Thursday, February 13, 2014

Malaysia kedua tertinggi makan ikan


PULAU PINANG 12 Feb. - Industri perikanan negara semakin berkembang dengan peningkatan jumlah pengambilan ikan setiap hari dalam kalangan rakyat.

Ketika ini, rakyat Malaysia merupakan pemakan ikan kedua tertinggi di dunia dengan pengambilan 50 kilogram (kg) perkapita bagi seorang penduduk dalam tempoh setahun.

Jumlah itu memperlihat peningkatan berbanding hanya 46kg pada 2012, menjadikan kategori kedudukan Malaysia itu kedua selepas Jepun.

Statistik itu didedahkan Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Ishak yang memaklumkan, rakyat Jepun mengambil 90kg ikan perkapita setahun bagi seorang penduduk.

"Hasil kajian yang dibuat pada tahun lalu mendapati kadar pengambilan ikan oleh rakyat Malaysia mencecah 50kg perkapita setahun dan meningkat berbanding tahun 2012.

"Perkara ini merupakan perkembangan baik kerana akan menyumbang kepada industri perikanan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara (AFBC) di sini, hari ini.

Berita penuh di : Utusan Online


notakaki: ni kes kari kepala ikan ler ni :p

2 comments: