Tuesday, June 14, 2016

Salam Ramadhan =)


Mak aii lamanya tak update status..mcm2 hal jadi..first ibu suki dimasukkan ke hospital..second lappy rosak..makanya semua kelam kabut...belum terlmbat untuk suki ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat sahabat2 blogger semua..moga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..



Bercerita hal ibu suki tak sihat..mulanya hanya sakit perut biasa..ni citer seminggu sebelum puasa..tp makin lama sakit perut makin teruk smpi nak bergerak badan pun sakit..selepas 3 klinik pegi dari diagnose gastrik smpi ke hempedu bengkak, baru ler doktor terakhir dapat detect something serious yang perlu terus ke hospital..maka bila di hospital terus kena tahan wad dan doc sahkan hempedu ibu suki bengkak dan ada batu karang dalamnya..

Suki dan adik-adik bergilir2 tido hospital jaga ibu...bila time jaga ibu sakit ni baru ler kita rasa betapa tak banyaknya masa yang kita ada bersama org tua kita..mmg ajal maut di tangan Tuhan tp bila tgk ibu kita yang tua terpaksa menanggung kesakitan rasa mcm nak tukar je sakit tu dengan dia..suki mmg tak tido langsung sepanjang jaga ibu hospital..tgk dia dapat tido lena kita rasa lega...agaknya gitu perasaan ibu kita menjaga kita masa kita kecik2 dulu kan..hati sentiasa risau..

Alhamdulillah selepas seminggu lebih berada di hospital dan dimasukkan drip antibiotik dan ubatan lain..ibu suki dibenarkan pulang ke rumah tp masih lemah dan perlu berehat..banyak makanan perlu pantang dari makan..suki dan adik-adik bergilir balik jaga ibu sebab time ni..selain kitaorg kena masak makanan yang sihat untuk dia, melayan tetamu yang hadir pun satu hal..rasa macam raya umah suki..setiap jam ada orang datang melawat..gitu ler hidup berjiran...sorang je tahu ibu sakit..satu kampung tahu hihi..

Lepas raya ni ibu suki ada appointment dengan doktor untuk tentukan samada hempedu tersebut perlu dibuang atau tidak..doakan semuanya dah kembali normal dan hempedu ibu tak perlu dibuang ye..tak sampai hati untuk ibu melalui operation di usia dia sekarang..

4 comments: