Showing posts with label Hang Out. Show all posts
Showing posts with label Hang Out. Show all posts

Monday, August 14, 2017

Melawati Mall


Tamatlah sudah entry-entry suki sepanjang ke tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang..kembali ler semula suki ke Kuala Lumpur...masa tgh bz jelajah pantai timur, satu mall baru berhampiran tempat tinggal suki dah dibuka dan dirasmikan...so sampai je KL terus ler suki terjah kan..nak tgk best ke tak...


Mall baru ni dinamakan Melawati Mall atau MM yang terletak di taman melawati..kedudukannya amatlah tidak strategik sebab di tengah2 shoplot dan pekan melawati yang asal...sempit dan menambahkan trafik..memandangkan masa suki pegi tu baru seminggu dibuka...jadi mmg hanya 30% sahaja yang dah mula beroperasi...masa banyak kedai yang belum buka ... masa banyak kedai yang tengah renovate...dan dapat dilihat pekerja2 construction ke hulu ke hilir...


Dari segi parking kena berpusing2 smpi atas..tempat laluan kereta agak sempit mcm Quill Mall dan Tabung Haji..kalau tak cekap mmg dapat geseran dengan dinding ler..scary sungguh...so kalau nak mudah parking je kt taman pasar tani a.k.a pasar malam melawati dan jalan kaki ke MM...masa suki gi masih lg free parking..so tak tahu rate parking berapa...


Dari segi jenis2 kedai...suki boleh bagi 3 bintang ler..banyak kedai makan..ada kedai barang harian mcm DIY dan Kaison..ada butik2 baju...dan juga panggung wayang...so untuk orang2 kawasan setempat..kalau tak sempat nak gi shopping or makan2 jauh2..MM pun dah cukup...hihi..nanti dah buka sepenuhnya kedai2..suki gi melawat lagi..buat masa ni biar ler diaorg siapkan renovation dan hiasan dalaman..berdebu dan bising sikit sekarang...sape yang lum sampai boleh ler jenguk...



Monday, October 10, 2016

Ke Mitsui Lagi


Dah lama rasanya suki tak ke Mitsui..seronok ke sana sebab barang-barangnya yang murah...ala2 JPO di Johor..cuma beza dari segi barang jualan..di JPO banyak baju dan handbag, manakala di Mitsui banyak kasut, pakaian sukan dan juga perfume..



Memandangkan suki gi sana on weekend...maka ramai ler pengunjung...sama ramai pengunjung tempatan dan luar negara..sebab tak jauh dari KLIA kan..agaknya mat salleh ni last minute shopping before balik kot hihi



Kali ni suki shopping perfume dan baju2 jenama sukan...banyak juga outlet yang bg diskaun banyak antaranya Puma, Nike, Dockers, Hush Puppies..suki rasa berbaloi beli di sini sebab harga yang jauh lg murah if kita beli di KL sana..especially barang yang boleh pakai lama mcm perfume, kasut dan baju..






Monday, November 16, 2015

Hard Rock Hotel Penang


Minggu lepas sempat ler suki bercuti pendek sekejap..merehatkan minda dari campus life..melupakan thesis buat sehari dua..dan bercuti ke Hard Rock Hotel di Batu Feringhi Penang...mulanya decide nak booking tru Agoda tp akhirnya booking melalui website hotel sendiri sebab ada beberapa hadiah yang diberikan contohnya Hard Rock merchandise semasa check in, diskaun semasa shopping di Rock Shop, breakfast di club house dan apa lagi ye suki lupa..diskaun ke Hard Rock Cafe... 



Decoration hotel mmg cantik..bertemakan artis-artis lagenda dan ternama dunia seperti The Beatles, Michael Jackson, Elvis Presley dan ramai lagi...di setiap sudut kita boleh tgk gambar2 berserta monumen artis-artis tersebut...dah rasa macam masuk muzium pula..konsep pekerja-pekerja pun santai je..sebab hotel ni betul-betul terletak di tepi pantai...jadi konsep hotel ni mmg untuk bersantai dari pekerja sampai ler ke tetamu hotel...



Swimming pool pun cantik dan menarik bentuknya...asalnya suki booking seaview deluxe tp telah di upgrade kepada lagoon deluxe...so buka je pintu terus terjun kolam...hihi...mmg cantik ler view dari bilik hotel..terus nampak laut di depan..mmg ramai betul ye pengunjung hujung2 tahun ni..itu belum cuti sekolah lagi tu..lagipun pelancong luar mmg ramai menginap di sini...selain menikmati kemudahan hotel yang pelbagai tu..tmpt tumpuan lain mesti ler Rock Shop...tempat jualan barang-barang or Hard Rock merchandise..bagi yang menginap situ dapat diskaun...ok ler juga..harga barang-barang dari serendah RM30 hingga RM100++ .. terdapat tiga buah Rock Shop dalam hotel tersebut..satu dalam hotel sendiri, satu dalam Hard Rock Cafe dan satu lagi di luar kawasan parking hotel..jadi boleh buat pilihan nak beli di mana..






Memandangkan dah selesai bercuti di Penang..makanya kembali ler ke rutin harian.hihi..jangan ditinggal buku lama2 nanti dia merajuk...kembali menulis dan menulis dan membaca dan membaca :)

Thursday, November 5, 2015

Lunch di South East, Maju Junction

Macam biasa suki kalau weekend mmg merayap sana sini hihi..dah bila ke sana sini mmg wajib makan luar sampai sis Ana Jingga pun dah tegur hahaha...kuat jalan2 suki ni...kali ni suki citer ke tempat makan baru tp di lokasi yang sama dalam masa terdekat..kebetulan ahli keluarga datang dari Ganu..dah dia perlu brkumpul di Sogo untuk balik ke Ganu petang tu juga..jadi fikir punya fikir mana nak lunch tak jauh dari Sogo..suki ke Maju Junction lagi sekali..

Kali ni suki ke restoran The South East yang terletak di level ground Maju Junction betul2 di sebelah escalator..mmg tak susah cari ler..lgpun mall tu kan takde org..mana2 kedai pun senang cari hihi..restoran ni menghidangkan masakan dari negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand termasuk dari Malaysia sendiri...mmg sedap..amat sesuai kalau datang ramai2..
Cara ambil order pun menarik..selain diberi menu untuk dipilih makanan dan minuman,pengunjung juga diberi ipad untuk terus order secara online...dan diminat untuk check order before click submit..canggih kan..selalu kedai mamak diaorg yang pegang ipad..ini kita sendiri yang tentukan..so takde alasan ler order kita salah or terkurang or terlebih..semuanya kita yang buat sendiri..pendekatan yang bijak..


Selesai makan rupanya suki diberi baucer sebanyak RM100 untuk next visit..rupanya dengan setiap bayaran RM50 di restoran tersebut kita diberi RM50 baucer..dan memandangkan suki bayar sebanyak RM100 lebih makanya suki diberi RM100 baucer..so next visit makan free ler hihi..marketing strategy diaorg kan..untuk menarik minat pengungung..


Monday, April 20, 2015

#throwback IOI City Mall Putrajaya


Banyak entry2 tertangguh dua minggu ni..maklum ler nenek baru meninggal..suki balik kampung..bila baik KL kena cover keje-keje ofis yang bertimbun...kena sambung tulis thesis..nasib baik supervisor memahami..cuma bos di tempat keje agak kerek..takziah pun takde tp tanya bila nak masuk ofis.agak kejam kan..takpe..tak lama lg nak berenti keje dah..nak focus pada study je..buat apa keje dengan org yang tak berhati perut ni..nama je sesama melayu..

Ni citer hujung mac lepas...suki meeting di Putrajaya..walaupun dah lama mall ni buka..tp suki ni amat jarang le nak turun putrajaya...bukan apa...dah tinggal di KL..mall2 di KL lagi best..hahaha...jangan marah ye orang Putrajaya...so bila dah berpeluang ke sana..suki pun try ler nak kenal dengan mall ni...

Fuhh besar giler..best sebab banyak kedai yang fofular dan femes gitu...pendek kata..masuk mall tu terlupa anda di putrajaya sebenarnya..ingat di KL...memandangkan suki pegi hari keje..so tenang je kawasan tu..maybe weekend ramai orang lr kan..banyak pilihan kedai makan...kedai untuk shopping..dan juga suki amik kesempatan bayar bil Maxis dan Celcom kt sana...lengkap ler pendek kata..untung orng2 Putrajaya...byk tempat nak shopping...dulu ada Alamanda je...




Friday, June 28, 2013

Pasar Payang, Kuala Terengganu

amy search

Kalau balik terengganu tak singgah Pasar Payang tak sah rasanya..selain nak beli utk diri sendiri..untuk family, untuk kwn2 , member ofis dah wajib beli kt situ..tp serius walaupun selalu blk terengganu..membeli sutera bukan lah kewajipan..ye ler harga2 boleh tahan juga..heheh..tp tahun ni tewas pada kilauan batu2 pada sutera2 itu..heheh..trend sutera pun letak batu juga, jadi makin naik seri ler corak2 batik tu..harga lingkungan rm250 ke atas..masa belek2 pun dah rasa 'ala jgn ler terpedaya'..akhirnya terbeli jua..apakan daya dah berkenan di hati..antara yg unik kali ni adalah, kain batik dah mula dijual untuk buat sepasang baju kurung...corak pun cantik..kain pun tak panas le kan..

Pasar Payang boleh dibahagikan kepada 3 bahagian..bhgn bwh menjual barang2 basah seperti ikan, sotong dan lain2..termasuk juga menjual kuih muih untuk breakfast...selalunya bahagian bawah ni tumpuan org tempatan ler..ada satu bahagian lagi menjual makanan2 kering traditional terengganu, bhgn ni mmg ramai pelancong atau org luar yg datang shopping..bhgn atas ni mmg lagi ramai ler org luar sbb tempat menjual sutera, batik, songket, brg2 tembaga dan lain2..ada peluang ke Terengganu singgah ler sini

nota kaki : dah ler menginap hotel yg sama..time shopping kt Pasar Payang pun sama ngan Amy Search juga..

sutera terengganu


Tuesday, June 25, 2013

Balik Ganu :)

visit terengganu 2013
Add caption

Bukan setakat bersawang..dah berdebu dah blog ni..bukan malas, bukan takde idea tp tak sempat sbb sibuk pusing mengukur terengganu..heheh...bila dah bercuti..blog mula ler dilupakan..mengambil kesempatan sebelum puasa untuk pulang ke kampung nenek di terengganu, melawat nenek dan sedara mara di sana..bila sekali sekala blk paham-paham ler..semua tempat nak pegi..semua rumah nak singgah..semua makanan nak rasa..heheh..kuar pagi blk tgh malam..penat tp enjoy..lepas ni akan ada entry2 sepanjang blk sana..jgn boring ye...(",)

Monday, June 3, 2013

Weekend di Publika


Mencari tempat makan yang berhampiran..so Publika ler pilihan hati sbb mmg byk pilihan tmpt makan..tp bukan makan di Journal by Plan B gambar di atas tu..suki lepak di Chawan..tgh2 sedap makan minum tu, tetiba lalu ler mamat hensem sorang ni..pandang punya pandang..oo tokey sani ekspress rupanya..Dato' Sani..selalu tgk dlm majalah or tv biasa2 je muka dia..bila tgk live hensem plak..heheh..sabor je ler..menjadikan makanan bertambah sedap lepas tu :)

Lepas makan2 tu, pusing jalan2 kt Positive Emporium, satu kedai yang menjual kata2 positif untuk kita gantung di bilik ke..di kelas ke..ada dlm bahasa melayu dan English..mmg menarik..masuk situ tiba2 fikiran jadi positif kejap..hehehe




Thursday, May 30, 2013

Long Weekend

klcc

Dah tiga hari berlalu baru nak update citer last weekend..memandangkan last weekend kita semu enjoy dengan public holiday so mcm2 plan dah disusun..cuma on friday tu takde yg specific..ikut je nak wt pe..dlm terfikir2 nak ke mana tgk luar hari mcm nak hujan..kereta lak baru basuh..so sayangkan kete baru basuh..trpk lokasi yg boleh pegi dgn tren je..ini ler untungnya beli umah dekat lrt..so naik tren pegi klcc..lunch sana..pusing2 kejap balik umah..ujan pun dah berenti terus pegi amik kete gerak ke tempat lain lak..boleh gitu :)

nota kaki : kan best kalau selalu dpt long weekend gini


Tuesday, April 30, 2013

Iron Man 3

 

Best giler..itu yg boleh diungkapkan tuk citer di atas..Iron Man 3..itu pendapat peribadi..tak tahu lr korang kan..smlm bertmpt di Tgv KLCC, kitaorg beramai2 pegi tgk movie ni..start kul 8 malam..so part yg depan2 tu tertinggal skit..maklum ler masa agak kelam kabut..ye ler..hari bekerja kan..sempat blk umah, dinner, solat maghrib baru keluar rumah..nasib baik tindakan cerdik dibuat iaitu menaiki lrt ke klcc sbb jem lain mcm mlm td..ada member dari setiawangsa drive setakat jelatek je pastu amik tren..hehehe..kesian kan..lmbt diaorg masuk panggung..walaupun masuk2 tu movie dah start tp still enjoy..ikut hati nak tgk lagi ni..sbb element action dan komedi dicampur sekali..takde ler ganas je manjang..diselang seli dengan gelak ketawa ler..mmg penuh panggung smlm..5 bintang utk Iron Man 3

{Pelik tul tiket tu print Sunway sedangkan  di KLCC}


Monday, April 29, 2013

Malaysia's First Motion Sensor Grand Musical Stairs


Constructed in a little more than 13 weeks at a cost of RM 1.5 million, the Grand Musical Staircase was conceptualized with an architecture marvel in mind and was endorsed and certified by the Malaysia Book of Records as a first of its kind in the country.

In the past years, Berjaya Times Square had been researching for ways to accommodate the growing traffic between Ground Floor and Lower Ground Floor in a musically fun way. And after weeks of working on the concept, the Management was leaning towards a grand structure based on 3 keywords which are synonymous with the Berjaya Times Square brand: ‘Creative, Energetic and Comprehensive’.

Recently certified by the Malaysian Book of Records as a first in Malaysia, the Grand Musical Staircase is vibrantly lit in dancing LED sound graphs and is designed to resemble a classical piano keyboard right down to its actual chords. Though, do not be fooled by its presentation as apart from the piano, there are percussion, kalimba and piccolo notes embedded to give the Grand Musical Staircase 4 different sounds.



nota kaki :- Suki sempat ler bermain2 dengan musical stairs dan motion sensor di situ..terlupa yg diri sudah dewasa..mmg sape2 pun yg ke situ kembali ke zaman kanak2..hehehe..yg lagi best bila tgk gelagat yg org tak sengaja terpijak situ..diaorg kebanyakannya terkejut..:)




Thursday, February 21, 2013

Snow Ice


Sape pernah makan snow ice di Tong Pak Fu...ni first time baru try di KLCC baru2 ni..kebetulan keluar minum petang dgn kawan sekolah dan dia yg suggest kedai ni..tak perasan pun selama ni sbb dia ujung dunia dlm KLCC tu..kalau sekali pandang tak sangka tu ice kan..sbb rupa mcm isi ubi rebus pun ada..mcm kek pun ada..heheh..cantik sgt..sayang nak makan..tp sebenarnya mcm ABC je..bezanya dia punya rupa yg cantik dan dah ada flavour... bukan ais kosong...mcm yg gambar kt atas tu rasa durian..sedap..sesuai untuk minum petang smbil borak2..