"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut
sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung."Yelah, yelah, ayah dah
siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik
kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya
tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat
jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Liza."Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin
berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin
lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk
segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya
mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang
sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai
kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan
laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya. "Rileks Liza, tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas
ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa
kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la
tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang
motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya
hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di
depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANGGGGG!!!!!!!!!..................
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin
membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana
dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya
isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja
macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil
berlalu keluar....... dan Usin tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam
tin biskut aje! " hehehe.......
Hahaha...Ingatkan cerita betul2...
ReplyDeleteRupa2nya mimpi plak :-)
untuk ceriakan pengunjung blog ni :)
ReplyDelete