Tiada
dua individu di dunia ini yang serupa. Bukan saja gaya hidup, malah cara
pembesaran dan rutin harian juga berbeza.
Sudah
pasti apabila bercakap tentang cara pengurusan badan yang efektif, tentunya
mesti berbeza antara satu individu dengan individu lain.
Jurulatih
kesihatan, Vanessa Anne Lee, 44, berkata, setiap individu yang
mempunyai berat badan berlebihan atau obes memerlukan tunjuk ajar serta cara
yang betul untuk mengembalikan semula berat badan mereka ke tahap ideal.
Memaksa
diri mencuba pelbagai cara menurunkan badan seperti senaman keterlaluan atau
sekatan makanan secara drastik mungkin akan lebih memudaratkan kesihatan
individu terbabit.
"Sebelum
mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan, mereka perlu berfikir tentang
serangan jantung yang mungkin berlaku.
"Selain
itu risiko badan mengalami penghidratan juga amat tinggi dan tidak kurang juga
yang mengalami hiperventilation atau pernafasan yang tidak
terkawal.
"Malah
ada yang boleh pengsan, muntah, timbul masalah kulit, kejang, dan kesakitan
pada bahagian dada akibat senaman yang tidak sesuai.
"Bagi
wanita pula ada risiko untuk tekanan darah mereka menjadi rendah," jelas
Vanessa yang ditemui di gimnasium miliknya, Pinnacle Fitness, di Jalan Pantai
Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Maka
sebaik-baiknya, sebelum memulakan program menurunkan berat badan, perlunya
dilakukan sedikit kaji selidik yang merangkumi pelbagai soalan tentang latar
belakang diri dan gaya hidup mereka yang terlibat.
Untuk
berita penuh :- http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121003/kn_01/Kenali-diri-sebelum-kurus
yaya pon also on diet..walau bdn xbesa mne
ReplyDeletetp ttp obses utk kurus..ngeee =D
diet..diet juga tp jaga kesihatan cik yaya..hidup boboi boy :)
ReplyDeleteNice info... Tidak dinafikan setiap orang adalah berbeza dan memerlukan cara tertentu untuk kuruskan badan... Saya pun sekarang sudah mula meningkat berat badan saya... Risau juga nanti semakin meningkat... Namun, apa yang boleh dilakukan melainkan bersenam dan kawal pemakanan... Tambahan pula saya sekarang asyik duduk rumah sahaja, dan kurang aktiviti di luar... So, makin risau kalau2 makin naik berat saya... Thanks for sharing this with us... Insyaallah, semoga saya dapat kekalkan berat badan yang saya impikan... :D
ReplyDeletejaga makan dan exercise mmg cara terbaik..good luck nabilah :)
ReplyDelete