Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, April 17, 2017

Fast & Furious 8


Akhirnya suki dah tgk dah Fast & Furious 8..kali ni suki tgk di GSC Pavilion..mmg sold out ler tiket..panggung penuh..maklum ler baru je kluar 13 April lepas kan..dan ni adalah first weekend ditayangkan..so masih panas lagi lr di pasaran..nak pulak ni mmg sequel movie yang diminati di semua peringkat umur..selain banyak babak action..babak lawak pun banyak hihi...


Macam biasa, jalan citer setiap movie ni mmg tak pernah mengecewakan..cuma sedih watak Brian dan takde...itu ler watak Han awal sgt dimatikan..suki minat juga Han..hensem gitu..lagi best tgk kete lawa2 ler dalam ni..bila ler Myvi nak digunakan dalam Fast n Furious ni...hhihi.jgn kecam suki..gurau je...kali ni mengisahkan Dom dah ada anak..dan baru tahu dia ada anak dengan polis Elena tu dulu..so dalam usaha nak selamatkan anak dia..bermula ler babak2 action movie ni...korang nak tahu tgk sendiri ler hihi...cuma suki tgk semua pelakon dah tua2..kesian plak tgk diaorg berlakon babak2 lawan2 ni..selain tu, diaorng ni superhero ke superman sebenarnya...takde cedera langsung..jatuh kete yang tgh laju takde calar ke patah ke..kete terbakar..kena bom..hahahah...lawak ler..lain kali bagi ler cedera sikit..


Walaupun ada yang tak logik dalam movie ni..tp secara keseluruhan ni mmg fav sequel movie suki...tak pernah mis tgk..kalau ulangan kt tv pun tak mis tgk lagi hihi...suka lawak dalam serius diaorg..suki juga tgk friendship diaorang..so sape yang tak tgk lagi..boleh ler book tiket...boleh tgk Brian Jr (anak Dom) dalam movie kali ni...



Monday, April 3, 2017

Kong: Skull Island


Last 2 weeks suki gi tgk movie Kong:Skull Island..movie ni dah kluar di Malaysia 9 Mac tp 23 Mac baru suki berkesempatan nak tgk..maklum ler sibuk ke Melaka ler, Segamat ler...ni baru masanya nak kembali merehatkan diri di KL..bila dah dua minggu lebih movie tu ditayangkan, suki dah agak mesti tak ramai org dalam panggung...masa booking tiket online pun nmpk ada ler baru 6 orang booking seat...so takpe...sikit pun sikit ler asal dapat tgk...sekali masa hari suki tgk tu, penuh panggung..siap parents bawak anak-anak lagi..meriah tul tgk ramai2 gini...hihi


Movie ni berkisar tentang seorang profesor yang memohon geran untuk buat kajian pasal king kong di pulau ni..tp masa mohon geran dia hanya bagitahu nak kaji tentang pulau yang belum dijumpai oleh sape2 lagi..so nak jadi orang pertama ler..dan banyak kisah kapal terbang dan helicopter yang hilang bila lalu area pulau ni...kira mcm 2nd Bermuda Triangle ler..so bila permohonan lulus...profesor ni bersama pembantu-pembantunya dan group tentera yang bertujuan melindungi operasi diaorg tu pun bertolak..jeng jeng jeng

Nak masuk area pulau ni pun berisiko sebab mcm kena melepasi ribut atau awan bergelora yang kuat dulu baru sampai pulau ni..bila dah sampi...maka bermula lah kisah...king kong ataupun hanya kong dalam movie ni mengamuk ler bila helicopter banyak2 masuk pulau dia..abis dia kutip satu2 helicopter dan hempas..so semua terkandas di pulau tersebut tanpa pengangkutan..dan bermula ler edisi kematian seorang demi seorang ahli rombongan tu...time ni rasa dah macam tgk 'i know what u did last summer' atau 'urban legend' lak...


Citer ni best bagi suki tp suki tak gemor ending dia..sebab ending dia tergantung..seolah suruh kita berfikir ataupun ada sequel movie yang akan datang tahun depan hihi..jadinya kita tak tahu apa kesudahan citer tu..sabor je ler...so suki bagi 4 bintang untuk movie Kong: Skull Island..tak sabar tunggu Fast and Furious 8 plak lagi 2 minggu..


Wednesday, March 1, 2017

C.O.L.L.I.D.E.


Last weekend suki gi tgk movie tajuk Collide..walaupun suki tak kenal pelakon dia..tp jalan citer dia masuk ler dengan selera suki..sebab banyak adegan action especially kejar mengejar dengan kete best2..ala2 frust and furious...ada babak kelakar juga...cuma agaknya ni movie baru tayang masa suki tgk tu baru hari kedua...jadi panggung tak penuh...rasa mcm panggung itu daku yang punya..sape2 yang lum tgk boleh ler tgk citer...confirm korang puas hati




Tuesday, September 27, 2016

Sully


Last Sunday, suki meraikan birthday suki dengan menonton wayang..sebenarnya suki tak tgk lagi Train to Busan..ramai bg review menarik..so ingat boleh ler tgk last Sunday kan..tup2 masa tgh beratur untuk beli tiket, nmpk Sully dah mula ditayangkan..rasanya last weekend belum lagi..apa lg...mmg ditunggu2 citer ni..so beli ler tiket Sully..


Panggung mmg penuh..rasanya ramai tunggu citer ni..suki mmg antara peminat tom hanks, jadi suki enjoy dengan movie ni..suki bagi 5 bintang...Sully adalah movie yang mengisahkan kejadian kapal terbang yang mana enjinnya rosak setelah dilanggar sekawan burung dan perlu untuk membuat pendaratan cemas..

Memandangkan tempoh tak mengizinkan Kapten Sully lakonan Tom Hanks terpaksa membuat pendaratan cemas di atas Sungai Hudson..tak sempat untuk berpatah balik sebagaimana arahan dari Control Tower..oh lupa suki nak bagitahu..movie ni adalah dari kisah sebenar yang terjadi pada 15 Januari 2009..


Pendaratan tersebut menyelamatkan 155 penumpang dan anak kapal...media dan orang ramai menganggap tindakan Kapten Sully sebagai bijak..tp pihak atasan penerbangan sebaliknya...so untuk tahu nasib Kapten Sully samada disabitkan bersalah atas tindakannya atau tidak..korang kena tengok sendiri hihi..kasi suspen sikit..jangan marah ye


Tuesday, August 9, 2016

SkipTrace


Korang dah tgk ke citer baru Jackie Chan ni...setelah beberapa minggu, suki baru berkesempatan tgk last weekend..walaupun dah tak banyak waktu tayangan tp panggung hampir penuh juga....ramai juga peminat jackie chan yang tgk last minute ye...


Citer ni tak menghampakan..kisah yang melibatkan beberapa negara seperti Hong Kong, Mongolia, Rusia dan Macau...kisahnya Jackie Chan seorang pegawai polis yang menjejaki dan membawa pulang seorang mat salleh ni lakonan Johnny Knoxville...maka bermula ler perjalanan yang penuh adventure dan rintangan memandangkan si mat salleh ni dah bakar passport diaorg berdua...banyak kisah komedi dan of course aksi lasak jackie chan..apa yang bezanya jackie chan dah semakin tua dan aksinya dah semakin kurang..



Bagi yang nak dengar suara Jackie Chan nyanyi lagu Adele..boleh ler tgk movie ni..so suki bagi 3 bintang bagi movie ni

Friday, April 3, 2015

Enjoy Your Weekend!


Sempat lagi suki nak ucapkan selamat menikmati hujung minggu buat kengkawan blog atau bloggers yang rajin singgah ke sini...apa aktiviti korang nanti...dengan minggu yang penuh kekecohan dengan kedatangan GST....dan juga April Fool...apa yg akan korang lakukan...suki plan nak tgk Fast & Furious 7..tak sabar nak tgk..walaupun dah lama tak tgk wayang..tp Furious 7 tak mungkin dilepaskan hihi..walaupun sedih Paul Walker dah takde untk next sequel...tp disebabkan minat citer citer tu..tetap akan ku gagahkan kaki ke panggung...korang dah tgk ke..kalau dah jgn citer lg..suki taknak tahu..hahahh...

Happy Weekend!


Friday, June 27, 2014

Transformers 4 : Age of Extinction


Lama tak buat review utk movie kan..maksudnya lama ler suki tak gi panggung..ye ler..nanti kena marah dgn supervisor, buku tak baca tp tgk movie rajin..hahaha..choii sangat

Okey last nite, bertempat di GSC 1 Utama..kitaorg ramai2 satu panggung di sponsor khas oleh vendor...utk movie Transformers 4...best woo bila kena sponsor ni....tiket free...popcorn dan air free..dpt mini autobots lagi =)

Serius tak boring langsung dari awal start smpi ler ke abis..paling tak tahan Optimus Prime..eh bukan, hero ler..hahaha..Mark Wahlberg..makin tua makin hensem....ada unsur2 kelakar walaupun tak kelakar sangat..kadang2 kelakar tak jadi..suki sorang je gelak dlm panggung.....lagu2 dlm movie lepas ni kasi gempak sikit mcm lagu Fast n Furious ye..tapi teknik 3D visual yg digunakan mmg cun dan kebabo..smpi rasa kalau dia nak turun bukit..dgn kita2 pun turun bukit sekali..apa ye terms yg sesuai tuk teknik tu..CGI ek..sorry kurang mahir bab2 IT dan advance technology ni..tp best gambar dia..suki bagi 5 bintang...bagi sesape yg lum tgk sila tgk ye..before kena start gi terawih ni...




Monday, September 2, 2013

The Conjuring


Asyik terbaca-baca dlm blog review movie ni..pastu kawan2 pun semua dah tgk..tp bila suh citer semua suh tgk sendiri..dasar kwn2 baik sungguh..dah tahu kawan diaorg ni penakut orgnya..tp kebanyakan review mmg puji belaka ler The Conjuring ni..mengambil inisiatif tengah malam sabtu..berjaya jua daku memberanikan diri menonton movi ni di tengah malam..nak ambil mood seram kononnya...

Hasilnya..hahaha...mmg mengejutkan dan menyeramkan..nasib baik panggung penuh...kalau tak penuh lagi seram..yg kelakarnya kaum2 lelaki dlm panggung pun ter 'menjerit..hahha...semua org terkejut dgn sound2 effect nya..tp salute ler..bila lagu Negaraku dimainkan before movie start...semua dengan rela hati berdiri tegak dan diam..bangga sebagai rakyat Malaysia..

notakaki: jangan sape2 ajak kita tgk movie tu lagi..tak sanggup den


Saturday, June 8, 2013

The Hangover Part III

hangover part 3

Ini mmg tangkap muat punya plan..memandangkan baru baik demam..tetiba ada kwn ajak outing plak arini..semua secara spontan..venue..klcc..seat..smpi je klcc terus tanya nak tgk wayang ke..ok deal...terus ke  TGV klcc..mmg dpt ke kaunter terus sbb tak ramai lg..baru kul 12.15 time tu..tgk movie apa yg available that time..The Hangover Part III kul 12.20 apa lagi tinggal 5 minit je.sesuai sgt ler..sempat beratur beli popcorn terus masuk panggung.

Movie ni lakonan Bradley Cooper, Zack Galifianakis, Ken Jeong and Ed Helms memaparkan genre komedi..tp bagi suki tak le kelakar mana..kalau diberi 5 bintang kelakar ada ler dlm 2 setengah..baik komedi dlm Fast and Furious 6 dan Iron Man 3 lagi kelakar kot..kdang2 pengarah ni bila dah mula buat sequel movie ni diaorg mcm dah kekeringan idea..tp bagi edisi suki dan kwn2 tgk movie ni..ok ler kan..kitaorg main tangkap muat dan kebetulan itu movie yg ada time kitaorg nak tgk..heheh..


Tuesday, June 4, 2013

Carta Box Office

fast and furious 6

Caya ler Fast and Furious 6...kejap je kejar Iron Man 3..padahal Iron Man pun best gak..tp movie ni lg best..sorry gambar sedikit kabur..

Monday, June 3, 2013

Fast and Furious 6


Walaupun lambat tapi berbaloi..mmg nak tgk dari last weekend lagi tp tiket abis dan kebetulan mmg byk aktiviti lain last weekend..so this weekend berpeluang utk dptkan tiket movie ni..fuhhh berbaloi2..ramai kwn2 dah tgk semua ckp best pastu blogger2 pun memuji2 movie ni antaranya Shu dan lain2..movie lakonan   Vin Diesel, Paul Walker dan Dwayne Johnson ni mmg menarik, tak boring langsung dan ada unsur2 kelakar yang lagi kelakar dari movie komedi..heheh..kadang2 kelakar yg diselit skit2 ni yg best..hehehe..rasa mcm nak tgk lagi je..

fast and furious 6



Tuesday, April 30, 2013

Iron Man 3

 

Best giler..itu yg boleh diungkapkan tuk citer di atas..Iron Man 3..itu pendapat peribadi..tak tahu lr korang kan..smlm bertmpt di Tgv KLCC, kitaorg beramai2 pegi tgk movie ni..start kul 8 malam..so part yg depan2 tu tertinggal skit..maklum ler masa agak kelam kabut..ye ler..hari bekerja kan..sempat blk umah, dinner, solat maghrib baru keluar rumah..nasib baik tindakan cerdik dibuat iaitu menaiki lrt ke klcc sbb jem lain mcm mlm td..ada member dari setiawangsa drive setakat jelatek je pastu amik tren..hehehe..kesian kan..lmbt diaorg masuk panggung..walaupun masuk2 tu movie dah start tp still enjoy..ikut hati nak tgk lagi ni..sbb element action dan komedi dicampur sekali..takde ler ganas je manjang..diselang seli dengan gelak ketawa ler..mmg penuh panggung smlm..5 bintang utk Iron Man 3

{Pelik tul tiket tu print Sunway sedangkan  di KLCC}


Monday, February 18, 2013

A Good Day to Die Hard


Amboi dah lama tgk baru nak update hari ni..seriously sejak masuk bulan Feb ni makin menjadi2 busy nya...nak jengah blog ni pun tak sempat apatah lagi nak update entry2 baru..so terpaksa entry2 menceritakan hal2 yang sudah out dated...last 2 weeks sempat gak gi tgk movie 'A Good Day to Die Hard' lakonan Bruce Willis...walaupun dah tua atuk tu..tp lakonan dia mantap lagi..mmg best citer tu tp banyak lak tak logiknya..seolah Moscow ni takde polis,nasib baik ada diaorg dua beranak yang menyelamatkan negara tu dari musuh negara..heheh..tp yang bestnya sbb byk gak adegan komedi..dan juga aksi2 yang buat mata tak sempat nak terlelap..asyik meletup sana sini..paling best mesti ler lakonan 'Jai Courtney' yang membawa watak anak pada Bruce Willis iaitu John McClane, handsome maaa...sedap mata memandang..apa2 pun 5 bintang untuk movie ni..





Sunday, September 16, 2012

Layan movie di televisyen

Susah gak nak tgk tv lately..ye ler weekdays sibuk dgn keje dan kelas..so kebetulan weekend ni tak byk aktiviti sgt..tetiba tertengok satu movie yg dah berusia setahun rupanya...Misteri Jalan Lama...serius tak penah tgk citer ni sbb tajuknya mmg seram kan...so bila layan..mula2 ok lgi...bila smpi part keluar pedang semua...aku dah mula confuse..citer apa aku tgk ni...citer seram ke citer lawan2...sorry to say..aku tak paham..nasib baik tgk kt umah @ tgk tv.. bila dah tak paham..boleh tukar channel lain...kalau kt panggung..tak ke kena kuar panggung awal..sorry to tuan pengarah atas kritikan dari hamba yg buta seni ni...