg nak support..



Friday, December 21, 2012

Confuse


Sape-sape boleh tolong explain pada suki..kenapa selalu dpt notification pasal komen2 daripada blogger2 di email..tp di blog itself tak appear pun sebahagian komen2 tu..let say dlm email kita dapat 5 komen tp bila check di blog sendiri cuma appear 2 komen je..kenapa ye terjadi gitu..ada setting yg perlu diubah ke..


Monday, October 8, 2012

Celcom, Jalan Ampang


Luahan pagi isnin. Sebagai pengguna dan pelanggan setia celcom sejak sejak zaman dinosour, rasanya kita ada hak utk complaint kan.. Tujuan asal ke Celcom Jalan Ampang last saturday adalah sbb nak stop kan billing statement yang hantar dirumah dengan e-billing..itu pun atas arahan dari staff celcom di menara celcom jalan semarak..katanya kalau nak stop statement yang dihantar dirumah..saya kena ler ke celcom jalan ampang..memandangkan kehidupan seharian yang busy..so hari sabtu lepas pegi ler ke sana..mula2 tanya staff lelaki yang berdiri tepi kaunter nombor..apa yg perlu saya buat..then dia bagi form suruh isi itu ini then sudah isi kena dtg blk pada dia..so kita pun isi ler..bila dah isi submit pada staff lelaki yang berdiri tu..dia pun pass pada staff perempuan yang duduk di kaunter depan pintu @ kaunter untuk ambil nombor sebelum berurusan di mana2 kaunter..sekali dengan suara nyaring dia cakap..'takyah isi2 borang ni..isi je kt website diaorg..pstu automatik bill statement tu akan stop dihantar ke rumah awak'...disebabkan suaranya yg nyaring semua mata memandang diriku yang comel ini..dah ler cara dia ckp mmg annoying giler..mcm ler kita ni saje2 dtg situ nak susahkan idup dia...hello cik adik yg tak comel..awak tu berurusan dengan pelanggan..sila jawab dengan cara yang berhemah dan tak jatuhkan air muka orang ok...2 perkara yg celcom kena amik perhatian:

1.  Nape tak semua staff tahu prosess e-billing, hantar pelanggan ke situ sini mcm bola
2.  Staff ala2 panas baran @ annoying jangan letak kt kaunter..letak je kt bahagian cuci toilet

Thursday, September 27, 2012

Mara Oh Mara


Kehadapan Mara especially Eduloan Mara especially staff yang handle pelajar2 yang mohon pinjaman pelajaran tersebut. Berminggu-minggu cuba call dari sebelum raya sampai ler ke hari ni...jumlah dilayan oleh diaorg boleh dikatakan around 3-4 kali je jawab call..kenapa ler tak pernah jawab call kalau kitaorg tepon..bukan sengaja nak susahkan keje korang tp sbb kitaorg ada dateline utk bayar yuran dan juga ada dateline untuk add and drop subject..kalau tak ganggu pembelajaran kitaorg takpe...korang boleh ler bersuka ria di ofis sana..kalau tak jawap call masa sebelum raya tu paham ler sbb semua dah sibuk gi shopping kt sogo tak pun jalan TAR sbb dekat je ngan ofis korang kan..tp ni dah sebulan lepas raya still tak jawap call, nape?? kalau korang cuti takde ke staff yang ganti..tkkan korang cuti sebulan lamanya..tolong ler kitaorg ye..kitaorg ni masalahnya rajin study..sbb tu suka kacau korang..lepas ni nak further phd lak..kacau korang lagi..so please settlekan urusan kitaorg dengan cara yang paling professional..thank you in advance