Monday, January 23, 2017

Pengalaman Pertama Ke Segamat

{Papan Tanda Segamat}

Permulaan tahun 2017 suki ke luar daerah ataupun out-station adalah ke daerah Segamat, Johor..ini atas program universiti juga...bila dapat tahu kena gi tempat yang tak pernah pergi mesti excited...ye ler boleh kenal tempat orang kan..

Suki terpaksa tanya beberapa orang kawan untuk dapat kepastian exit apa harus diambil untuk ke Segamat..suki google memang takde jawapan..masuk website Plus Highway takde exit Segamat..apa lagi gelabah ler suki...dalam dua hari sebelum bertolak abis kawan2 orang Johor suki tanya..tak semua ye orang Johor tahu.hihi..sebab kalau dia orang JB..dia tahu area situ je..ni plak Segamat...

{Antara kedai best di Segamat}

Akhirnya sebelum bertolak, suki dapat ler jawapannya..iaitu exit Tangkak..kalau search dalam Plus website mmg takde exit Segamat..tp kalau kita driving..exit Tangkak tu memang tertulis, Tangkak-Segamat-Muar...maksudnya tiga-tiga tempat tu guna exit yang sama..

Rupa-rupanya sekejap je KL - Tangkak...tak sampai 3 jam pun...punya ler happy, tak sabar nak check in hotel kan..sekali baru ku tahu..exit Tangkak memang ler kejap je..rupanya nak ke Segamat tu agak jauh ke dalam...kita kena lalu banyak ladang kelapa sawit..lalu ladang takpe..yang tak tahan sebab double lane dan terpaksa follow lori yang bawak mcm siput tu huhu...teringat peristiwa memandu di Gua Musang..tp jalan Segamat ok lagi ler...

{Tempat program universiti}

Setelah melepasi dua tiga ladang sawit dan double lane dan follow lori..akhirnya jumpa ler town Segamat...wah meriah town ni...seolah macam diaorg yang tinggal Segamat ni dipisahkan dari bandar-bandar lain tetapi diaorg tetap maju sebagai satu daerah...selalunya if kita ke tempat yang jauh ke dalam ni..contohnya trolak or sungkai (ikut pengalaman suki)..kita akan jumpa satu pekan cowboy yang masih belum maju dan jauh ketinggalan...tp amat berbeza dengan Segamat..daerahnya amat jauh ke dalam..di kelilingi ladang sawit..tetapi pekannya amat jauh ke hadapan..unik kan..

So tak boring ler sepanjang 3 hari 2 malam suki berada di Segamat...banyak tempat makan dan lepak..dan lagi satu..baru suki tahu yang kedai kain JAKEL tu berasal dari Segamat..owner nya anak Segamat..dan kedai asal masih ada...jangan terkejut sebab kedai asal tu masih mengekalkan keadaan asalnya..takde ler mewah dan besar macam di KL tu...amat sesuai untuk diaorg mengimbau kenangan sejarah penubuhan syarikat diaorg...

6 comments:

  1. Amboi! jauh perjalanan nampaknya.
    Drive sorang jer ke? Kira berani jugak tu dengan tempat tak pernah pergi.

    Hurm.. tau dah owner Jakel tu orang Segamat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni suki pakai driver..maklum ler tmpt tak biasa kan =)

      Delete
  2. Selamat datang ke JDT.
    Macam2 kan ada di Segamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler..kalau nak lari dari hiruk pikuk kota...boleh ke segamat..cuma takde pantai je hihi..tp gunung ledang ada air terjun kan

      Delete
  3. kak ana tak pernah sampai lahi ke selatan tanahair ni Suki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suki pun kalau tak sebab program uni..tak smpi gak ni..asyik JB je

      Delete