Sunday, August 27, 2017

Pengalaman Pertama Menaiki MRT


Adoii lamanya entry tertunggak..ini gara2 suki dah mula bekerja plus study yang belum habis...masa yang ada sekarang amat2 sikit untuk hal2 lain...walau macam mana pun...minat pd blogging ni sikit pun tak terhakis..cuma tak dapat nak kerap post mcm dulu ler...


Tak salah suki ni citer 3 minggu lepas..masa tu mmg semua orang bercerita hal MRT baru ni kan..suki je tak pernah lagi guna..maklum ler..bukan laluan suki pun MRT ni..kalau lrt ye...so untuk mengenal MRT ni suki pun susun ler perjalanan dari KL Sentral ke Bandar Utama untuk ke One Utama Shopping Mall..


Seriously, perjalanan yang suki pilih ini adalah amat salah sama sekali..suki ingat MRT ni mcm LRT semuanya dekat dan walking distance je..tp tidak sama sekali..tidak mesra OKU dan warga emas..suki yg belum warga emas pun semput...dari KL Sentral nak naik MRT kena berjalan amat ler jauh untuk ke stesen MRT yang diberi nama stesen Muzium Negara...walaupun berjalan dalam tunnel bukannya di tepi jalan besar tp tetap jauh dan scary if tak berteman...itu weekend tu...




Bila dah masuk dlm MRT, ok mmg dari segi coach dia mmg bersih dan cantik ler..cuma pengguna masih tak ramai...tak tahu kenapa...so suki enjoy masa dalam MRT...smpi ler tiba ke destinasi iaitu Bandar Utama...dah nampak bangunan TV3 dan nmpk One World Hotel...ingat walking distance ler kan...hihi..sekali amik kau....menapak jauh lagi mcm td...then kena tunggu bas...tempat menunggu panas dan takde kemudahan apa2...


Suki dan penumpang MRT yang lain kena tunggu sekejap..kemudian ada bas dah ready untuk ke One Utama Shopping Mall...ingatkan bas berenti tepi mall ler kan..kesian yang bawa orang tua dan anak kecil...sebabnya dengan tambang rm1.50 tu dia stop tepi jalan yang mana opposite dengan mall..takde jejantas, xde zebra crossing, xde bus stop...kitaorg kena lintas dua lane jalan two ways untuk ke mall...dengan panas terik sebab suki gi time lunch...mmg ini pengalaman first n last suki naik MRT...


So conclusion yang suki boleh buat adalah :

1.  Lokasi track MRT adalah dibuat dengan tidak strategik, tak mcm LRT yang terus hubungkan dengan sesuatu tempat tumpuan.

2. Hanya mudah apabila penumpang MRT tersebut dihantar ke stesen dan dijemput di stesen kerana sistem pengangkutan awam lain di stesen MRT tidak banyak pilihan

3. MRT tak sesuai untuk warga emas, kanak2 dan OKU

4. Ini hanya pandangan dari pengalaman suki yang menggunakan MRT dari stesen Muzium Negara ke stesen Bandar Utama.

5. Projek LRT jauh lagi baik dari projek MRT

Sekian, laporan dari wartawan sambilan...hihi..



6 comments:

  1. Bestnya Suki...
    CF ni semenjak kawin tak pernah lagi naik pengangkutan awam ni.

    ReplyDelete
  2. tu la..samela..xpernah naik lagi MRT.
    da lame xnaik pengankutan awam juga sebenarnye ni...hehe

    ReplyDelete