Wednesday, February 4, 2015

Mencari Buku-buku di The Mines


Baru yang belum tahu..Big Bad Wolf buat jualan buku-buku murah lagi di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) yang terletak di belakang The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan bermula 2 hingga 9 Februari nanti...don't worry jualan ni sampai kul 12 malam ye...so mengambil kesempatan cuti umum sempena Thaipusam semalam...suki merajinkan diri ke sana..baru je melangkah masuk, dah jumpa koleksi kegemaran suki iaitu dari penulis bernama Nicholas Sparks..lagi buat suki happy adalah buku yang selama ni suki beli dengan harga di antara RM30 hingga RM60..di sana dapat RM6 hingga RM8 je..wah berbaloi-baloi...selain novel, ada juga buku-buku lain yang dijual..contohnya buku memasak, buku kanak-kanak, dictionary, buku2 under pelbagai topic seperti haiwan, photography, language, business, biography dan juga magazines...selain tu stationary untuk kanak-kanak..dan poster untuk dewasa juga dijual..seronok tengok anak-anak kecil dan remaja yang lagi suka menghabiskan masa di pesta buku berbanding aktiviti kurang berfaedah yang lain..tahniah kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak-anak kecil ini minat pada buku dan membaca..so bila suki nak baca novel yang dibeli ni..uwaaaa..sekarang adalah masa untuk membaca journal article dan menulis thesis.. sabor ye suki =)




2 comments: