Tuesday, March 7, 2017

Melaka River Cruise


Last weekend suki dan family besar ke Melaka, short getaway omputeh kata...walaupun tiap2 tahun ke sini tp tak pernah boring..untung org Melaka..negeri korang banyak tourist attraction..mula2 sampai melaka tengahari..apa lagi pusing cari tempat untuk lunch ler..walaupun ada fast food, kedai mamak, kedai nasi kukus..kitaorg tetap cari kedai asam pedas..kata datang melaka kan..buat apa makan yang semua ada kt KL hihi..poyo...tapi berpusing2 gak lr .. sebab asam pedas banyak..yang suki cari di Taman Kota Laksamana tp taip gps kete asam pedas jalan laksamana...mmg dia bawak ke tempat lain ler..lastly jumpa juga...penuh kedai walaupun kedudukan dia bkn di tepi jalan besar atau tgh pusat bandar..puas hati le dapat makan asam pedas..


Then, suki memenuhi permintaan abah suki yang nak naik river cruise...suki sendiri pun lum pernah cuba..so berpusing lagi ler cari tempatnya..kalau tak tahu mmg confuse sebab tersorok jeti tu..so buat korang yang nak cari nanti..tempat nak naik cruise adalah lorong bersebelahan muzium kapal yang besar kt banda hilir tu...kereta kena parking di depan taming sari..lepas tu korang boleh cross ikut belakang taming sari tu utk ke jeti cruise..


Tambang untuk melaka river cruise..bagi dewasa RM15.90 seorang..pastikan tunjuk mycard ye..kalau tak korang kena charge mcm harga foreigner..lagi mahal..abah suki dapat rate warga emas iatu rm7.50..alhamdulillah takde kena beratur panjang masa beli tiket..masa menunggu turn naik bot pun ada disediakan tempat duduk yang mencukupi...menunggu pun tak lama..sementara menunggu tu dapat ler kitaorg bergambar tepi sungai melaka..dan tengok bot2 lain yang sedang menyusuri sungai melaka..


Penuh bot kitaorg..bercampur antara pelancong luar dan dalam negeri..ramai juga yang datang bawa ibu ayah mcm suki..dalam bot makcik depan suki siap tertido lagi..maybe sedap kena angin petang yang sejuk tu...sepanjang dalam bot ada ler juga terpercik air2 sungai...tp redha je ler..hihi..bila berselisih dengan bot lain..masing2 bersorak mcm kenal each other..kelakar tul..sepanjang perjalanan cruise tu kitoarg melalui beberapa jambatan..dan jambatan2 ini dinamakan seperti jambatan hang tuah, jambatan hang jebat dan seangkatan dengannya...kiri kanan kita disajikan dengan permandangna yang indah...suki puji dengan kebersihan di situ...semua bersih, tersusun dan cantik...dan lama juga ler kitaorg dalam cruise tu...kira puas ler pusing sungai melaka




6 comments:

  1. Seronok juga naik river Cruise di Sg Melaka ni.
    Panorama yang indah.

    ReplyDelete
  2. Wah! Suki dah naik. Mrs. A yang dekat ni pun belum pernah naik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lg Mrs A, cuti sekolah dah bermula...hihi

      Delete
  3. yang ni yaya pernah naik..
    ok la..

    ReplyDelete