Friday, August 30, 2013

Merdeka Day


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56
 buat seluruh rakyat Malaysia
Hargai keamanan yang kita nikmati selama ini
Peace no war ♥

Thursday, August 29, 2013

..:PoeM:..


Healthy Diet


Aim For A Good Balance

When it comes to a healthy diet, balance is the key to success.  This means eating a wide variety of foods in the right proportions, and consuming the right amount of food and drink to achieve and maintain a healthy body weight.

Mix And Match From All The Food Groups 

You will get all the nutrients you need from diet based on starchy foods such as rice and pasta; with plenty of fruit and vegetables; some protein-rich foods such as meat and fish; some dairy foods; and small quantities of fats and sugar.

Eat Plenty Of Protein

Meat, fish and eggs are all good sources of protein - essential for growth and repair of the body.  This food groups should account for slightly less than one sixth of our total consumption. Meat is also a good source of minerals such as iron, zinc and B vitamins. Fish supplies an abundance of protein as well as containing many vitamins and minerals.

Learn to Love Your Fruit and Vegetables

Fruit and vegetables are a vital source of vitamins and minerals, and should make up another one third of all the food we consume. There is strong evidence that people who eat at least 7 portions of fruit and vegetables a day are at lower risk or heart disease, stoke and some cancers.


Tuesday, August 27, 2013

Sakit Kepala



Punca-punca penyebab sakit kepala :

Penyahidratan yang berlaku terhadap tubuh akibat kekurangan air dalam badan

Asap rokok dari individu yang merokok mudah mencetuskan sakit kepala

Tekanan perasaan akibat bebanan kerja

Emosi bercelaru

Menghidap penyakit atau kemurungan

Keadaan persekitaran mungkin duduk bertentangan dengan cahaya yang terlalu terang, terlalu gelap, silau 


Cara mengatasinya :

Perbanyakan minum air kosong

Bernafas dalam-dalam, tenangkan diri

Mandi air suam, spa

Mengurut kepala


Sumber : Utusan Malaysia

Sate oh Sate


Lepas jogging 2-3 round..akhirnya lemak yg baru nak pecah tu dah mendapat kawan lemak yg baru..heeheh..apa tidaknya balik jogging , letih2..ternampak lak restoran sate...tak sengaja tersinggah dan ter order 20 cucuk...perghhhh...sedap sehingga menjilat jari..so edisi menghapuskan lemak kita bawak ke esok hari dan hari2 seterusnya ye...tertewas pada sepinggan sate..hihihihi

Friday, August 23, 2013

Adab Bertamu



Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah.

Sumber : e-hadith


Setujukah anda?


Dua tiga hari ni negara kita dikejutkan dengan berita bas genting yang terhumban dlm gaung kan...takziah untuk keluarga-keluarga mangsa..cuma di sini...ada sedikit pelik sbb suki dah tgk berita kt tv...then baca paper lagi..benda yg diulaskan ni mcm tak masuk akal...sbb seperti dlm printscreen harian metro di atas tulis...penumpang yang menaiki bas tu masih lagi dikategorikan sah sbb peraturan lesen bas henti2 adalah 45 duduk dan 20 berdiri...cuba bayangkan bas tu turun bukit kot..dah ler turun bukit...jalan dia bersimpang siur..mcm ular kan...kalau naik bas rapidKL yang jalan mendatar tu pun org2 berdiri boleh terjatuh..ini kan pula yg turun dari genting..lgpun jarak amatlah jauh dibandingkan dgn bas2 bandar...mmg letih dan tk selamat langsung...sepatutnya level genting - KL takde perkhidmatan bas henti2..bas ekspress je yg selesa dan semua org duduk..supaya ada perubahan dari segi peraturan dengan mengambil ikhtibar kejadian ni...kesian penumpang2 yg kena berdiri..bayar sama je tambang..anda setuju?

Wednesday, August 21, 2013

Tuesday, August 20, 2013

Cantik Deco ~ FULLHOUSE


Walaupun selalu nmpk restoran ni..walaupun selalu lalu lalang depan restoran ni..tp tak pernah lagi masuk dan try..sbb cantik sgt...suka tgk english style dia...semua putih nmpk bersih dan luas..mcm garden pun ada juga..tp smlm agaknya sbb niat asal nak makan kt restoran tomyam semua tutup..agaknya tokey restoran masih di thailand kot..so last2 tukar dari menu asian ke menu western plak..so smlm order mocha yang sudah di deco menarik gitu..digabungkan dengan BBQ Breaded Chicken Cutlet...serius sedap..dan food deco pun menarik..bukan setakat deco kerusi meja je..tahniah pada pemilik restoran ni...boleh dtg lagi lepas ni..



Saturday, August 17, 2013

Baru nak mula beraya di KL


Dah selesai beraya di kampung halaman masing2...asal weekend je bermula ler jejak kasih antara kawan2 dan saudara mara yg ada di KL ni...time ni ler org tu nak buat open house..org ni nak buat open house..so kitaorg mulakan dengan pot luck raya..lagi baik kan..at least tuan rumah takde ler penat sangat...dan makana  pun boleh dipelbagaikan..ringan beban masing2...badan tak penat..perut pun kenyang..hati girang..lepas tu boleh gi main bunga api sama2...hehehe..

Basuh Kete


Yang biru tu adalah kedai kete fav suki...mmg banyak cawangan di sekitar wangsa maju ni..dulu catnya kaler oren..skrg kaler biru..tak tahu ler nape kan..yang suka pegi basuh kete sini sbb kebanyakan diaorg pakai org tempatan je..rasanya ramai org sarawak kot..yang penting bukan bangla ler kan..dan bangsa2 lain..kedai pun bersih ada tempat pelanggan nak tunggu..tempat ber air-cond lagi..siap ada tv...keje pun bagus..tp lepas raya baru2 ni pegi basuh kete..tup2 harga dah naik daaa...dari RM12 jadi RM16...tanpa sebab...takkan sbb dia tukar cat dari oren ke biru..harga jadi mahal...tak salahkalau mpv smpi RM22...nape yg mahal sangat..emmm nmpk gayanya kena cari tmpt lain ler plak lepas ni..

Happy Weekend


Happy weekend to all bloggers! Have a nice day



Tuesday, August 13, 2013

Edisi Membakar Sate


Dah mcm kemestian dah membakar sate di hari raya bagi family suki..selalu kitaorg bakar sate sambil buat open house raya ketiga...tp tahun ni dicepatkan pd raya kedua..memandangkan raya kedua jatuh pada hari jumaat..so jemputan bermula lepas jumaat smpi malam..fuhh enak bangat..dapat menyediakan sate dlm jumlah yg banyak..tetamu pun dah mcm tahu dah menu wajib ada di rumah kitaorg...hehehe..jemput menjamu mata ye dengan gambar di atas...jangan marah :)


Monday, August 12, 2013

Traffic jam...jem....jeng (versi ganu)


Ini ler penyakit di musim perayaan ataupun cuti2 panjang..masa balik ke kampung jalan clear sbb raya jatuh hari khamis so masing2 dah boleh plan cuti..sama ada nak start cuti seawal sabtu ataupun sehari sebelum raya...4 jam dah smapi..tp bila otw balik kl..semua balik hampir serentak..sepatutnya 4 jam dah jadi 8 jam lebih..R&R semua penuh..masuk KFC pun penuh..menu takde pilihan..rembat apa yg ada, apa yg cepat je..fuhh mmg dugaan tul..kluar ada matahari smpi kl dengan bulan..heheh..tp alhamdulillah selamat sampai dan takde kejadian yang tak sepatutnya sepanjang perjalanan..Alhamdulillah


Indahnya Berhari Raya di Kampung Halaman


Bestnya dapat beraya bersama2 family tersayang nun jauh dari ibu kota...kalau dulu kecik2 sehari sebelum raya smpi tgh malam raya..sibuk mengemas rumah, mop rumah, buang sawang, sapu sampah..sekarang semua tu adik2 amik alih..dah besar2 ni..kena sibuk di dapur lak..sibuk sediakan apa yg patut..masak apa yg patut..yang jadi double sibuk sbb dlm sibuk sediakan bahan2 untuk masakan hari raya..kena juga siapkan makanan berbuka..kang time berbuka takde benda nak makan..so dapur mmg bz ler kan...menu wajib raya rendang ayam, rumah kitaorg mmg dah lama banned daging..so takde rendang daging ye sbb abah takleh makan daging...dia sakit gout..kitaorg wajib buat rendang ayam..lemang tak bakar sendiri..mcm biasa adik2 kena gi beli barang 4-5 batang...lemang sini murah2 je..tak mcm kt kl..melambung harganya..itu belum tentu sedap..hahah..antara menu2 lain adalah nasi beriyani yg dimasak oleh mama...mmg marvelous you..rugi you all tak dtg rumah i...hahhah..ini semua poyo..apa2 pun raya di kampung mmg the best :)



Friday, August 2, 2013

Amalan Yang Paling Afdal


Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”

Sumber : e-hadith

Quote


#Quotestagram


Chua Boon Huat




PETALING JAYA - Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yakin skuad hoki negara tidak terjejas dengan fokus untuk melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan dengan menjuarai Piala Asia, bulan ini sekalipun terasa kehilangan rakan sepasukan mendiang Chua Boon Huat, semalam.

Katanya, seluruh warga hoki negara akan sentiasa mengingati jasa mendiang yang mengumpul lebih 300 penampilan antarabangsa sejak menyarung jersi Malaysia yang meraih pingat perak Sukan Komanwel 1998, dan menyifatkannya kehilangan besar kepada sukan tanah air.

“Saya sempat bertanya kepadanya (pada majlis penyampaian insentif kecemerlangan skuad hoki negara, kelmarin) mengenai tahap kecergasan dan berat badannya dan dia menjawab dengan positif dan berkata, sudah bersedia (ke Piala Asia di Ipoh mulai 24 Ogos ini).

“Kita akan terasa kehilangannya. Jasanya tetap akan diingati semua namun saya harap tumpuan pasukan tidak terjejas dalam meneruskan perjuangan untuk layak ke pusingan akhir (Piala Dunia di The Hague, Belanda, tahun depan)," katanya di Pusat Perubatan Hospital Universiti Malaya di sini, semalam.

Boon Huat, 33, terbunuh dalam nahas jalan raya melibatkan kereta Proton Perdana yang dipandunya dengan sebuah lori di Kilometer 10.4, Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi semalam.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Boon Huat, berkata, pemain itu akan sentiasa diingati sebagai tokoh teladan terbaik buat barisan pemain muda hoki apatah lagi dia merupakan satu-satunya pemain berketurunan Cina dalam skuad negara.

“Sudah pasti sesuatu kaum itu bukanlah pengukur utama kejayaan sesebuah sukan tetapi kejayaan mendiang memasuki sebuah sukan yang dikuasai kaum tertentu apatah lagi sehingga ke peringkat antarabangsa, pastinya akan turut menjadi sumber inspirasi kepada barisan pemain baharu," katanya.

Kata ketua jurulatih negara, Paul Revington, mendiang Boon Huat merupakan pemain paling berdisiplin terutama selepas dipanggil semula menyertai skuad hoki kebangsaan di bawah kendaliannya bagi menghadapi Cabaran Juara-juara 1 di Argentina, tahun lalu.

Kata jurulatih warga Afrika Selatan ini, pemain kelahiran Melaka itu turut menunjukkan prestasi yang luar biasa biarpun selepas tiga tahun tersisih daripada skuad negara malah cukup membanggakannya setiap kali melihatnya melakukan persediaan di bilik persalinan.

Revington berkata: “Dia tidak lokek memberikan tunjuk ajar kepada pemain yang lebih muda dalam pasukan negara. Dia seorang yang hebat dan saya percaya dia menyayangi setiap rakan sepasukannya."

Jurulatih skuad wanita, Nasihin Nubli Ibrahim tidak menyangka mendiang yang pernah menjadi rakan sepasukannya dalam skuad negara, menunjukkan kelakuan yang agak asing kebelakangan ini dengan sering bercerita tentang kisah silamnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online