Thursday, November 6, 2014

Condominium lagi dan lagi


Apa perasaan korang tgk projek gitu..dulu kecik2 seronok tgk org tebang pokok..rasa mcm wow amazing..susah nak tgk benda2 gitu..tp sekarang..depan mata...hari2 dengar pokok ditumbangkan..hari2 seawal azan subuh kerja2 memusnahkan alam semulajadi semata2 untuk projek kondominium yang harga minimum RM700-RM800 ribu seunit...rasa sedih sangat..patut ler sekarang negara kita dah mula kena bencana2 alam yang tak pernah berlaku...setiap bukit dan setiap pokok tu ada tugas2 nya..bukit tu ler yang menghalang ribut dan angin kuat...akar2 pokok tu ler yang menjaga bukit dari runtuh..pokok2 tu ler yang memberi oksigen pada kita..kaler hijau tu ler yang baik utk kesihatan mata...bila semua dikorbankan hanya demi keuntungan semata2..mmg sedih..dan kerajaan pun boleh luluskan projek sebegini..bukit yang kecil itu pun nak diruntuhkan..sedangkan area2 lain banyak lagi untuk dimajukan...

Dalam masa serentak ni..area wangsa maju berhampiran wangsa walk mall..ada 4 projek kondominium yang berbeza..boleh korang bayangkan kerosakan alam sekitar..boleh korang bayangkan jem yg akan berlaku..parking yang tak cukup..emmm...hampa

Firman Allah SWT bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.’ (surah al-Qasas, ayat 77)
Rasulullah SAW juga bersabda, yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)



3 comments:

  1. Kemajuan semakin mengenepikan keindahan bumi.
    Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini dah bukan kemajuan fuza...ini tamak haloba

      Delete
  2. xtau nak kata apa..
    tapi ptt dikurngkan aktvti membngun lagi bgunan2 yg xperlu pon..
    dah terlalu bnyk yd ditebang..dan dah bnyk yg dbgunkan..
    jgn pula nti smpai dah xnmpk kwsn hutan...

    ReplyDelete