Tuesday, November 12, 2013

Latihan Pertahanan Diri

Kuala Lumpur: “Mungkin sudah masanya mereka juga menerima latihan mempertahankan diri dan mengguna senjata api,” kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Beliau berkata demikian mengulas kejadian menimpa Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Rafli Abdul Malek yang maut ditembak dari jarak dekat oleh tiga lelaki di rumahnya di Indera Mahkota Kuantan, kelmarin. 
Menurut Nik Ahmad, mengambil kira faktor persekitaran negara yang semakin mencabar, bidang tugas penguat kuasa agama bukan lagi menumpu kepada kes ringan seperti khalwat, sebaliknya ajaran sesat dan pelbagai perkara lain yang berisiko tinggi. 

“Dengan cabaran ini mereka perlukan perlindungan sewajarnya, mereka perlu diberi senjata api selain skim insurans ketika bertugas. Kalau tak diberi insurans pun sekurang-kurangnya mereka perlu mendapat bayaran khas sekiranya berlaku kecelakaan." katanya.

Sumber : Harian Metro


2 comments:

  1. tu la pbunuhan sekrng kbnykan mlibtkan sjta api..hm

    ReplyDelete
  2. mudah sngat senjata api diperolehi kan skrg :(

    ReplyDelete