Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012
telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan
Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan
seperti berikut:
Pertama
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah
memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi
jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual
beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas
juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang
berlebihan dan kezaliman.
Kedua
Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap
operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas
yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi
sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
Ketiga
Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam
aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh
mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh
syarak atau undang-undang negara.
Sumber: e-fatwa
Sumber: e-fatwa
xtaw psl pelaburan...heee =D
ReplyDeletetakpe slow2 belajar :p
ReplyDelete