Tuesday, December 18, 2012

Rasa Pedas Cili


Tahukah anda bahawa rasa pedas terhasil daripada sejenis bahan kimia dikenali sebagai kapsaisin.

Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalam cili dimana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesenoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk trans.

Antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalah daripada segi varieti, lokasi, geografi, keadaan tumbesaran, kaedah pemerosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami.

Malah, cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili.

Sumber: Estidotmy


3 comments: