Thursday, November 8, 2012

Sejarah Portugis yg TIDAK dibukukan


1509 :

Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511 Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512 :


Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512 :


Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan Pulau Pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas FEB 1512 :

Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:

Perisik 1 : Selamat pagi tuan ( sambil bertabik)
Alfonso : Selamat pagi

Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Perlis yang mempunyai beribu-ribu hang..

Perisik 3 : Betoi tu tuan... antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang , tengkorak hang dan macam-macam lagi hang ada kat sana... tuan!

Mendengar hasil risikan itu, Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri...... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat Kedah dan Pulau Pinang!

Sekian adanya....

5 comments: