Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,
pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.
'Encik, saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu
kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan
menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan,'
kata lelaki buta.
Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu
yang belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut. 'saya nak ikan patin
masak asam, daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi,'
kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.
Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu
adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian
lelaki buta itu datang lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah
digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah
digunakan untuk makan menu lainnya.
Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta
tersebut. 'Bau sudu yang ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan
kerabu sotong dengan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa...' kata lelaki
buta.
Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya
datang semula kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang
pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga
tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki buta.
Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki
buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang
masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, 'Yati,garu sudu
ni kat ketiak awak tu.'
Isterinya, Yati terkejut. 'Apalah abang ni,
mengarut aja!' kata Yati ,tidak paham. 'alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan
restoran kita ni,' balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh
dan menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.
Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang
sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya
kembang kempis. Mukanya berubah.
Tiba-tiba lelaki buta
itu menoleh ke arah Amin dan berkata....' Saya tak sangka makwe lama saya, Yati
bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?' Muahahahhahahah. ...!!! kan
cinta itu buta...
No comments:
Post a Comment