Monday, November 16, 2015

Hard Rock Hotel Penang


Minggu lepas sempat ler suki bercuti pendek sekejap..merehatkan minda dari campus life..melupakan thesis buat sehari dua..dan bercuti ke Hard Rock Hotel di Batu Feringhi Penang...mulanya decide nak booking tru Agoda tp akhirnya booking melalui website hotel sendiri sebab ada beberapa hadiah yang diberikan contohnya Hard Rock merchandise semasa check in, diskaun semasa shopping di Rock Shop, breakfast di club house dan apa lagi ye suki lupa..diskaun ke Hard Rock Cafe... 



Decoration hotel mmg cantik..bertemakan artis-artis lagenda dan ternama dunia seperti The Beatles, Michael Jackson, Elvis Presley dan ramai lagi...di setiap sudut kita boleh tgk gambar2 berserta monumen artis-artis tersebut...dah rasa macam masuk muzium pula..konsep pekerja-pekerja pun santai je..sebab hotel ni betul-betul terletak di tepi pantai...jadi konsep hotel ni mmg untuk bersantai dari pekerja sampai ler ke tetamu hotel...



Swimming pool pun cantik dan menarik bentuknya...asalnya suki booking seaview deluxe tp telah di upgrade kepada lagoon deluxe...so buka je pintu terus terjun kolam...hihi...mmg cantik ler view dari bilik hotel..terus nampak laut di depan..mmg ramai betul ye pengunjung hujung2 tahun ni..itu belum cuti sekolah lagi tu..lagipun pelancong luar mmg ramai menginap di sini...selain menikmati kemudahan hotel yang pelbagai tu..tmpt tumpuan lain mesti ler Rock Shop...tempat jualan barang-barang or Hard Rock merchandise..bagi yang menginap situ dapat diskaun...ok ler juga..harga barang-barang dari serendah RM30 hingga RM100++ .. terdapat tiga buah Rock Shop dalam hotel tersebut..satu dalam hotel sendiri, satu dalam Hard Rock Cafe dan satu lagi di luar kawasan parking hotel..jadi boleh buat pilihan nak beli di mana..






Memandangkan dah selesai bercuti di Penang..makanya kembali ler ke rutin harian.hihi..jangan ditinggal buku lama2 nanti dia merajuk...kembali menulis dan menulis dan membaca dan membaca :)

4 comments:

  1. bestnya..bila la nak merasa burcuti kat sini..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila rasa letih dgn rutin harian..dtg ler bercuti :)

      Delete
  2. wow. duduk hard rock.. mmg kelas
    sop x mampu nak dok hard rock.. parah.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sop..suki pun baru merasa...sekali sekala boleh ler..selalu bankrupt

      Delete