Wednesday, November 1, 2017

Penang Hill


Last weekend suki merehatkan diri...membawa diri keluar dari KL dan menuju ke Penang hihi..poyo je ayat..walaupun kerap ke Penang tp still tak abis pusing...ye ler bukannya gi sana sampai seminggu..pegi pun 2 hari..sekecik penang tu tak cukup 2 hari nak pusing abis...so kali ni target ke Penang sebab nak naik Bukit Bendera ataupun Penang Hill...



Bila gi weekend ni jangan ler terkejut dengan jumlah pengunjung ye...ramai giler...ala2 mcm penyokong kedah dan jdt nak beli tiket bola..pengunjung tempatan campur dengan pengunjung luar lagi..pastu banyak juga bas-bas persiaran..boleh bayang ler kan berapa ramai kalau turun dari sebiji bas...memandangkan suki bawa ibu dan ayah..maka pejam kan mata pasrahkan hati untuk mengambil fastlane ticket hahaha...kalau tiket biasa sorang rm10 tp fastlane jadi sorang rm40 ringgit...takpe demi ibu ayah dan family tersayang..bukan naik hari2 kan..untungnya naik fastlane ni, kita jadi orang pertama naik tren..tak perlu beratur..pastu kita dpt tunggu di tempat yang ber aircond sambil dulu...tiket biasa kena beratur dan berdiri..kesian juga pada warga emas dan ibu mengandung..



Walaupun pernah naik bukit bendera ni tp dah lama sangat smpi kan takde dlm ingatan suki cmner rupa tempat ni..so dari naik tren smpi ler ke puncak..mmg mcm orang first time ke situ..yang bestnya walaupun cuaca terik sebab naik tengahari tp kita still dapat rasa angin sejuk yang bertiup..maklum ler tmpt tinggi..tak ingat ler berapa ratus meter dari paras laut ntah..



Antara aktiviti suki di atas Bukit Bendera adalah menikmati permandangan dari Sky Walk, bergambar dengan burung kakak tua, naik Buggy pusing kawasan situ dan juga naik tangga sampai ke masjid yang terletak di puncak..dalam kawasan bukit bendera ni ada tempat kena bayar untuk masuk ada yang free..so suki hanya bayar untuk buggy dan amik gambar dengan burung..yang lain2 gi tmpt free je..tmpt makan pun simple je..if datang ramai2 bawak ler bekal ye..ataupun isi perut siap2 kt bawah baru naik atas..kitaorg ni turun baru cari nasi kandaq penang hahaha..







10 comments:

  1. tak pernah sampai lagi sini. cantikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu lepas cuaca dah elok nanti boleh gi

      Delete
  2. salam singgah dan follow. :)

    Anda dijemput join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  3. Baru setahun lepas naik Bukit Bendera.. Bila jejak kaki kat Sky Walk terasa gayat tapi tak mahu lepaskan peluang tengok pemandangan indah so gagahkan juga.. Overall Penang best!

    ReplyDelete
  4. Betul tu jangan pergi sini time weekend atau PH manusia berduyun-duyun cakap berdasarkan pengalaman nih!

    Bestlah Suki time ni orang tak ramai sangat menikmati suasana di situkan.

    ReplyDelete
  5. last time naik sky walk takde lagi.last time g penang, hujan pulak tak dapat naik

    ReplyDelete