Monday, April 25, 2016

Lama tak gi Jalan Tunku Abd Rahman


Korang gi mana weekend lepas..suki ke Jalan TAR dengan misi nak menghabiskan baucer buku yang ada...di Kunikoniya KLCC dah abis rm100..balance rm150 suki ke Minerva Bookstore di Jalan TAR...walaupun banyak kedai buku di Malaysia ni tp kebanyakannya hanya jual novel, stationery dan buku rujukan sekolah sahaja...maka untuk pelajar2 kolej dan universiti kedai buku amat ler terhad..di KL dua ni ler antara kedai buku yang sentiasa ada stok yang suki cari...


Masa di Minerva Bookstore kalau yang beli secara cash dapat 10% diskaun tp yang guna baucer buku tak dapat..maka suki pun tanya kenapa yang guna baucer tak dapat diskaun..rupa2 nya peniaga kedai buku ni lambat dpt claim duit dari penggunaan baucer ni..katanya claim tahun lepas pun belum dapat..belum campur yang claim kena reject..kesian juga kan peniaga tempatan jadi gini..tak win win situation juga ler..kami para student seronok ler shopping tanpa keluar cash tp peniaga terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk dapat balik keuntungan jual buku tu..



Kalau dah ke Jalan TAR yang jarang suki pegi ni..maka wajib ler lunch di sana juga..nasi beriyani INSAF mmg fav sejak dulu lagi hahaha..cuma beza dulu boleh makan sampai bertambah nasi..hihi..sekarang dah tak larat nak makan byk2...tp mmg fav suki ler makan situ..tak sempat ambik gambar nasi..sebab terus ngap bila nmpk depan mata hahah


Friday, April 15, 2016

Solat Tahiyatul Masjid dahulu atau Jawab Azan Dahulu?


Apabila ke masjid, azan sedang berkumandang perlu solat tahiyatul masjid dahulu atau jawab azan dahulu?

Jawapan :

  1. Menjawab lafaz azan
  2. Berselawat sunah khas lepas azan
  3. Berdoa wasilah selepas azan
  4. Mengerjakan solat tahiyatul masjid


Sumber dan maklumat lanjut:






Tuesday, April 12, 2016

Tanda Seseorang Itu Kaya

ANDA SEORANG ITU KAYA IALAH APABILA BELIAU MAMPU MEMBERI.

KAYA MISKIN semata-mata diukur atas dasar harta, padahal banyaknya harta tidaklah membuat seseorang menjadi KAYA.
Kekurangan harta tidak membuatkan seseorang menjadi MISKIN.
KEKAYAAN tidak berbicara tentang berapa banyak yang seseorang MILIKI, melainkan tentang berapa banyak yang dia KONGSIKAN.
Ketika seseorang mahu berkongsi dengan sesamanya sekalipun tidak memiliki harta yang banyak, Ketahuilah dia adalah seorang yang KAYA!
Sebaliknya, seseorang yang tidak pernah berkongsi dengan orang lain sekalipun memiliki nikmat harta yg melimpah, dia adalah seorang yang MISKIN.
"Bukan seberapa BANYAK yang kita DAPATKAN, tapi seberapa BANYAK yang dapat kita kongsikan"

Sumber :