Tuesday, June 3, 2014

Nombor pendaftaran G1M


Kuala Lumpur: “Penjualan kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran G1M semata-mata ingin mendapatkan potongan harga sebenarnya membunuh industri jualan kereta ini secara tidak sedar.

“Ia juga mewujudkan persaingan tidak sihat serta berat sebelah kerana satu pihak ingin menjalankan perniagaan mengikut prosedur ditetapkan, pada masa sama, satu pihak lain pula dengan mudahnya menjual pada harga murah kerana ada ‘jalan belakang’,” kata pengimport kereta mewah, Datuk Mansor Mahamood. 

Secara jujur, katanya, tindakan sindiket menggunakan G1M untuk lari daripada cukai hanya menguntungkan pihak tertentu dan tanpa disedari ia memberi kesan kepada segelintir pemain industri biarpun terpaksa bersaing dalam keadaan ‘tempang’. 

Mansor berkata, beliau maklum mengenai wujudnya helah menggunakan G1M untuk mendapat pelepasan cukai sekali gus menjadikan kereta ‘jatuh harga’, dan perkara itu sudah lama berlegar di dalam ruang lingkup perniagaan kereta mewah tanpa sebarang tindakan.

Sumber : Harian Metro

3 comments:

  1. Tak habis isu kereta ni kan.....kalaula negara kita ble dapat beli kereta dengan harga murah, ada pengecualian cukai sume kan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pelik yg nak elak cukai yg kaya2...rakyat biasa relaks je bayar cukai :p

      Delete