Monday, February 17, 2014

1.1 juta remaja belum tukar My18



Bagan Datoh: Seramai 1.1 juta rakyat berusia 18 tahun dan ke atas belum memohon untuk menukar MyKad baru kepada My18. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penukaran kad pengenalan My12 iaitu MyKad pertama yang diperoleh ketika berusia 12 tahun kepada My18, perlu kerana perubahan wajah atau rupa paras seseorang apabila mencapai usia itu. 

“Saya mengingatkan bahawa penukaran kad gantian ini penting. Apabila berusia 18 tahun, kad pengenalan wajib diperbaharui,” katanya.


notakaki : Sape2 lum tukar...sila ler tukar ye DAN satu lagi bagi pemegang kad atm bsn pun dah kena tukar yg baru

4 comments: