Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

The Lucky One ~ Nicholas Sparks


Baru abis lagi satu novel Nicholas Sparks, "The Lucky One"..so far semua happy ending novel dia..so citer ni mengisahkan Logan Thibault yg berusaha mencari gadis dlm gambar yang dianggap lucky charm sepanjang  dia bertempur di medan perang..sebenarnya gambar tu dia jumpa di Iraq masa berperang, dan dia dah cuba letak di buletin board kalau2 tuan punya gambar tu cari..tp lepas abis perang dah nak blk US takde yg claim itu gambar diaorg so dia simpan..dan semenjak dia simpan gambar tu dlm poket dia...dia terselamat dari beberapa siri pengeboman..smpikan satu tahap tentera lain dah menjauhkan diri dari Logan supaya tidak membahaykan diri mereka sbb setiap kali Logan terselamat yg lain2 terbunuh dlm letupan2 tersebut.. 

Dipendekkan cerita setelah mengkaji latar belakang dan clue2 yg terdapat pd gambar tersebut..akhirnya Logan bertemu dengan gadis di dalam gambar itu iaitu Beth atau Elizabeth..Beth tinggal bersama neneknya Nana dan anak tunggalnya Ben..bekas suami Beth seorang deputy sheriff (Keith Clayton) di kawasan tempat tinggal yg sama dan masih mengongkong kehidup Beth walaupun sesudah bercerai..apabila dapat tahu yg Beth dan Logan mula bercinta, Clayton berterusan mencuba utk mengagalkannya..percubaan demi percubaan akhirnya memakan dirinya sendiri and finally Beth and Logan bersama tanpa gangguan lagi..heheeh..abis citer..

Okey...nak beli lagi koleksi Nicholas Sparks..tunggu untuk episod seterusnya (",)


Thursday, March 21, 2013

Book @ Novel Review


Asyik kena buat journal article review je dlm kelas..so sekarang kita buat novel review utk diri sendiri...baru je abis 'The Last Song' by Nicholas Sparks..best citer ni..mengisahkan Ronnie atau Veronica gadis yang baru mencecah umur 18 tahun dan seorang anak yang memberontak sbb ibu bapa dia bercerai..Ronnie ada sorang adik nama Jonah yang baru berusia 10 tahun..diaorg berdua tinggal bersama ibu dan Ronnie percaya perpisahan ibu bapanya adalah disebabkan bapanya curang..masa cuti summer diaorg berdua dihantar utk tinggal bersama ayah diaorg..Jonah enjoy bersama ayahnya tp Ronnie byk tunjuk sikap memberontak..tp ayah diaorg mmg sabar dengan perangai Ronnie..masa mula2 baca banyak tersenyum dan ketawa dengan citer2 utk character Jonah..innocent kid..hehehe..tp pengakhiran mmg byk yg sedih sbb lastly baru tahu yg ayah Ronnie dan Jonah sebenarnya ada kanser..so summer yang dihabiskan adalah summer terakhir diaorg bersama ayah diaorg..dan Ronnie baru tahu yang sebenarnya perpisahan ibu bapa dia adalah kerana ibu dia yg curang bukan ayah dia..so dia berasa bersalah dengan segala tingkah laku dia selama ni pd ayah dia..kalau ikut nak citer ni byk lagi..penat lak menaip..tp pendek kata best ler..ada part Ronnie jatuh cinta pada Will masa cuti summer tu..dan juga ada kisah persamaan antara Ronnie dan ayahnya iaitu mahir bermain piano dan mencipta lagu baru..so the last song adalah lagu terakhir ayah Ronnie dan telah dilengkapkan oleh Ronnie..



Monday, March 4, 2013

My Collection


Bestnya collection makin bertambah..yang bestnya dlm sebulan 2 kali beli..'The Last Song' dan 'The Lucky One'...jgn salah faham tak melibatkan baucer buku yg diterima ye...dah nak masuk 3 minggu beli..satu pun tak sempat nak baca lagi memandangkan masa beli ni masuk minggu2 bz sebagai seorang student..sibuk dengan presentation dan mid term exam..sekarang pun masih lagi kena siapkan report dan slide presentation..tkpe one sweet day dah lapang nanti nak baca..



Friday, February 22, 2013

My New Collection


Tak sabarnya nak baca..dah beli almost 2 weeks tp tak berkesempatan lagi nak baca sbb sekarang busy dengan class presentation dan mid term exam..so kena baca buku2 teks dulu..novel dtg kemudian..takpe yg penting ada dlm simpanan dah...

'The Last Song" by Nicholas Spark





Thursday, January 24, 2013

#MyCollection


Di saat rakan2 sekelas sibuk membaca buku teks dan handout dari lecturer..tp org di sini tetap setia membaca novel2 kegemaran..bukannya smpi tak buat revision langsung utk kelas..tp dah jadi habit suka membaca novel..nak plak ada author kegemaran iaitu Nicholas Sparks..lagi ler takleh lepas hobi yang satu ni..takpe as long as kita bijak bahagikan masa antara bacaan untuk kelas dan bacaan untuk hiburan dah cukup baik..kan..kan..kan..tp nanti kalau dah dekat midterm exam or final exam..kena ler stop sekejap kan..jangan ler hobi tu memakan diri sendiri plak..apa2 pun tak sabar nak tambah collection lagi ni.heeheh...




Friday, January 4, 2013

Karamel by Nasz


Ingatkan kekuatan Sweet Sour tu pada citernya..rupa-rupanya hati ni terpikat pada penulisan penulis buku tu rupanya..conclusion ni lepas baca penulisan kedua Nasz iaitu Karamel dlm novel Warna..walaupun ada 3 cerita berbeza dlm novel tu dari tiga penulis yang berbeza juga...tp penulisan Nasz yg menarik hati sekali..agaknya sbb jenis penulisan dia lebih kepada selamber dan giler2..tak berat ler kalau baca..citer Karamel ni best..kelakar cuma part ending tu boleh tambah perisa skit lagi ok kot..sempoi sangat..nak ending mcm Sweet Sour jugak..heheeh..apa2 pun sape2 yg blum baca..boleh ler gi blog penulis ni di http://nasz-h.blogdrive.com/

Selamat Membaca!


Monday, December 17, 2012

Sweet Sour


Bagi penggemar2 novel..sape2 yang belum baca Sweet Sour ni baik try baca..mmg best ler..mula-mula baca  nampak mcm tak best..sbb intro dia mcm light je kan..tp bila dah mula masuk pertengahan cerita...makin best lak..smpaikan celik je mata nak baca dulu buku ni..before tido baca dulu..sbb nak tahu apa yg akan jadi..dan yg lagi best..apa yg akan jadi kita tkleh jangka..itu yg best tu..citer menarik sbb selalunya hero hindustan mesti menang di akhir cerita kan..tp lain citer ni..hero tak semestinya bagus sepanjang masa..heheh...good job Nasz...buat ler sambungan citer ni..hehehe..