Monday, April 23, 2018

Menawan Puncak Broga


Haha..setelah kena wake up call dari blogger si cantik manis Yaya sebab suki lama tak update, so curi2 masa ni untuk update..banyak story nak letak sini..tp masa tu yg takde...nak pula sekarang tgh sibuk marking paper...pastu study suki pun lum abis..so mmg double busy..mengalahkan wakil2 rakyat yang tengah berkempen tu...hihi..


Entry kali ni suki nak story pasal naik brogra hill...tahu tak bila...january lepas..adoii laa..tak sempat nak update..sejak jadi lecturer ni..banyak ler aktiviti bersama students ni..tak pernah2 suki hiking bukit..main redah je ikut diaorng ni..mcm best je dengar kan..lgipun ni under school suki..so kena ler join kan..


Kitaorg bergerak pagi2 sesudah subuh..ramai yang nasihat suruh start daki seawal jam 4 pagi..tp bila pikir ramai student terlibat..dengan tak percaya diaorg leh bangun awal..so kitaorg pun set kul 6.30 pagi dah kena berkumpul..sebab kul 7 pagi nak bertolak..so sebiji bas dan beberapa biji kereta konvoi dan ada yang datang sendiri..




Tak susah nak cari lokasi ni..suki pun first time..lokasinya di Semenyih..landmark dia cari Nottingham University pastu ikut ler situ...dari jalanbesar pun dah ada signboard ke Broga..so senang ler cari..bila dah smapi situ kena parking kete dalam kawasan ladang sawit..parking tu bawh2 pokok je...tp kena charge rm1..toilet yang zaman penjajah jepun tu kena charge rm1 sekali masuk..yg bab toilet semua hangin sebab mahal giler dan toilet level apa ntah...upgrade ler level rnr..baru berbaloi..lg satu nape ler govt tak pegang je Broga ni sebab sekarang yang kenakan charge semua ni org persendirian..tuan punya tanah tu..so takde penjagaan dan suka2 hati nak charge..



Bila dah naik atas..melepasi pintu gerbang Broga hill dan melepasi ladang sawit tu..ada lg sekali charge rm1..kali ni tuan tanah broga pulak kot..then dari situ ler start mendaki...yang letihnya broga ni sebab dia curam..so mencungap ler kitaorg yang first time ni..yang dah fit tu berlari2 je diaorg..kelakar dengan student international ni..diaorg bergaya naik atas tu mcm nak gi shopping mall..bukannya pakai pakaian sukan..sabor je lr..pstu setiap ceruk nak bergambo..patut ler pakai lawa2..


Broga ni ada tiga puncak..so suki dan sebahagian kaum perempuan setakat level 2 je..yang fit2 dan geng2 lelaki sampai ler ke puncak yg paling tinggi..hihi..cukup ler setakat tu..itu pun dah pencapaian besar utk suki..walaupun penat tp happy..pemandangan dari atas cantik..angin sejuk..dekat dengan nature..best ler..

Sunday, March 18, 2018

Jom Kira Kalori

Aduhhh la lama sungguh tak bersiaran..dah masuk tahun baru...dan tiga bulan di tahun baru suki tak sempat nak update apa2...serius bz...rindu zaman tak keje dulu huhu

Apa2 pun suki harap kawan2 blogger suki semua sihat2 hendaknya...rajin2 le singgah sini..nanti suki pun nak jenjalan blog korang..lama tak buat keje ni..hihi...

Jangan marah entry kali ni suki share kalori makanan...moh kita jaga pemakanan bersama2....
















Friday, December 29, 2017

Ikan Bakar Keramat


Hari ni suki dan kawan2 lunch ikan bakar..perghh mmg kenyang sampai ke petang ler..tempat ni mmg terkenal ler dikalangan orang Keramat, Setiawangsa dan Wangsa Maju..nama kedai tak tahu hahaha..tp untuk yang tak tahu location dia adalah di belakang Aeon A2 dan berhadapan dengan Sapura..kiranya area keramat ler..


Suki jarang ke sini..satu sebab location yang jauh sikit je pun dari rumah..no dua sebab kedai ni panas sikit sebenarnya, agaknya sebab bumbung zink kot..atau faktor2 lain yang suki tak tahu..tp kalau mmg teringin sangat nak makan ikan bakar..panas pun ku gagahi jua..mmg boleh puji lauk pauk kedai ni..banyak pilihan..sedap...dan staf2 pun mesra..bagi yang belum cuba tu korang cari ler ye..area Sapura tu...location dia betul2 di belakang Fiske Steakhouse, Taman Desa Keramat..

Selamat bercuti panjang ye...


Thursday, December 21, 2017

Cozy Corner, Ampang Park



KUALA LUMPUR: Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.

Walaupun jarak di antara Ampang Park dan Ampang Point hanya 3.8 kilometer, ia bakal tersimpan di lipatan sejarah antara lokasi menjamu selera keluarga yang terkenal di negara ini.

Isu pengambilan tanah pusat beli-belah Ampang Park bagi tujuan pembinaan terowong MRT dan laluan pejalan kaki bawah tanah itu menjadi sebab Cozy Corner mengambil keputusan untuk berpindah dan itu mungkin yang terbaik bagi mereka pada waktu ini.

Pemilik kedai makan Cozy Corner, Lim Joo Tan berkata, tapak yang sudah diduduki lebih 39 tahun itu merupakan peninggalan serta warisan kepada generasi baharu keluarganya.

Mengakui sedih, Joo Tan menyifatkan 'hijrah' mereka adalah demi kelangsungan perniagaan dan berjanji memberi kepuasan hidangan sama untuk pelanggan walaupun di lokasi baharu kelak.

"Sedih, tetapi kita seperti 'bawa' Cozy Corner di Ampang Park di Ampang Point. Semuanya sama sahaja, hanya lokasi berbeza," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Restoran Cozy Corner merupakan antara tarikan utama orang ramai ke Ampang Park selain menjadi salah satu simbol kompleks itu.

Joo Tan yang sudah berusia 41 tahun sebelum ini menegaskan tidak akan berpindah ke lokasi lain yang pasti menghilangkan identiti premisnya selama ini.

"Saya mahu kekal di sini. Saya pasti pelanggan setia di sini juga berpendapat yang sama," ujarnya sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Joo Tan, pelanggan tetap Cozy Corner harus sabar menanti dua bulan sebelum premis baru mereka siap diubah suai.

"Bila sudah siap nanti, kita mahu peminat hidangan ke lokasi baru, jangan risau, di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu, rasanya tetap sama," jelasnya.