Tuesday, June 25, 2013

J.E.R.E.B.U

jerebu

Sekarang ni sana sini org bercakap hal jerebu..di suratkhabar, televisyen termasuk ler blog2..hari ni Presiden Susilo Bambang mohon maaf atas punca kejadian jerebu yg melanda Malaysia dan Singapura adalah dari kebakaran di Riau, Sumatera (Utusan Malaysia)..

Kita semua disarankan memakai mask apabila berada di luar bangunan..dan kebetulan tengahari tadi terlihat sekumpulan pemandu teksi berkumpul sambil menunuggu penumpang..diaorg pun pakai mask juga..tp yg menarik perhatian adalah seorang pemandu ni..dia turunkan mask dia utk merokok di dalam keadaan jerebu tu..terus terfikir, utk bahaya jerebu dia sanggup pakai mask tp untuk bahaya merokok dia tak terfikir pulak..heheh..agaknya kesan jerebu ni short term dah rasa tp rokok in a long term sbb tu dia tak rasa merokok dlm jerebu tu memberi kesan..jgn ada yg terasa sekadar berkongsi pendapat di sini


2 comments:

  1. finally today hujan kan? alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  2. hujan ke..ktner tu..sini tak ujan pun :(

    ReplyDelete