Thursday, November 21, 2013

Kadar baru cukai pintu - DBKL

 

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan penentuan kadar baru cukai pintu bagi 2014 akan mengikut kemampuan pemilik hartanah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kadar baru itu tertakluk kepada pertimbangan, alasan dan fakta yang diberikan pemilik hartanah merangkumi ekonomi, beban kehidupan dan faktor persekitaran mereka. 

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kadar menerusi Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian Hartanah hanyalah anggaran dan jika tidak berpuas hati, pemilik hartanah boleh mengemukakan bantahan secara bertulis sebelum 17 Disember ini. 

“Kemudian DBKL akan mengadakan perjumpaan dengan pemilik terbabit dan bersedia mendengar sebarang alasan berkaitan.

“Sewaktu perjumpaan itu, pemilik hartanah perlu mengemukakan bukti mengapa mereka tidak boleh dikenakan cukai tersebut seperti beban ekonomi dan sebagainya.

“Seramai 53 panel yang terdiri daripada wakil DBKL dan swasta akan turut sama dalam perjumpaan itu bagi membolehkan penentuan kadar cukai pintu yang berpatutan dikenakan,” katanya dalam sidang media, di sini semalam. 

Ahmad Phesal turut meminta orang ramai bersikap telus dan tidak melakukan penipuan ketika sesi bantahan tersebut.
Sumber : Harian Metro

notakaki : aduhh la...semua benda nak naik..jadi miskin bandar ler gini :(


2 comments: