Gambar dari Beautifulnara |
KUALA
LUMPUR: Perkahwinan dua pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong
Mew Choo bakal berlangsung dua malam berturut-turut di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur pada 9 dan 10 November depan. Pengumuman itu dibuat abang
sulung Chong Wei, Lee Chong Hoon di pejabatnya di Puchong, dekat sini, semalam.
Menurut Chong Hoon atau lebih dikenali sebagai Joe Lee, malam pertama majlis
resepsi hanya dihadiri dif kehormat seperti Yang di-Pertuan Agong, menteri dan
tokoh perniagaan dengan anggaran 1,000 tetamu.
Sementara majlis ahli keluarga
dan rakan taulan dilangsungkan di tempat sama pada hari berikutnya membabitkan
1,500 tetamu serta 500 kru.
“Kami terpaksa mengehadkan bilangan tetamu bagi majlis ini kerana KLCC
mempunyai tiga acara besar ketika itu termasuk konsert artis dari luar negara.
“Kad jemputan yang diedarkan juga dilengkapi panduan pintu masuk bagi
mengelakkan tetamu keliru dengan acara lain yang berlangsung pada masa sama,”
katanya.
Bagaimanapun pada sidang akhbar
itu, Chong Wei tidak hadir kerana masih berada di Denmark, namun dia dan Mew
Choo dilapor akan mengendalikan tiga lagi sidang akhbar berkaitan majlis
perkahwinan mereka selepas ini.
Difahamkan, pada asalnya Chong Wei, 30, dan Mew Choo, 29, berkahwin pada tahun
depan, namun kematian nenek Mew Choo menyebabkan mereka perlu bersatu dalam
tempoh 100 hari selepas kematian terbabit atau terpaksa menunggu tiga tahun
lagi untuk bersama.
“Kami hanya ada 43 hari
menguruskan majlis, dan banyak lagi perkara yang belum diputuskan termasuk
penyedia makanan pada majlis itu sehinggakan Chong Wei belum memutuskan tarikh
mendaftarkan perkahwinannya dengan Mew Choo,” kata Joe Lee.
Sebelum ini, Chong Wei dan Mew Choo menjalani raptai dan penggambaran praperkahwinan
di tepi pantai di Gold Coast, Sepang.
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment