Friday, December 27, 2013

Jangan Menyakiti Hati Sesama Muslim


Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.

Sumber : e-hadith

5 comments:

  1. tak terkata sakitnya hati bila di sakiti sesama insan..so, jangan menyakiti hati sesama muslim seperti dalam tajuk n3 suki :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik..:DDD

    Sila lawat entri terbaru blog:laksa penang

    ReplyDelete
  3. perlu jaga sebaik mungkin..cube wat yg tbaik..^_^

    ReplyDelete