1.
Setiap
minuman arak adalah mengandungi alkohol.
Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol
yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan
najis.
2.
Manakala alkohol yang diperolehi bukan
melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh)
diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh
membunuh.
3.
Minuman
ringan yang diproses/dibuat bukan
dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah
aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
4.
Manakala minuman ringan yang
dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak,
sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya
disuling adalah haram diminum.
5.
Makanan
atau minuman yang mengandungi alkohol
secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi
secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak
najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
6.
Makanan
atau minuman yang mengandungi bahan
perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuktujuan
penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya
alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti
alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar
alkohol tidak melebihi 0.5%.
7.
Ubat-ubatan dan pewangi yang
mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
najis dandiharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan
diambil melalui proses pembuatan arak.
Sumber : Jakim Online
No comments:
Post a Comment