Friday, April 21, 2017

Foodtruck di sana sini


Suki puji ler konsep bisnes baru yang sedang berkembang sekarang..nampak lebih menarik, cantik dan kemas..lagi best sebab buat masa sekarang yang bisnes foodtruck ni adalah rakyat malaysia sendiri...penat ler, skrg ni asal yg meniaga makan2 ni..asal buka mulut yang jual makanan semua org luar..diaorg plak jual makanan tempatan kita..patutnya kerajaan lebih tegas pada pekerja asing hanya dibidang tertentu..bidang makanan ni wajibkan rakyat tempatan je..


Di area Wangsa Maju dan Taman Melawati, foodtruck mmg dah jadi satu fenomena baru..buat sebiji sebiji ye..tetapi diberi kawasan yang luas mcm tapak pasar ramadhan gitu..dan semua foodtruck bersusun di situ..menjual pelbagai makanan..bermula 5.30 petang hingga 12.30 malam...best betul..harga semua kena display..rasanya mmg diwajibkan kan kot..so takde ler kita tertipu dengan harga yang bukan2..kalau ada duit lebih beli yang mahal..duit kurang boleh beli yang murah....


Kerusi meja juga disediakan untuk sape2 yang pilih untuk makan minum di situ..kalau nak tapau pun boleh..seronok tengok yang datang beli semua kaum ada..bermaksud foodtruck ni bukanlah sasaran satu kaum sahaja..tetapi berjaya menarik semua orang..mungkin konsep gerai payung dah boleh beransur-ansur tukar kepada foodtruck yang nmpak lebih moden dan menarik..







No comments:

Post a Comment