Monday, November 11, 2013

Ahmad Busu Meninggal



Klang: Pelakon dan pelawak veteran Ahmad Busu, 60, yang lebih dikenali dengan watak Mat Deris dalam sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia akibat strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal malam tadi.

Beliau yang menghidap diabetes sejak 20 tahun lalu, sebelum ini dilaporkan terkena serangan strok dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum dirawat di HTAR hingga menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam tadi.

Sumber : Harian Metro

2 comments: