Friday, January 27, 2017

Sunway Velocity Mall


Korang dah sampai ke Sunway Velocity Mall ni?  Suki pun baru first time jejak kaki ke sini.  Kalau yang belum tahu mall ni bukan terletak di Sunway ye, ianya terletak di Cheras..berhampiran dengan IKEA Cheras..berpusing-pusing juga mencarinya..sebab GPS kete suki belum update dengan latest mall ni..



Masa mula-mula sampai suki amat tidak berpuas hati..bukan apa..mall ni masih dalam pembinaan rupanya..so jalan sekitar situ agak sempit dan terhimpit dengan lori-lori besar, kren-kren pembinaan di tepi jalan...suki mmg tak suka suasana gitu..selain jem...bahaya pun ye...tu belum dikira dengan habuk2 yang berterbangan lagi tu...pekerja binaan pun kiri kanan ada tengah siapkan keje...


Tapi bila dah masuk dalam...terlupa hiruk pikuk kt luar tu...hihi...suasana mall yang luas dan besar...banyak kedai best-best..tempat makan banyak...tempat solat bersih...not bad ler kan, kalau dibandingkan dengan luaran tadi...kebetulan sekarang dalam mood nak sambut chinese new year..so suki berpeluang ler tgk tarian singa...selain tu masa suki dalam butik adidas ada dua ekor singa buat persembahan kt situ..dan mengusik pengunjung2 adidas..dari jauh suki berani..tp dekat cm seram pun ada..ramai amik kesempatan selfie dengan singa tu...tp suki lari..haha..dalam mall ni selain butik2 persendirian ada juga Parkson, AEON dan Harvey Norman...maksudnya selain shopping2 baju atau kasut boleh ler sekali beli barang keperluan kan..konsep mall ni mcm di Publika iaitu ada mall, ada shop lots dan juga ada condo...kira semua tiga-tiga ni digabungkan serentak dalam satu kawasan..condo dan shop lots masih dalam pembinaan sebab tu ler kawasan luar agak hiruk pikuk dan kelam kabut..once dah siap semua, mungkin smooth ler perjalanan kot..cuma mall ni terletak di kawasan yang kurang luas..masalah jem akan jadi masalah utama nak ke mall ni kelak...pendapat suki ler..



4 comments:

  1. Best jugak Mall ni..sebab kat atas tu banyak 'rest corner'..Kalau mall lain nak sediakan bangku duduk pun payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau midvalley jgn harap ler ada peluang nak dpt duduk..sokmo penuh

      Delete
  2. Kalau dah siap sepenuhnya mesti lebih menarik ;-)

    ReplyDelete