Thursday, October 25, 2012

Agar Minda Lebih Fokus

Thanks to Mr Google


Bagi anda yang memiliki aktiviti padat pada setiap hari, tentunya tubuh memerlukan makanan yang memiliki nutrisi yang mencukupi, agar mampu membuat fikiran dan minda anda tetap fokus. Jadi, untuk memastikan tumpuan anda kekal, makanan berikut mungkin boleh menjadi pilihan terbaik anda.

Beri biru
Antioksidan di dalam beri biru akan membantu melindungi otak anda dari penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Mengambil buah ini sebagai snek juga boleh membantu anda tetap fokus.

Avokado
Bukan hanya membantu dalam menurunkan kadar kolesterol jahat, dengan kandungan asid lemak omega 3, avokado juga membantu dalam mengurangi plak pada otak dan meningkatkan aliran darah. Avokado juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai jus. Hindari susu skim dan gula dalam jumlah yang berlebihan.

Kacang-kacangan
Makanan ini bukan sahaja membuat fikiran lebih fokus kerana kandungan antioksidan dan protein di dalamnya, tetapi juga akan membantu anda dalam memberikan perlindungan jangka panjang terhadap penurunan fungsi kognitif. Untuk memperolehi khasiatnya, anda boleh mengambil badam, kacang tanah dan lainlain kacang.

Ikan
Mengambil ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 sebanyak dua kali seminggu akan menyumbangkan vitamin yang diperlukan otak untuk terus berkembang. Sebagai pilihan, ambillah jenis ikan yang memiliki kadar merkuri rendah atau bebas merkuri seperti ikan salmon dan ikan haring.

Sayuran hijau
Memakan sayur hijau seperti bayam, brokoli dan lain-lain akan membantu anda tetap menjaga ketajaman fikiran kerana kandungan asid folat di dalamnya. Pastikan jenis sayuran hijau menjadi menu makan siang anda.

Bertih jagung
Kudapan yang sinonim sebagai teman akrab menonton filem ini mengandungi vitamin B6, B12 dan vitamin E yang membuatkan fikiran fokus di samping menjaga kekuatan otak. Meski demikian, ada baiknya untuk menggunakan mentega rendah lemak dalam proses pengolahannya. baik untuk rambut, kulit dan kuku

Jus limau
Segelas jus limau setiap hari dapat
membantu memperbaiki kesihatan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana limau mengandungi vitamin C, asid folat dan potasium, demikian menurut pakar kesihatan dan kecantikan. Vitamin C di dalam buah ini berperanan penting dalam menghasilkan kolagen dan lutein iaitu zat antioksidan yang amat penting. Segelas 200ml jus limau biasanya mengandungi 60mg vitamin C. Ia setara dengan 100 peratus jumlah harian vitamin C yang disarankan bagi orang dewasa.

Nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku adalah yang paling mudah dicerna seperti yang terdapat di dalam jus limau. Pakar kecantikan menyimpulkan bahawa jus limau memberi kesan langsung dalam peningkatan kesihatan kulit, rambut dan kuku

Sumber: Mingguan Wanita

1 comment: