Thursday, November 7, 2013

Santan kelapa dan kolestrol




Ironinya ada kajian sains mendapati masyarakat yang mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol rendah juga.
Di antara kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasifik pada tahun 2011, yang dijalankan di Filipina mendapati pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dalam kalangan wanita pramenopaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol jahat jenis LDL dan Trigliserida. Oleh itu, ia mempunyai faedah kesihatan yang baik menurunkan risiko sakit jantung.
Lebih menarik lagi, data dari Filipina yang dilaporkan oleh ‘Philipine National Nutrition Survey’ (PNNS) pada tahun 2003 juga mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) dalam kalangan penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka. Prof Philippe Legrand dari Peranchis, seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Peranchis, mempunyai pendapat yang sama berkenaan santan dan kesannya kepada paras kolesterol.
Beliau menyatakan bahawa bahan di dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol, justeru, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Santan bukan penyebab Ada banyak juga kajian lain yang merumuskan fakta bertentangan, tetapi kajian terbaru menunjukkan santan bukanlah faktor utama menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.
Kajian juga mendapati pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolesterol lebih tinggi kerana paras gula yang tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.
Bagaimanapun, penulis mencadangkan bersederhana dalam pengambilan santan adalah lebih baik dan mengawal pengambilan gula berlebihan strategi yang baik mengawal paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, insya-Allah.
Sumber : Harian Metro

10 comments:

  1. Bagus entry nih...ramai jugak yg salah paham berkenaan santan dan kolestrol. Even wan sendiri pun konfius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler..kadang2 penyebab tu benda lain..hehehe

      Delete
  2. kalau ambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan memang tak menjadi masalah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..apa je yg berlebihan mmg memudaratkan

      Delete