Monday, August 22, 2016

Atmosphere 360 Revolving Restaurant


Baru-baru ni suki memanjakan diri dengan lunch buffet di restoran berputar KL Tower atau namanya Atmosphere 360 Revolving Restaurant..sekali sekala boleh ler kan..selalu gini kering poket...suki pegi kebetulan pada hari bekerja..yang bestnya makan bukan time weekend ni tak crowded sangat...yang ada pun di kalangan tourist luar negara...



Harga buffet ni adalah RM92 nett bagi dewasa dan korang boleh dapat diskaun kalau beli dengan groupon or 11street...suki tak sempat nak cari yang diskaun sbb last minute decide ke situ...dan suki tak tepon untuk reservation pun sebab tahu hari bekerja tak ramai orang..just walk in je...



Pilihan makanan mmg tak mengecewakan langsung..makanan tempatan ada..makanan luar pun ada...semua memenuhi tekak suki yang mmg kaki makan ni..bila dah datang buffet tak perlu ler nak diet bagai kan..hahahha..smpikan pulut durian pun ada tau..suki mmg tak lepas peluang ler..



Untuk lunch ni ada dua sesi...sesi pertama dari jam 11.30 pagi sampai 1.00 petang dan sesi kedua adalah 1.30 petang hingga 3.00 petang..kedekut tul kan...hihi...ikut hati nak stay smpi kul 3 situ..buruk lantak tul suki ni..



Dalam banyak-banyak hidangan...dessert ler yang paling suki tak lepas..berjenis2 kek dan suki tak dapat rasa semua sebab banyak sangat...suki tgk pekerja2 di restoran ni semua local...takde pekerja luar..lagi rasa seronok makan bila yang serve tu rakyat tempatan je..yang bestnya makan restoran berputar ni adalah sebab dia berputar...takde ler kita smpi pening kan..tp seronok bila apa yang disebelah kita akan bertukar...dan buffet makanan yang tadi di belakang dah ada di sebelah je...masa dia di sebelah ni ler rajin2 amik makanan..supaya lepas ni dia dah jauh takyah jalan ke sana hihi


Fuhh mmg puas ler makan situ..cuma harga je yang tak berapa boleh makan selalu..sape yang belum sampai boleh ler manjakan diri anda di sini ye...yang diet takleh masuk..dugaan kuat..lepas je makan di restoran ni suki pun turun satu level ke bawah hanya dengan menggunakan tangga ke observation deck..best juga skodeng KL dengan teropong2 yang ada...cuma suki lum try sky deck sebab lum berani lagi nak pijak lantai gelas..sesape nak masuk sky deck bayarannya rm75 seorang..

9 comments:

  1. wow hebatnya makan, atas langit
    nak kena try juga ni :)

    ReplyDelete
  2. wow hebatnya makan, atas langit
    nak kena try juga ni :)

    ReplyDelete
  3. boleh tahan jugak harga nya tu..kalo SB nak pikir 4-5 kali duluan sebelum gi..hihii.. bukan sebab berdiet tapi rasanya gak mahal. tapi sekali duakala boleh kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sue bee..suki pun tak selalu gi situ

      Delete
  4. Amboi! time kerja sempat lunch kat situ ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suki kan tak keje skrg..so student ni bila2 pun boleh gi makan hahaha

      Delete