Hari terakhir Suki di Segamat, kitaorg gerak ke satu kawasan yang dipanggil NOVA Holistic yang terletak di dalam ladang getah...kalau takde orang tempatan yang guide kitaorg, rasanya tak jumpa tempat tu..sebab rasanya waze atau gps kete mmg tak membantu..jauh ke dalam..
NOVA Holistic ni adalah tempat perusahaan madu kelulut...untuk menghasilkan madu yang berkualiti, tempat tersebut mengusahakan juga tanaman herba..so kelulut akan dapat madu dari tanaman-tanaman herba yang dihasilkan di situ..tempat ni baru diusahakan setahun oleh seorang anak muda tempatan tanpa sebarang bantuan kewangan dari kerajaan negeri ataupun persekutuan..hebat kan..
Sebelum ke situ, dan selama ni suki faham kelulut adalah sejenis lebah..hihi..teruk tul suki kan...dan bagus juga join program ni..baru dapat ilmu baru...rupanya kelulut bukan lebih..sejenis haiwan terbang berwarna hitam yang juga menghasilkan madu..di Malaysia sahaja terdapat 86 jenis kelulut kalau tak salah suki, orang tu bagi penerangan...
Di NOVA ni madu dihasilkan dari A to Z ... semua proses di buat di situ..suki berpeluang untuk tengok sarang atau box tempat kelulut2 tu hasilkan madu tu..sarang tempat simpan madu tu dipanggil propolis..juga boleh dimakan dan khasiatnya sama seperti khasiat madu..
Selain menghasilkan madu kelulut untuk diminum..ada juga produk hiliran lain seperti sabun, losyen dan sebagainya..tak sangka kan mcm2 boleh buat rupanya...tp bukan mudah nak hasilkan madu ni..satu box tu dapat sikit je hasilnya..sebab tu ler harga madu asli mahal...so kalau yang dijual murah2 tu bukanlah asli ye kawan2..suki pun banyak dapat info selepas ke ladang herba dan kelulut tersebut...
No comments:
Post a Comment